Saturday, September 23, 2006

ramadhan kali ini

Ku mengharapkan ramadhan kali ini lebih makna.....

Teringat pulak lagu lama tu, entah sapa nyanyi tak tahu pulak. Tadi hari pertama puasa untuk tahun ini, alhamdulillah cukup sehari sarahmirza puasa. Dalam2 puasa tu, sampai kat office banyak pula kerja yang menunggu. Konon2 nak reply surat dari consultant tapi urusan tergendala pula. Mana nak reply surat, nak update programme, nak buat reports, nak berurusan dengan DD pasal EOT lagi.....poning gue...4 in 1 buat kerja?

Hari ni gak sarahmirza hantar borang cuti raya. Kalau tak approved pun wajib balik tanahairku jugak sebab awal2 dah confirmed tiket balik Msia. Satu lagi sebab dah 2 kali beraya kat sini dan bagi peluang kat orang lain balik beraya sakan, so tahun ni memang kena balik gak. Mesti balik. Tapi macam mana kalau cuti tak approved? Tak kira la, balik kena balik gak. 1 week pun sarahmirza mesti balik. Bukan tak de commitment pada kerja, rasanya terlebih sudah. Jumaat pun sarahmirza kerja, belum kira hari2 biasa sarahmirza balik selewat pukul 9pm. Takde pulak berkiranya dengan company. Biasalah, adat kat mana2, yang mana baik tak pernah orang nak ingat. Yang mana silap, dah 5-6 tahun lepas pun orang mesti ingat.

Apapun, tak kiralah, approved ke tak approved ke, raya tetap raya. Balik tetap balik. Hehehehehe, sesekali nak jadik rebellious staff.... gue caya gue jek..

Friday, September 22, 2006

Salam Ramadhan

Kali ke 3 berpuasa di tempat orang. Masa ni memang sepanjang waktu syahdu, time sahur teringat masa kecik2 bersahur dengan mak, masa berbuka teringat segala juadah yang ada jual kat pasar2 Ramadhan, masa sembahyang terawih, opsssst, sejak ke mari tak sekali dapat sembahyang terawih di masjid. Sedih, tak mo citer laaaa....

Selamat menyambut Ramadhan, semoga amalan kita diterima dan diberkati Allah swt.

Thursday, September 21, 2006

tak menjadi jek

Hari ni hari khamis, sarahmirza cuti. Jumaat lepas dah kerja dari pukul 9am sampai malam, di ulang lagi malam. Malam jam 8:30pm baru balik. So, hari ni sarahmirza declare cuti, replacement sebab kerja jumaat lepas. Tak lama dah nak masuk bulan puasa pula. Jangan "kena" balik lewat macam hari2 biasa sudahlah. Time bulan puasa ni la nak main masak2, nak masak itu ini. Tinggal kat negara orang ni paling syahdu masa Ramadhan. Kalau kat tanahairku, tiap kali bulan Ramadhan berlambak la pasar Ramadhan kat sana sini, belum lagi gerai2 haram yang tumbuh kat tepi2 jalan tu. Pilih jek nak makan apa, macam2 ada. Sampai tak tahu nak beli apa pun ada. Kat sini, kalau rasa nak makan, bukalah buku resepi. Kalau tak buat sendiri tak merasalah.

Banyak masakan sarahmirza dah cuba buat kat sini. Cuma ada satu jek yang tak jadik2 walaupun dah cuba buat 3 kali. Bukan sekali, 3 kali !!! Pasal betul nak makan sangat. Ada jual kat restoren Malaysia (FMR) tapi nak juga cuba buat. Lepas kali ke 3 gagal, sarahmirza terus tutup buku. Malas nak cuba lagi. Bukan setakat sarahmirza jek yang fail nak buat, Deeba yang terror masak (dia kata dia masak pakai kaki jek, ahaks) pun tak berjaya nak buat. Pun bukan sekali cuba, berkali2. Hehehehehe...apa benda yang korang beriya nak buat tak jadi2 ni? Kalau nak tahu, itulah kuih seri muka. Punyalah payah nak buat seri muka ni, agaknya belum cukup seri muka kita orang kot, tu yang tak menjadi jek.

Cerita nak buat seri muka ni dah mula sejak mid 2005, masa sarahmirza tengah pregnant my 2nd son. Deeba offer nak tolong buatkan tapi itulah, tak menjadi2 pulak. Akhirnya, beli jek kat restoren. Hari ni rasanya sarahmirza nak try buat kuih lopis pulak. Maca senang jek, tak payah nak agak2 tepung & santan macam seri muka tuh. Pernah sekali sarahmirza cuba nak buat bingka ubi, susah payah cari ubi, blend, pastu bila nak bakar terasa macam tak cukup resepi. Menjadi juga bingka ubi sarahmirza tapi keras pulak. Huwaaaaaaaa, tak sama & sesedap macam mak masak. Ada sekali tu, sarahmirza try buat kuih pau. Inti dah OK dah, ada rasa. Pau pulak tak segebu macam jual tepi jalan kat Malaysia tuh. Last2nya, makan sorang2 jek. Kesian pau itu.

