Thursday, November 30, 2006

do you need a break from work?

YESSSSS!!!! siapa tak nak.
Semalam sarahmirza kerja half day, hari ini cuti & esok pun cuti. Bestnya. Selalu macam tak puas shj cuti 1 hari. Minggu ni dapat 2.5 hari tapi tak de plan pulak nak ke mana. Sepanjang petang semalam balik dari office sarahmirza dah habiskan masa duduk depan komputer. Online dengan kawan2 kat Msia. Hari ini kami tak plan ke mana, start enjin kereta pusing2 kat town tiba2 dah tersampai Al Ain. Esok? Tidur la lagi best. Minat nak berjalan kat tempat orang memang tak ada, kemalasan di tahap maksima.

Gambar sebelah ini sarahmirza snap kat Al Ain, dekat jalan masuk ke Hili Oasis. Mula2 nak try makan kat restoren ini tapi tutup pula. Bosan betul.

Gambar sebelah kanan pula sarahmirza snap kat muzium Al Ain. Masa tu pukul 6pm tak ada lampu pula kat dalam fort tu. Seram je tengok.

Yang ini pula pintu masuk ke muzium. Mmmmm, lain macam je sebab banyak sangat lampunya. Entry dhs3 per person & dhs1 for children 10 years above. Boleh la, dari dhs5 per person cuma nak masuk Zaabel Park kat Dubai tu.
Mmmmm, tak de mood la nak cerita2 lagi, perut gue tak sedap sekarang ni. Lain kali aje la, nak gossip2 pulak. Chiow! Story end.

Sunday, November 26, 2006

Discover for fun ???

Dah lama dapat email ni tapi masa tak mengizinkan nak reply. Lepas tu dah lama terlupa pulak. Tadi sarahmirza selak balik email2 lama, terjumpa balik email ni, dari sorang kawan masa kat kolej dulu2. So, malam ni sarahmirza update la kat blog ini. Huh, macam menjawab exam pulak rasanya.

Subject: Discover For fun

Things you may not have known about me Sarahmirza (bukan nama sebenar)

Four jobs I have had in my life:
1. Famous ice cream seller. Hehehehehe (during Canteen/Carnival Day in school)
2. Cashier at Parkson Ria (masa tunggu result SPM)
3. Engineer ( the job that make me 'short circuit' kejap)
4. Teacher (to my kids -the best job ever)

Four Movies I have watched over and over
1. Errr, tak tau tajuk apa tapi dalam movie tu ada lagu
R.E.S.C.U.E
Rescue aid society
Aim so high touch the sky
You mean everything to me..

2. Movie/Cerita banyak series tapi ending mesti ada lagu
I love you, you love me,
We are happy family
With a great big hug
And a kiss from me to you
Won't you say you love me tooooo

3. Tom & Jerry

4. Robot

Four places I have lived

1. Satu masa dulu di kaki bukit dekat dengan Istana Hinggap Sultan Johor
2. Satu taman yang di panggil Taman Pasifik Selatan
3. Kola Pilah (best ahh duk kampung, aman damai)
4. Apartment kat Puchong (sekarang cicak pula yang sewa free)


Four TV shows I love to watch
1. CSI (dulu2 jek, skrg dah tak ada masa)
2. Secreto de Amor (Drama yang buat sarahmirza balik kerja tepat jam 5pm. Admirer kat Maria Clara)
3. Boston Legal (pun tengok dulu2 jek, suka tengok James Spader)
4. Mana ada lagi. Rasa dah lama tak tengok TV !

Four places i have been on vacation
1. Damai Laut (hish, tak best langsung)
2. Bangkok, Thailand (punnnnn tak best)
3. Muscat, Oman (punnnn tak best)
4. Masuk hutan jek yang BEST bagi sarahmirza, ahaks!

