Thursday, August 31, 2006

Kibarkan bendera...


Kibarkan bendera....get the spirit alive...Merdeka..Merdeka..Merdeka..



Bahtera Merdeka
Fazidah Joned

Bonda senyum riang
Menerima bahtera merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Permata nilam

Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji

Friday, August 25, 2006

Kasih ibu & anak

Hari ini sarahmirza sentimental la, macam nak menangis pun ada juga. Sedih, terharu dan terbayang pula macam mana kalau sarahmirza yang lalui situasi sebegitu. Betul2 tersentuh hati bila baca cerita Iddin & Shahirah yang jumpa mak kandung mereka selepas terpisah selama 14tahun.

Maha suci Allah, the most compassionate and merciful. Akhirnya terubat juga luka hati ibu yang melahirkan setelah 14 tahun terpisah.

Here, I see 3 very happy people enjoying their happiest moment of their lives with their loved ones. I wish them happiness.

Saturday, August 19, 2006

kau tinggi di awan biru

Syahdunye lagu ni...lagu Kak Pah entah tahun bila ntah. Siapa yang ada kat awan biru tuh yek? Mmmmmmm.....RAHSIA.


Inilah kisahku
terjalin cinta pandang pertama
ku selalu ditinggal-tinggalkan
menanti penuh kerinduan

hatiku kau bawa pergi
terbang tinggi di awan yang biru
ku menanti dan menanti
pelukanmu yang ku rindukan

bawalah aku bersama
terbang tinggi menemani dikau
ku peluk ku belaimu sayang
dicelah kepulan awan

kau tinggi di awan biru
ku iringi dengan 1,000 doa
pedih hatiku menantimu
pulang menemui daku

disclaimer: lagu ini tak ditujukan ke sesapa samada yang hidup atau mati. Saja je nak bubuh kat sini.

Thursday, August 17, 2006

Happy Birthday to me

Happy birthday to me

Cepatnya masa berlalu, dah mula angka "3" dah, semoga bertambah matang mengharungi hidup ini. Thanks to all yang wish happy birthday to me....Luv u all...

Sunday, August 13, 2006

A birthday wish to my son, Alif

Today, August 13th...
I could rewind this day, over and over and over again
the day the kindness came
the day with my bundle of joy to behold until end of my life
a date carved deep in my heart the day I first became a mummy....


You've always been a part of me right from the very start
creating treasured memories I've cherished in my heart


You can still make me smile
with the things you say and do
and I want you to know how grateful I am
to have a son as special as you


Happy Birthday, my son
Mummy always Love you.

Monday, August 07, 2006

Balik kampung!!! ye..ye..ye..

Tak kira la bulan puasa bulan berapa pun janji raya tahun ni kena celebrate kat kampung halamanku yang tercinta......sedih wooo, sejak pindah duk sini July 2004, memang kami beraya kat sini jek.....dah 2x raya puasa & raya haji...rindunye nak makan ketupat & rendang di pagi raya yang hening lepas bersalam2 ngan mak & abah. Teringat jek sayur lodeh mak & ayam masak merah dia, lauk2 wajib dimakan di pagi raya.

Sabtu lepas my darling dah 'confirm'kan tiket balik raya. Yessssssss, approved or tak cuti raya, saya tetap beraya kat kampung halamanku. Borang cuti pun tak isi lagi, bos pun tak tahu pasal angan2 nak cuti 4weeks ni tapi masa kena balik malam pasal prepare hand-out bos, saya dah siap2 bagi hint kat bos poyo tu yang saya mesti raya kat kampung halamanku tahun ni, Dapat cuti seminggu pun tetap nak balik gak, dapat 4weeks memang joli sakan ler....Tiket 4 seat MAS Airlines dah confirmed @ 20th Oct '06 2035 direct flight to KLIA.....lepas ni boleh la tidur lena sebab tak payah nak rebut2 confirm tiket. Flight ke Malaysia selalu sangat fully booked especially masa summer & hari raya. Ramai benar ker Malaysian kat sini? Mmmmm.... pak Arab suka cuti2 Malaysia kot.

Last time kami balik Malaysia awal January tahun nie. Alamak, rindu kat kampung halamanku, rindu kat nasi lemak 60sen kat Kampung Baru tuh (harga sama lagi ker?), rindu kat lontong sebelah pump minyak BP, rindu nak makan apam balik pakcik kat bus-stand tuh, rindu itu, rindu ini.... Tak lupa gak rindu kat kawan2 aku,bekas2 pakwe ku...ahaks! Nantikan kepulanganku sebelum pagi raya. Ye..ye..ye..