Thursday, October 26, 2006

Raya tahun ini

Penat !

Selasa : Raya pertama jek, 5 rumah kami beraya.
Rabu : Raya kedua, 8 rumah.
Khamis : Raya ketiga, tak banyak rumah tapi jalan jauh.......2 rumah jek. Hehehe
Jumaat : Nak beraya ke KL plak.
Sabtu : Beraya ke KL lagi.

Ahad jam 2am, Selamat tinggal tanahairku.....

Friday, October 13, 2006

bos aku

Menghitung hari nak balik msia & dlm masa yang sama busy nak menyiapkan kerja....arghhhh, nak berpoya2 pun tak berapa sempat, ahaks... herannya, macam mana orang ada byk masa nak menulis kat blog dia? Hari2 update lagi. Sarahmirza pulak, kdg2 tidur pun tak sempat. Huh, entah bila gue punya junior engineer nak report duty. Projek dah start 4 bulan tapi bayang assistant pun tak nampak lagi.

Apa jadi last week? My bos poyo kesayangan resign ! Letak notice 1 month tapi campur tolak cuti, hari dia hantar notice tu hari terakhir dia kerja. Poyo2 dia pun, sarahmirza suka kerja dengan dia. Dah kerja dengan dia since 2001 dan projek sekarang ni projek ke 3 kami. Dah faham benar dengan perangai dia dan sarahmirza macam dah tak kisah dengan mulut dia yang ada kala tu agak laser sikit. Boss is always right dan may be gak la sebab sarahmirza ni pulak jenis "yes, boss". Bukan bodek atau kipas boss tapi dah rasa itu kerja kita, buat sahajalah.

Last day dia hari tu, sempat gak dia jenguk office sarahmirza, ucap selamat hari raya dan good luck. Teringat sebulan lepas, dia ada panggil sarahmirza dan tanya, "U nak ikut i tak?" Masa tu sarahmirza senyum jek. Tak terfikir pulak maksud soalan tu, ingatkan dia saja nak soalan main2, rupanya ada maksud lain. Dan sarahmirza beri jawapan pada hari terakhir dia, "Kalau ingat kami, call la." Mmmmmmmmm........kira kroni ke tuh?

Anyway, Good luck boss, Thanks for everything......................