Thursday, July 27, 2006

We are the world...

STOP THE WAR !!!

Some people know
it is wrong to hurt innocent people
while other people
do not believe in right or wrong
I just cannot understand
WHY???


While other side of world explore ways to bring peace
innocent people on the ground bear the brunt
innocent people on the ground hide from the missile rain
innocent people on the ground suffer and die
finding a safe zone.......seems to be the hardest task

For innocent victims of Israel
life is a cruel tale of pain
panic and powerlessness

Understanding can't stop the war?
Humility can't stop the war?
Patience can't stop the war?
Acceptance can't stop the war?
I think..........
Only LOVE will stop war.....

Stop the war
Stop killing them, please.......
WAR is wrong...



more pictures >>Lebanon News

Tuesday, July 25, 2006

Pakwe lama gue...

Malam ni tak de idea nak citer apa... bukak komputer dengar lagu Parachutes, teringat pulak kat pakwe lama ni yang lama dah tak ambik tahu hal dia..... Sejak keje jarang betul nak dengar2 kaset/CD macam masa study2 dulu.... Kalu study dulu 24jam bawak walkman ke sana ke mari, tapi bila dah start kerja, malam2 jek dengar.... Bila dah kahwin kadang2 ada dengar gak but bila dah ada anak memang tak de masa la nak bawak walkman sana sini dengar lagu....macam tak normal pulak rasa, hehehe.... Setakat kadang2 dengar gitu2 jek, nak minat benar, nak tahu latest news or latest release album memang tak ada la......

Sebenarnya, ni la pakwe yang dulu2 jadik pujaan....memang minat giler dengan dia ni.....nak kata hensem tak la sangat tapi memang sukaaaaa betul dengan dia...Mamat Pearl Jam, Eddie Vedder. Ntah berapa kali jatuh cinta kat dia.. Sampai mimpi2 lagi tuh tapi dulu2 la....

Lama tak dengar lagu lama2 Pearl Jam....ntah macam mana lupa pulak nak bawak CD2 lama ke mari...sume simpan dalam kotak kat apartment di Malaysia. Balik Malaysia yang lepas, memang malas tahap cipan la nak suruh cari2 CD lama kat kotak2 ntah yang mana.....silap gak masa packing dulu2 tak label....tak apa la, simpan buat kenangan jek CD2 tuh...tak dengar lagu2 lama Pearl Jam pun tak pe la tapi sebenarnya kalu nak dengar sekarang ni download jek dari internet.... Macam biasa, saya tak suka barang2 tak original, so latest CD Pearl Jam saya beli kat sini.... Original gitu, tu yang penting! Hehehe...

Kenapa minat kat Pearl Jam? Nak kata muzik, banyak lagi muzik yang best2, lagu Peter Pan sekarang pun best gak, lagu Mawi pun best gak, lagu Dewa pun best gak... Sekarang ni banyak gak dengar lagu Indon but Pearl Jam tetap the best... Pasal apa yek, pasal ada si hensem Eddie Vedder kot...

Nasib baik la Eddie ni bukan orang Malaysia, kalu tak lama dah kena ngorat macam artis2 Malaysia yang tak sehensem mana tuh.... hehehe... Ada satu cover album Pearl Jam, album yang ada gambar stick man tuh, tak ingat album tu release tahun berapa tapi Best!... Rugi la tak bawak kaset/CD lama2 ke sini... Citer2 ni, jadik rindu pulak nak dengar lagu2 dia orang... Lagu Jeremy, Alive, Green Disease, I Am Mine etc.....

Lagu sekarang ni yang tengah dengar ni dari latest album Pearl Jam, Parachutes... Enjoy, we ROCK !! eeerrrrrr, gue je kot... hehehe

Sunday, July 23, 2006

Bahasa jiwa bangsa - POYO

POYO ?


POYO boleh dikatakan perkataan paling "glamer" di kalangan para remaja Malaysia. Sebenarnya saya pun tak tahu apa maknanya POYO ini. Kalu rujuk ke kamus DBP, memang belum ada perkataan POYO ni. Selain POYO, antara perkataan yang kerap diucapkan di kalangan remaja ialah SIOT dan juga HAMPEH. Tetapi dua perkataan ni tak se"glamer" perkataan POYO.


