Sunday, September 30, 2007

.....seorang surirumah

Wahhhh, rasa macam dah lama tapi bila selak kalender rupanya baru 10 hari jadi surirumah. Dulu tiap2 pagi keluar rumah pergi kerja, sekarang hari2 diri depan pintu tengok orang pergi kerja dan sekolah. Berjaya ke selama 1 week ni jadi surirumah? Bangun pagi sediakan lunch box Alif, mandikan si kecik Boy, masukkan baju dalam washing machine then surfing...kadang tu tidur balik...hish, teruknya. Bila Mirza bangun, siapkan mandi, pakai baju dan breakfast dia. Lunch ? Bulan puasa ni, boys bagi makan nasi goreng or nasi dan lauk sahur tadi, so takde la susah mana sibuk memasak pun. Sidai baju pun bukan susah sangat dan lipat baju pun sambil tengok tv boleh buat. Iron baju, kemas toys, kemas dapur, kemas store (baru perasan, banyaknya barang yang beli tapi tak pakai), masak untuk buka, buat kuih muih hantar ke jiran (pasal nak pulang pinggan la ni, hehehe), chat lagi & bla..bla..bla..

Mmmmmmm.......dah banyak2 kerja rumah yang di buat kat atas tu, rupa2nya masih ada lagi yang gue tak buat. Tak vacuum rumah, tak mop lantai & tak buang sampah ke bawah. Ada lagi, tak bangun pagi pukul 3:30am masak or panaskan nasi dan lauk untuk sahur. Entah, macam ada perjanjian pulak kerja2 ni my darling yang KENA buat. Nasib baik.....Lap U darling *kiss*.

Dan mujur Boy tak banyak ragam, perut kenyang diamlah dia, janji nampak orang ada dekat2 dia, tak macam Mirza dulu, kena belek dia macam anak patung, selagi tak tidur selagi tu nak orang belek dia, tidur pun nak kena peluk, uhuks....Kalau company bagi gak cuti bersalin sampai 5 tahun macam kerajaan nak laksanakan tu, memang tiap kali give birth gue nak cuti setahun. Jadi surirumah jaga anak & hubby macam sekarang ni. Orang biasa kata jadi surirumah ni best...Memang la best sebab dapat jaga anak sendiri, tengok anak membesar depan mata hari2, ajar anak macam2 benda baru setiap hari, boleh surf internet sepanjang hari tak payah risau boss jengok monitor, NO MEETING with Client, NO DATELINE, NO marah2 boss, subordinate, officemate, subcon or sesapa je la (marah anak?) dan NO tension2. Tapi bila dah duduk rumah hari2, kena pula langsung tak melangkah pintu keluar terasa pulak, ehhhhh apa dah jadi kat luar tu ya? Huh, sungguh...1 week jadi surirumah, baru 3 kali keluar dari bangunan apartment; sekali hantar Boy ke Health Centre, sekali pergi shopping kat K4 Emirates Mall & sekali pergi iftar kat rumah kawan. Ahaks, kasihannya dia tak tengok dunia luar.

TAPI, mesti ke kena keluar rumah hari2? Mesti ke kena ke sana ke mari hari2? Dengan baby kecik lagi, dengan 2 hero yang tengah melompat2 je kerjanya ni...Hish, tak payahlah...leceh je. Hari tu kat Emirates Mall tengah shopping Mirza bertumbuk pulak dengan Alif dalam troli, pastu dia senang hati duduk atas roti dalam troli, pastu tak sabar2 dia nak makan donut, jerit2 nak time tu gak, pastu sibuk dia nak dukung pulak.....arggghhhhh, rimasnya. Buat panas je hati gue dengan budak2 ni. Baik duduk rumah diam2, tak penat, tak marah & tak sakit hati. Kat rumah ada jugak dia orang buat hal tapi tak adalah rasa leceh sangat sebab kat rumah sendiri. Banyak benda dia orang boleh buat dan banyak ruang mummy nak letak Boy sana sini.

Mmmmm, semua perkara ada best & tak best. Dah biasa kerja teringin nak jadi surirumah, dah jadi surirumah teringin pulak nak kerja balik. Ada ke benda yang tak membosankan? Setakat ni, masih syok lagi jadi stay-home-mummy. Tak adalah bosan pun sebab tak ada siapa sibuk2 suruh buat itu ini siap dengan dateline lagi, tak ada yang marah2 & tak ada meeting2 yang entah apa2 je tu. Best....tapi selama mana best tu?

Dan.....last sekali, gambar Alif 1st day pi sekolah. Ahaks, comelnya anak mummy dengan uniform sekolah dia tu..

Saturday, September 29, 2007

malasnya.....

Cerita malas ..........sebenarnya, malas dah nak update blog, bukan tak ada cerita yang nak diceritakan, ada tapi...........sebenarnya malas nak start kerja balik, melayan karenah Mr Client tu, fikir masalah projek yang lambat macam siput ba.....bi ni. Awal Ogos gue start cuti progress kat Podium level, awal Oct gue nak start kerja balik, progress kat situ lagi. Yang berubah site office shj dah pindah masuk basement. @#$%^&%$#*

Mengingatkan cerita my friend pasal masalah kat office semakin buat gue malas nak pergi kerja. Mengingatkan *tooot* yang tak keluar2 tu, bertambah malas nak kerja.

MALAS !