Four of my favourite foods Nyam...nyam...nyam...
1. cheese cake, chocolate cake, carrot cake & segala bagai kek!
2. dapat makan satay punn sedap
3. lontong kot
4. apam balik pun sodap gak

Four places I would rather be right now
1. to sleep in my bed
2. in my hometown, my mom's house of course
3. beauty spa - for facial, massage, menicure, pedicure, hair treatment
4. Abu Dhabi? (dunno why i put this place....ssssyyyyyhhhh)

Names that i have apart from sarahmirza?
1. Mummy (hubby & sons la panggil)
2. Andak (my anak saudara panggil. Dari dia orang kecik dah suruh buang 'mak' sebelum gelaran tu
3. Anjer (manja noooooo kat sorang tu)
4. Arwah nenek gue panggil gue Sunti. Hehehehehe

Four people who may respond
1. one who would challenge the answer of the original sender
2. the one who had had enough doing serious work on the screen
3. one who want to take a break to avoid a beginning of a splitting headache
4.no one today, someone tomorrow, anyone the day after, anybody later..whatever la


Ahaks, siap dah. Sorry la Godek, lambat pulak gue reply. Jangan marah ya.

Wednesday, November 22, 2006

....and our first BIG pour


Semangat berkobar2. Apa taknya, dah tertangguh 12 hari dari jadual asal. Kenapa mesti delay? Mmmmmmm, banyak sebab. Harap2 projek ini berjalan lancar, tak lambat macam siput ba....bi.. Hahahaha! Ini projek yang ke 4 sepanjang sarahmirza kerja dengan company ini. 2 projek sebelum ini di Putrajaya & ini projek ke2 sarahmirza involved di tanah arab ini.
Entry ini nak tunjuk gambar shj. Takde mood nak menaip. Idea tu ada juga muncul masa sarahmirza duduk2 di site tadi tapi mood tiba2 hilang pula. Tadi kawan baru sarahmirza dari SABAH melawat sarahmirza, penat dengar dia bercerita. Macam2 cerita dia bawa dari negeri bawah bayu tu.

Aha, ini gambar malam tadi, jam 8:30pm waktu Dubai. Sekarang ni agaknya lead engineer, QA/QC & Site Engineer serta workers sedang sibuk menyiapkan kerja di site. Ahaks, sarahmirza kena balik awal, esok ada meeting dengan Client. Teringat pulak pasal mamat arab programmer tu. Tadi sarahmirza call dia, dia tak nak discuss dengan sarahmirza buat masa ini. Wahhhhh, jangan ingat sarahmirza sedih atau panik, sarahmirza lagi suka. Tak payah susah2 kepala nak buat kerja 2 projek. Best !

Monday, November 20, 2006

fake but true ?

Mula2 baca cerita ni, sarahmirza susah sangat nak percaya tapi sarahmirza layan shj. Baca je apa yang di tulis. Cerita pasal "kesah dari aku" ni betul2 buat sarahmirza senyum sorang2. Terfikir macam2 pula. Yang buat sarahmirza tersenyum sebab tuan rumah betul2 marah bila ada orang yang mula pertikaikan kesahihan cerita dia. Memang susah sarahmirza nak percaya tapi bila fikirkan macam2 ragam manusia dalam dunia ni, sarahmirza rasa "mungkin YA". Entahlah, tuan pembuka topik sahaja yang tahu cerita itu betul ke tak betul.

Sarahmirza tertanya2, logik ke? Kenapa ya? Apa masalahnya ya? Sudahlah kahwin atas dasar suka sama suka. Kalau kena kahwin paksa mungkin bolehlah terima alasan tu. Entahlah, agaknya Tuhan nak uji setakat mana kesabaran manusia ini, sebab itu Tuhan bagi ujian pada dia. Excerpt from the Noble Quran "......in no soul does Allah place a burden greater than it can bear....." Jadi, percayalah pada janji Allah.