Kecik2 sarahmirza dulu rajin tolong mak masak kuih untuk sarapan pagi. Tolong sibuk jek kot, tu yang bakat nak masak tak terturun ke sarahmirza. Seronok kecik2 dulu dapat makan kuih lapis, bingka ubi, kuih bakar dan segala macam kuih tradisional. Semuanya mak buat sendiri, tak ada yang beli kat warung2 tepi jalan. Sekarang, kalau sekali sekala sarahmirza balik, mak beli jek kat warung. Senang sebab mak2 sekarang dah tak serajin macam mak masa dulu, sebab itu semua ada jual tepi jalan jek.

Rasa rugi kalau tak reti nak buat kuih muih tradisional ni. Kesian kat my 2 boys tu tak kenal kuih tradisional. So, nak tak nak dan sebab rindu nak makan kena la belajar masak juga. Mana tahu, balik Malaysia nanti bosan2 nak kerja makan gaji bukak jek warung jual kuih. Hehehehehe, janji hati gue senang.

Saturday, September 16, 2006

tak percaya?

Selalu kalu citer pasal Dubai, orang fikir Dubai ni macam kat Saudi sana. Sarahmirza tak tahu la Saudi tu macam mana tapi selalu orang sangka kat sini semua orang keluar rumah berbungkus. Bungkus nampak mata ajek. Sebelum nak ke sini dulu pun sarahmirza fikir macam tuh, siap berkira2 nak bawak tudung kot2 kena pakai ke masa kat sini. Tapi, bila sampai sini, tak payah jalan jauh, kat airport jek dah tahu macam mana style manusia2 yang duduk kat dubai ni.

Sekali-sekala balik Malaysia, ramai yang sangka sarahmirza terror cakap arab. Ahaks! Lawak la pulak. Ramai pulak yang sangka sarahmirza guna bahasa arab masa bekerja kat sini. Awal2 dulu pun sarahmirza fikir macam itu juga, risau sebab sepatah haram tak reti cakap arab. Yang ingat cuma "jumjummatun = tengkorak", "jabhatun = dahi", "ainun = mata" etc. Perkataan itu belajar masa sekolah agama kecik2 dulu. Pastu sarahmirza tahulah pasal "huwa, huma, hum, hiya, huma, hunna, anta, antuna, antunna, ana & nahnu"; tapi jangan tanya macam mana nak gunakan perkataan itu. Memang tak tahu! Tapi, bila sampai sini, tak payah jalan jauh, kat airport jek dah tahu 1st language kat sini ialah English.

Kadang-kala bercerita juga kat kawan2 pasal sarahmirza berpiknik kat beach sini. Kawan2 sangka orang2 sini tak reti nak berbikini, ber "swimming trunk" or pakai "short". Silap lagi dia orang, sini dah macam ala2 Miami Beach jek. Ahaks, mereka tertipu sepertimana sarahmirza tertipu juga. Ada pernah chat dengan sorang kawan tuh, dia tak percaya bila sarahmirza bagitahu kat sini ramai mat saleh berjemur tepi pantai. Patut kah dia kata sarahmirza tifu dia? So, hari ini sarahmirza nak tepek gambar mat saleh berjemur tepi pantai. Hehehehe, untuk tatapan kawanku yang tak percaya itu.




OK tak gambar ini kawanku? Atau nak lagi yang lebih menyerlah? Hehehehe, cukup2lah ya, dah nak puasa pun ni. Hehehe

Wednesday, September 06, 2006

Ntah pape

Eh, bosan ler. Tak habis2 citer CT jek.. CT ada love-bite pun nak masuk paper. Ntah pape reporter tuh. Ada faedah ke nak publish citer2 macam tu? Siap dengan gambar pastu siap buat circle lagi. Alahai, apa la dia orang punya pemikiran ni? Buang karen jek.

Sebelum ni , dah banyak dan berlebih2 pulak stesen TV tempatan buat pendedahan tentang kisah cinta dan perkahwinan CT ni. Bagi sarahmirza pendedahan berlebihan ni langsung tak mendatangkan manfaat kepada rakyat. Ya la, bukan sarahmirza jeles bagai tapi model apa yang sebenarnya nak diwujudkan? Siapa CT tu yang ditonjolkan macam seorang princess? Perlu ke liputan meluas?

Well, the reporter give what people want.....Gossip, paparazzi,.....Malaysian love that I think. Ahaks, Shame on these people!