Saturday, November 24, 2007

BBQ......umur panjang jumpa lagi ya!

Masa sekolah dulu, sarahmirza joined Ranger, selalu juga ikut camping sana sini. Masa Matrikulasi, sarahmirza joined Discovery Club, pernah juga panjat bukit apa tu ya...lupa pulak namanya...dekat Kuala Pilah, air terjun Ulu Bendul. Masa kat U? Tahun pertama sarahmirza tak joined mana2 kelab pun, tahun ke 2 sarahmirza jadi facilitator kolej & joined sekejap team softball & jadi Asst. Director tu untuk Malam Kebudayaan Kolej. Tahun ke 3, sarahmirza joined Kelab Teater sebagai syarat untuk kredit. Sekarang, tak join mana2 kelab jauh sekali nak bercamping panjat2 bukit macam Pujie. Malaslah nak comot2 lagipun dah ada 3 gerabak keretapi ni susahlah nak ke sana ke mari.



Teringat lagu lama yang selalu kami nyanyikan masa sekolah2 dulu bila waktu mengemas khemah masing2. Mmmmmmmm......sesiapa dulu joined Girl Guide (Brownies, Pandu Puteri and/or Kelab Rangers tau la lagu ni. Boy Scouts) mesti tahu lagu ni.



Bertemu dan berpisah ,
Adat manusia biasa
Hilang di mata, tapi di hati jangan lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga kita berjumpa lagi di lain masa.



Semalam, kami sama2 buat BBQ. Dah 3 tahun lebih kami di sini, datang sebagai satu team dan sepanjang masa itu, ramai yang dah keluar dari team dan join team lain, ada yang masih setia di team yang sama sehingga sekarang. Tak kisahlah, team apa sekalipun, kami gembira sebagai kawan2. Ada antara gambar2 di bawah ni di snap oleh Alif, a 4 years old KG1 boy from Oxford School. Hehehe....



Place : Zaabeel Park

Date : 23-Nov-07

Time : 2pm to 7pm









































































Thursday, November 22, 2007

good bye......

Semalam sarahmirza karang surat resign, selepas 8 tahun kerja. Sehari sebelum tu sarahmirza dapat call dari HR, dalam masa 3 minggu sarahmirza dikehendaki balik ke HQ. URGENT !!!!Amboi......senangnya cakap!

Sarahmirza jawab YA sahaja. Sarahmirza dah lama fikirkan hal ni sebenarnya; samada nak stay ke, nak blah ke, jawapan my darling "ambil peluang yang ada". Bila fikir2, sejak beberapa bulan yang lepas tak ada apa yang menyenangkan berlaku tapi kami tetap setia gitu. Hehehehe..Akhirnya, lepas mimpi salji turun, sarahmirza karang surat resign. Sakit hati juga dengan cara layanan...time tak nak buat tak tahu je, time nak urgent memanjang..boleh BLAH!

Wednesday, November 21, 2007

Malam ini.......Entah apa2

Malam ni tak boleh tidur pula. Lepak kat tempat biasa, ada pulak sesuatu yang lawak berlaku. Ahaks, lucu pula kalau ingatkan. Saja je nak buat sajak(?) untuk tukang buat lawak tu.


Ada masa manusia jadi gila
Sampai tak tahu nak menilai cara
Ada waktu manusia mudah lupa
Tak sedar dah menyusahkan orang pula
Entah apa-apa

Dulu masa bercinta bukan main sakan
Dah lama bila dah rasa bosan
Bercakaran tak keruan
Penutup kisah aku juga yang disalahkan

Apasal aku pulak yang kena?
Padahal aku langsung tak ada apa
Aku tak masuk pun dalam affair dia
Langsung aku tak nak tahu apa
Nyahhhhh........

Kuikuikui...entah apa-apa bontot kereta tu.

Wednesday, November 14, 2007

8 tahun yang masih dikenang harinya

8 tahun lepas, tak terfikir pula sarahmirza macam ini ending-nya. Tak pernah fikir sarahmirza akan bertahan selama ini....masih boleh setia tapi sebenarnya sarahmirza tak larat lagi dah, terpaksa buat sesuatu. Sarahmirza terpaksa ketepikan 'setia' la konon2nya. Sarahmirza kena rebut peluang yang ada.

Ada masa terasa macam terkilan tapi entahlah, tak tahu nak kata mcm mana. Sangkanya semua OK belaka tapi nampak macam sekadar janji manis sahaja. Sabar? Setakat mana boleh sabar ya? Biarkan? Lagi tak boleh! So, nak buat apa? Terpaksa.

Bila duduk sendiri & berfikir, Sarahmirza anggap semua ini sebagai pengalaman, pahit manis kehidupan. My darling kata sarahmirza patut bersyukur dengan rezeki yang ada, bersedia keluar dari ruang selesa. Mmmmmmm........ikut hati nak bertahan di kapal yang sama tapi kalau nakhodanya dah gagal nak kemudikan, kenapa masih nak menumpang lagi ya?

Wednesday, November 07, 2007

7 minggu!

Esok cukup 7 minggu ke sekolah. Alif dah pandai mengira, membaca A to Z dan menulis. Marbeles....mummy tak sangka cepat sungguh dia belajar.


1st day masuk sekolah, mummy risau sangat Alif menangis bila kena tinggal TAPI dia tak menangis pun!


Mummy risau dia tak boleh pick up apa yang teacher ajar sebab cakap pun masih bahasa German TAPI seminggu lepas tu dia dah mengira 1 sampai 20!


Mummy risau sebab pegang pensil pun dia tak reti TAPI lepas 3 weeks dia dah betul pegang pensil; menulis & mewarna.


Mummy risau sungguh sebab dia langsung tak kenal ABC TAPI sekarang dah kenal huruf dan menulis sendiri.


Wahhhhh, anak mummy dah besar & cerdik !

Thursday, November 01, 2007

Orang kata & perlu ke?

Orang kata,


- kalau kita suka & cintakan seseorang, sebolehnya kita nak sahihkan apa yang di ceritakan oleh orang itu kepada kita adakah benar atau bohong belaka.


- kalau kita sayangkan seseorang, kita berusaha untuk mengorek sebanyak mana rahsia hidup dia.


- kalau kita ingin kembali bersama dia dan kita tak mampu nak miliki dia, ada yang sanggup menikam dari belakang menyakiti hati dia.


TAPI perlukah semua itu?


- Perlukah kita mendendami manusia yang pernah kita sayangi suatu masa dahulu?







Sekadar berfantasi di pagi hari. Hehehehe...




01/11/2007 hari ini - genap 8 tahun sarahmirza berkhidmat untuk syarikat ini.