Tapi ada something yang buat sarahmirza rasa tak berkenan dengan pembuka topik ini. Iyalah, pada sarahmirza bila kita berforum, kita bercerita tentang "masalah" kita, kita kenalah think positive dan terima semua pendapat & juga nasihat. Tapi tuan rumah ini lain sikit, bila suruh fikirkan apa yang jadi punca masalah, dia mula nak marah pula. Agaknya posting sarahmirza ter'over' ke? Ada juga sengaja sarahmirza buat dia marah bila tanya dia lagi adakah selama 20 tahun berkahwin adakah dia betul2 faham sikap isteri dia. Adakah kegagalan dia sebagai "suami" menjadi punca kedinginan si isteri. Hahahaha, takkan dia tak fahamkan. Pelik rasanya, bukankah perkahwinan itu menghalalkan "sesuatu", tapi kalau "sesuatu" itu tak dipenuhi dengan cemerlangnya, tentulah tak bermakna perkahwinan itukan. Itu yang kadang-kala sampai berlaku curang, tak kira suami atau isteri atau kedua2nya sekali. Kadang2 rasa kesian pula, kenapa masih ada lagi lelaki yang tak nak memahami perasaan isteri?

Friday, November 10, 2006

Friday, Nov 10

Seperti dijanjikan sarahmirza buat makan2 kat rumah. Tak adalah nak jemput semua Malaysian UAE, kecil-kecilan shj orang kata. Lagipun tak larat nak masak, periuk belanga di rumah ini semuanya comel2. Kat Malaysia dulu, bila buat open house, tak pernah sarahmirza sibuk2 nak masak. Kami biasanya order satay dan catering. 2 kali sambut raya di Malaysia lepas kahwin sebelum pindah ke sini. Kali pertama raya di sini, sarahmirza setakat masak sikit2 jek, buat pot luck kat rumah kawan. Kali ke 2 pun masak biasa2 shj but yang best raya pertama tu kami puas makan segala macam makanan di rumah carloszubir. Nyam, sampai raya tahun ini teringat betapa meriahnya gotong royong you all time nak raya tu. Tahun ke 3 (tahun ini la) kami balik beraya 1 week jek di Malaysia. Puas makan, penat beraya, sampai sini terus hilang suara. Hahahaha!

Tadi saja jek gatal2 tanya komen mereka tentang masakan sarahmirza,

ada yang kata"Ok, sedap la sarah".

ada yang kata "Ok lah ni".

ada gak yang kata "Best!".

Hish, ikhlas ke ni? Sarahmirza anggap ikhlas la tu. WHY? Hari biasa2 kadang2 mereka tanya,

"Bila nak buat makan2 sarahmirza?".

Takpun mereka kata,

"Sarahmirza kalau masak sedap aje".

Perasan !

Kalau kat Malaysia rasanya mereka ni tak hairan langsung dengan masakan sarahmirza agaknya. Di sini, nak cari makanan Melayu bukan tak ada. Ada tapi harga tu mahal la juga. Kalu terasa nak makan nasi goreng kampung, mee bandung, tempe goreng atau seri muka, paling senang melawat FMR. Teringat dulu2 masa mula2 jejak kaki ke sini, kawan sarahmirza, Deeba pernah kata,

"Kalau malas tak merasa".

Betul tu, kalau malas nak belajar masak, malas nak masak, memang tak merasa masakan Melayu. Kalau sanggup nak makan luar hari2, bolehlah tapi larat ke nak keluar hari2? Sejak tinggal di Dubai la sarahmirza belajar memasak. Tengok buku resepi pun kadang2 menjadi juga masakan tu. So far, after 2 years kat sini, nampaknya banyak juga masakan yang sarahmirza dah cuba masak. Agak2 bila sarahmirza balik Malaysia for good, masih rajin lagi ke sarahmirza nak memasak? Mungkin ya kot.

Dah terlewat ke?

Dah tak nak merungut lagi pasal kerja, malas! Hari2 macam tu juga. Minggu ni dah 2 kali sarahmirza masuk kerja lambat sebab bangun lambat. Nak kena masuk kerja pukul 7am kena la bangun awal lagi. Dulu2 pukul 7:15am pun kadang2 belum mandi lagi.

Selamat Hari Raya! Kita beraya sebulan kan.

Esok macam terajin pula nak ajak bachelor makan2 kat rumah. Kesian mereka itu kan tak ada siapa masak lepas tu mereka tu malas2 belaka nak masak sendiri. Opssst, jangan marah! Tadi sarahmirza ke pasar kejap, beli bahan2 nak memasak. Singgah kejap di kedai Filipino tu beli sengkuang, daun limau, tahu, kacang panjang & cili, semuanya AED37. Mmmmmm, kat Msia tak sampai RM15 pun agaknya. Tak kisahlah, sekali sekala main masak2 ni. Saja test power.