Walaupun POYO tak ada dalam kamus DBP, saya terjumpa pulak perkataan POYO ni di wikipedia yang membawa maksud:


There are a new set of slangs spoken by the urban youth, which may not be familiar to the older generation, e.g. awek (girl); balak (guy); usya (survey); skodeng (peep); cun (pretty); poyo (horrible, low-quality) etc


Disebabkan kamus DBP gagal memberikan makna sebenar POYO ni, maka saya ambil inisiatif mengumpul makna perkataan POYO dari sumber yang boleh dipercayai. Apa yang saya jumpa ialah seperti berikut:


POYO
  • membawa sebarang maksud seperti membosankan, suka berlagak, tidak memiliki ciri2 sempurna, penipu, mengada-ngada, tidak menghairankan atau mengujakan. (Source: (MACD from Calabi-Yau Space?))


Contoh:

  • a. "Kau ni poyo la."


Maknanya: Anda ini adalah seorang yang amat membosankan.


  • b. "Dia tu poyo gile. Macam la bagus sangat!"

Maknanya: Orang itu suka berlagak tentang kelebihan yang ada pada dirinya sehingga menimbulkan perasaan meluat kepada si penutur ayat.


  • c. "Kau ni gangster poyo!"

Maknanya: Anda tidak memiliki ciri2 atau kualiti yang sempurna bagi seorang gangster.


  • d. "Semalam aku pergi party kat rumah Fasha Sandha. Dia terhegeh2 minta couple dgn kat aku beb!"

  • "Hak ele, poyo la kau ni!

Maknanya: Anda adalah seorang penipu dan saya tidak percaya akan kata-kata awak sebentar tadi.


  • e. "Jue, I tak leh keluar dgn you hari ni sebab ada appointment nak buat facial"

  • "Poyo la kau ni".

Maknanya: Membuat rawatan muka pada hari ini dan membatalkan dating mereka sebagai mengada-ngada.


  • f. "Kau tahu tak semalam aku dapat keluar dating dengan Jue!"

  • "Ek ele...Poyo jerr...".

Maknanya: Pengalaman keluar bersama Jue adalah sesuatu yang tidak menghairankan.


Kesimpulannya:


Makna perkataan poyo adalah luas dan buat masa ini makna perkataan ini masih lagi tak diterimapakai oleh semua pihak terutama sekali golongan veteran berumur 35 tahun ke atas..... Entah2 POYO pun tak pernah dengar kot....hehehe. Diharapkan DBP membuat kajian tentang perkataan POYO dan penggunaannya dan seterusnya mendefinisikan perkataan ini.

Topik curang, curang, curang

People seem to forget that 2 people marry because they love each other at a certain moment and they want to make each other happy among other things. But, why after certain period, either one or both of them akan curang?


Sebenarnya, baru lepas baca Forum...topik favorite orang suka discuss ialah topik curang....letih dah baca, menyampah pun ada...apa hebat sangat perkataan "curang" ni ya? Selain curang, perkataan favorite forumer2 ni ialah "poligami"...... Adoi! macam2. Mula2 curang, lepas penat curang poligami...lepas poligami pulak? Perkataan ketiga jatuh pada "cerai"... Alahai kenapa orang suka discuss perkara yang negatif aje? Naper tak discuss tentang keluarga bahagia?


Saya selalu masuk Forum tapi cukuplah jadi pembaca jek...nak bagi idea or pendapat memang tak reti la.....Cukup la ilmu yang ada untuk diri sendiri. Membaca masalah dan pendapat orang banyak baiknya, belajar dari pengalaman orang. Teringat sorang forumer tulis, "manusia belajar dari kesilapan, matang dari pengalaman". Ya, rasanya dah banyak buat silap tapi saya rasa saya masih belum lagi matang kerana tak banyak pengalaman, sedang belajar dan memperbaiki diri sendiri, insyaAllah.


