Tuesday, April 03, 2007

We were there !! Muscat, Oman

Eh, bosan asyik cerita pasal kerja je. Pastu terngumpat orang pula. So, this entry sarahmirza cerita pasal pergi Muscat last weekend. Bukan 1st time sampai sana, ini dah masuk kali ke 2. Yang pertama dulu kami pergi tak habis round, kali ini kami pergi nak habis bandar Muscat kami jelajah. Lama juga tak bercuti-cuti, asyik kerjaaaaaaaaaaa je sampai tak sempat nak berpoya-poya cuti sana sini.

Actually sarahmirza terlupa, betul-betul terlupa langsung sampai satu pagi tu sarahmirza dapat sms dari my darling;"Do you remember what day today?" Masa tu sarahmirza di office, puas juga fikir hari apa hari ini, 24-Mar-07. Sarahmirza biarkan dulu sms tu sambil cuba nak ingat balik, mmmmmmmmmmm......akhirnya, teruk betul sarahmirza. That's our 6th anniversary !

Tak romantik langsung gue, dulu sibuk kata my darling tu hopeless romantic, rupanya sarahmirza pun sama. Sorry darling, memang sarahmirza lupa betul hari tu. Tengah busy prepare presentation & submission to Mr. Client. Sarahmirza reply sms my darling tu, dalam kepala fikir nak cover macam mana sebab terlupa. Itu yang muncul idea ajak dia ke Muscat. Hehehe...

Gambar atas ini sarahmirza ambil dari dalam kereta. Belum keluar Dubai lagi, border pun belum sampai.





Ini gambar pejabat imigresen Oman. Nampak macam tak sibuk tapi bila masuk dalam, ramainya umat manusia!



Yang ini pemandangan dari atas bukit... Ahaks, sarahmirza lupa nama bukit tu, jalan ke Shangri La Hotel. Nampak tenang sahaja suasana di Muscat ini, bandar lama yang masih kekalkan sesetengah bangunan lama. Kami cuma 1 malam je di bandar Muscat, esoknya lewat petang dah balik Dubai, kena kerja..kerja..kerja balik.