Teringat masa bulan puasa hari itu, ada juga buka puasa (iftar) kat luar. Berkumpul sesama kami, ada yang dah berbelas2 tahun duduk di negara asing, yang kahwin dengan orang asing tu tak boleh elak la kan, yang kahwin sesama Melayu pun ada juga, berada di tempat orang sebab cari rezeki macam sarahmirza ini. Ada sekali tu buka puasa di restoren..... (gue lupa nama restoren tu pula). Tak mahal, AED35 per person shj dan seperti biasa, buffet di Msia lagi jauh sedap dari buffet restoren Iran ni.

Sepanjang bulan puasa, 3 kali sarahmirza buka puasa di FMR, berkali2 di Singapore Deli. Rindu betul dengan masakan melayu. Bukan tak boleh masak tapi tak cukup bahan. Kadang2 ada ikan merah, tak ada daun kesom pula nak buat asam pedas. Kadang2 ada kerisik tapi lupa pula nak beli daun limau untuk tambah perisa kat rendang daging tu. Iya ka tak cukup bahan tu? Bunyinya macam malas shj. Alamak, cerita makan terus jadi lapar pula. Meh, nak tunjuk gambar biskut raya hari tu pulak.


Best kan raya kat Msia. Balik hari tu sarahmirza bagi coklat kat PM arab tu. Sarahmirza cerita kat dia macam mana orag Msia sambut raya, sayangnya dia tak faham. Tak boleh nak salahkan dia sebab dia asal dari negara yang tak pernah aman, yang masih lagi berperang & tertindas di negara sendiri. Sarahmirza tumpang sedih, pada mereka Aidil Fitri adalah hari semata2, sekadar ada sembahyang sunat Aidil Fitri dan kewajipan membayar zakat fitrah hingga satu syawal. Nak buat macam mana. Syukur benar sarahmirza lahir di Malaysia bukan di negara lain.

Akhir kata, Selamat Hari Raya lagi dari kami sekeluarga !

Monday, November 06, 2006

Does your BOSS want you dead?

Huh, kerja berlambak. Tak sudah2 sarahmirza merungut pasal kerja. Nak kejar itu, kejar ini. Nak buat submission itu, submission ini. Dengan keadaan site office yang tak ubah macam tongkang karam (kami pindah kejap ke cabin foreman sementara dorang fix cabin lama kat tpt baru), dengan facilities yang terhad, memang susah nak buat kerja. Kerja senang pun jadi susah. Contohnya nak print out kerja yang dah siap pun payah sebab hampir 10 orang kongsi satu printer! Belum kira shortage of manpower yang buat hampir tiap staff dilambakkan dengan kerja yang banyak dan perlu di buat dan disiapkan on time. The situation is really damaging moral at the office and demoralize the staff, semangat kerja makin menurun! Macam sarahmirza sekarang ini.

Lupa pula nak cerita, sampai sahaja Dubai hari tu, lepas 3 hari, notebook sarahmirza tiba2 buat hal pulak. Hard drive totally damaged, nak menangis rasanya time tu. Apa taknya, segala kerja yang sarahmirza buat time short vacation dah hilang! Huwaaaaaaaaaa, mujur ada sebahagian data yang sarahmirza memang dah back up dalam thumb drive. Kalau tidak, hancus!!!
Yang sarahmirza paling sakit hati bila dapat phone call or sms or email darioffice bilik sejuk & selesa minta % complete. 2 sms sarahmirza dah abaikan. Hahahaha, selamba sahaja sarahmirza ni, kalu kena terminate macam mana? Sememangnya sarahmirza dah tak kisah!

Tadi sudah di tanya oleh seorang BOSS, "Are You Dead or Are You Sleeping?" and sarahmirza jawab dengan sempoinya, "I am dying". Hahahahaha, macam takde kena mengena jek soalan dengan jawapan itu.