Sebenarnya apa yang mendorong manusia untuk curang? Mencari kebahagiaan selain dari kebahagiaan yang dah sedia ada? Silap membuat pilihan? Suka2 nak test market? Mmmmm...yang curang jek tahu jawapan mereka yang mana....siapa curang, jawab la...

Friday, July 21, 2006

Apa ada kat sini?

Jumaat....hari cuti kat sini...Plan konon2nya nak ke Lamcy Plaza, antara shopping complex yang bukak pagi Jumaat... dah la bangun lewat, pastu dah melekat kat depan komputer last2nya tak keluar rumah langsung... Memang sekarang dah malas nak jalan2 lagi....dulu2 masa mula2 sampai sini memang excited nak jalan. Waktu tu datang sorang2, duduk hotel pulak tu. Kawan2 pun ada walaupun semua lelaki.....tak kisah, jalan jugak ikut dia orang....Lepas 2 minggu baru la ada 2 orang kawan perempuan sampai. Kerja kami memang sibuk benar masa tu, hari2 balik lepas pukul 8pm...sebab duduk hotel, tiap malam kami terpaksa keluar cari makan...kadang2 ke restoren india, kadang2 restoren lubnan, arab dan mana2 la...masa ni memang kerja masa lapang kami berjalan..


Apa yang best kat sini? Macam2 ada....teringat masa mula2 datang dulu waktu summer...Panasnya memang terasa, maklumlah first time merasa cuaca panas sampai suhu 49degree C masa tuh....Berdiri kat luar sekejap jek dah mengalir peluh..tu baru berdiri kejap, belum lagi masa kami keluar ramai2 jalan2 kat bandar Dubai sampai sesat2...Lucu kalu ingatkan...Target kami dari hotel cuma nak ke Zoo Dubai jek tapi akhirnya kami sesat entah ke mana....konon2 nak thrill tak nak naik teksi tapi akhirnya bila semua dah kepenatan cari jalan, akhirnya kami mengalah jugak....Zoo entah ke mana, kami pulak dah hilang tenaga dengan kepenatan dan kepanasan...kalu ingat2 lucu pulak. Yang paling menarik tapi sayangnya saya tak dapat nak rakamkan saat2 tu masa kami ramai2 ke Desert Safari... Sayang sebab saya tak ada sekeping pun gambar kenangan masa tu. Seronok memang ya but kalu berpeluang pergi lagi memang saya tak nak.....hehehe....


Lupa pulak tentang Abra'....naik bot seberang teluk yang pisahkan antara Bur Dubai dan Deira. Tambang cuma 50pilis jek.....mula2 dulu macam tak percaya pulak ada perkhidmatan bot ni, dah cuba rasa seronok pula.....tapi sekarang dah lama tak naik.....bukan sebab serik macam Desert Safari tu tapi sebab bawa budak kecil....safety first ma.....Kalu nak cerita semua benda menarik kat sini memang panjang berjela la...So, macam biasa sambung next entry la yek....ahaks....

Monday, July 17, 2006

Sebenarnya saya tak kesah....

CT nak kahwin dengan Datuk K....mmmmm........saya tak kesah.....

Pada pojansdnbhd, jangan sedih2....ramai lagi yang lebih hebat ada di luar sana...


Ada lagi yang lebih sedih dari kamu, tapi siapa yang ambil tahu?




Jangan lupa click play button...Enjoy the song!

Source:pojansdnbhd

Sunday, July 16, 2006

Work, work, work?

Life is about making money? acquiring power or recognition? Life is definitely about work?

Hari ni berangan balik awal, 5:00pm dah siap shut down komputer, kemas beg, meja dan balik.. Sekali-sekala nak gak balik awal, asyik lewat jek balik hari2....kalu nak kira banyak kerja, sampai bila2 memang tak siap pun...sejak kerja kat sini, balik lewat tu macam tak de bezanya....hari2 balik lewat....paling awal jam 5:30pm, paling lewat 3am pun pernah! semua sebab nak senangkan hati bos yang nak meeting besar esok paginya....


Gembira hari ni balik awal. Sempat singgah bakery beli croissant untuk breakfast esok..Dalam kepala berangan nak makan kat luar...nak cari tempe...hehehe.....baru jek masuk rumah, belum sempat nak mandi, handphone dah bunyi...dari ringing tone jek dah tahu, Project Director call..terus teringat esok dia ada teleconference dengan HQ jam 7am esok...mmmm....rasanya semua dah settle. Semalam lagi dah siap dah segala apa yang dia nak, semalam pun dah balik pukul 8:00pm. Takkan hari ni lewat lagi.


Seperti dijangka, hujung talian sana suara bos. Ada benda nak amend, nak discuss, nak bla...bla...blah la.....kena pergi office balik ! Akhirnya hari ni, pergi office 2 kali; 7:30am dan 7:00pm dan keluar office jam 9:30pm. Mmmmmm....kalu ada gaji lebih masa best gak kan, tak la nak membebel kat sini

Cerita pasal kawan

Sesekali nak buat poem.....



Cerita pasal kawan


Semua orang berkawan
Tak kira tua atau muda
Kenapa mesti berkawan?
Agar hidup kita lebih ceria?


Ada orang kata
Kawan baik akan terus bersama kita
Kawan biasa kadangkala khianati kita
Silap pilih kawan akan jadi
Kawan makan kawan


Bagaimana nak pilih kawan?
Niat kena ikhlas & jujur
Tapi manusia selalu tafsir yang salah
Kenapa tak bertanya?
Supaya kawan tak mudah kecil hati


Kawan, kenapa sepi sahaja?
Kita dah lama berkawan
Tiba2 kamu menjauhkan diri
Bila ajakanmu, pelawaanmu ku tolak sopan sekali


Kawan, semoga kamu faham
Niat hati untuk mencari kenalan
Agar dapat berkongsi ilmu dan pengalaman
Bukan untuk mencari alasan


Kawan,
Saya suka kamu
Jangan letak jarak antara kita
Sayang kamu selalu

~sarahmirza~


Thanks bebanyak pada kawan blogger Mr. Forensic yang tunjuk ajar nak masukkan file mp3 dalam blog ni.......muuaaaaahhhhh sayang kamu...ahaks

Sebab blog baru ni

Malam tadi tidur lewat....gara2 nak mekap blog baru ni. Nak tambah tu tambah ni padahal bukan tahu sangat pun nak buat. Nak kata dah lama baca blog orang tu tak la tapi ingat2 sejak bulan Jan '06 lepas. Betul la kata orang, mula2 nak baca je lama2 terasa nak tinggal komen lepas tu terbuat blog sendri pulak...hehehe saya la tuh..

Saya bukannya reti nak menulis...dulu2 SPM penulisan fail, subjek BM dapat P7 masa trial SPM. Masa SPM sebenar dapat C4...tu kira nasib baik la...kalu tidak sia2 je nak kena repeat paper July pulak.. Cerita pasal zaman sekolah dulu, memang banyak yang nak diceritakan....tapi tu nanti2 la cerita...next entry pulak...

Introduction kena ada kot untuk blog ni....serba sedikit tentang saya yang di alam nyata tak berapa pandai nak bercerita....sebenarnya banyak nak diceritakan sebab saya malas dah nak simpan2 dalam hati.....saya memang tak reti nak bercerita...lebih suka diam dan pendam....suka berahsia? mungkin jugak...but until when and to what extend? Sesapa nak tahu pasal saya click aje kat view profile tuh....ada la sikit2 tentang saya...dan macam mana saya boleh sesat di Tanah Arab ni, semuanya kerana kerja...Again, next entry nanti cerita...

Kepada sesiapa yang singgah di blog ni, selamat berkenalan....Kalau silap tolong tegurkan...saya orang baru.....akhir kata, ada orang kata kalu tak tanya nanti sesat jalan, tapi saya rasa kalu bawa peta berjalan belum tentu sesat jugak....hehehe....

My first online dairy

Selama mana boleh bertahan? Keadaan sahaja yang akan tentukan...