Wednesday, January 30, 2008

Yahoo....!

Yahooo....minggu depan gue dapat semula office gue selepas hampir 2 bulan kena share dengan accountant itu. Pagi ini labors sibuk buat partition & separate pintu untuk bilik kami berdua. Best! Walaupun bilik gue yang dahulunya besar ya amat sampai boleh main badminton dalam tu dan sekarang akan dibahagi 2, gue tetap gembira. Lepas ini bolehlah gue buat sesuka hati dalam bilik sorang2 macam dulu; nak menyanyi, nak gelak ketawa, nak makan, nak tidur, semua boleh buat. Beromen je tak boleh! Hahaha

Sebenarnya OK je share bilik dengan accountant tu tapi gue kurang selesa sikit sebab ramai sangat peminat dia nak jumpa dia setiap hari collect cheque. Satu hal lagi, kalau dia tak ada, gue pulak kena jadi macam receptionist aka secretary dia jawab ke mana dia. Satu lagi, gue kurang selesa bila time hujung bulan macam ini, ada sampai 3 security berdiri depan pintu bilik berjaga bila dia si accountant ini sibuk kira duit gaji untuk labor! Sudahlah gue ni suka keluar masuk bilik, ada pulak orang depan pintu, asyik kena kunci pintu setiap kali keluar masuk, kan leceh.

Company ni ada duit juta2 tapi time nak bayar gaji bukan labors sahaja, gaji staff pun dia orang bayar CASH! Kat site ni je ada hampir 800 orang labor, seorang gaji dalam AED1.5k kali dengan 800 orang, dah berapa tu? Masuk gaji staff yang masing2 gaji 5 angka, kali 30 orang? Tahu takut kena rompak, tu yang letak security jaga pintu. Sekarang ini pun, accountant ini sedang kira gaji labors kat bilik sebelah, bilik safety officer.

Bila agaknya nak dapat gaji bank-in terus dalam bank? Dah nak masuk kali ke 3 gaji dengan company ni, macam dia orang lagi suka nak bayar CASH. Tanya juga staffs kat HQ, dia orang yang dah puluh2 tahun kerja pun kata memang dapat CASH. Construction company kecil taraf kelas C je kat Malaysia ni TAPI dia punya duit CASH, Walla...

Tuesday, January 29, 2008

N3 sebelum balik

Semalam Alif balik sekolah bawa pokok taugeh, cermat sungguh dia. Bekas tu pula kecil je, bekas plastik yang selalu orang kat cafe letak susu segar kalau kita order coffee. Sabar dia pegang bekas tu dan bawa naik bas sekolah sampai ke rumah. Mummy tanya siapa beri, dia jawab teacher. Semalam mummy tanya Alif nama teacher dia, dia bawa mummy ke dapur dan tunjuk pek maggi. Nama teacher dia Maggie Nicola rupanya. Hahaha.

Monday, January 28, 2008

Apa2 je la.....

Hari ini gue mulakan hari dengan gembira. Kenapa gembira? Banyak sebabnya. Malam tadi gue ber'chat' dengan seorang kawan, tak jauhpun kawan tu, dekat2 duduk dengan gue kat sini. Kawan tapi mesra, eh silap teman tapi mesra.

Tak pasti kenapa dia suka bercerita pada gue; dari A to Z dan kadang2 tu sengaja gue tanyakan soalan yang dah tahu jawapan, sengaja nak pastikan adakah jawapan dia sama seperti mana dia pernah cerita dulu. Setakat ini YA, dia tak pernah mereka cerita sesedap rasa seperti mana ada orang pernah menuduh dia. Hahaha, ada masa ketawa sendiri memerhati karenah manusia dalam cyber!

Macam dalam satu iklan dulu, 'dunia tanpa batasan', macam itulah dunia cyber. Jadilah sesiapa pun kan asalkan hidup bahagia. Kenapa perlu nak ambil serius segala kisah dalam cyber? Aha, ada orang menegur tentang sesuatu. Biasalah manusia, selalu prejudis terhadap tindakan kita, mesti ada syak wasangka. Hahaha, seperti yang tertulis di atas, jadilah sesiapapun dalam cyber asalkan hidup bahagia.

Sure orang tak faham apa sarahmirza bebelkan pagi2 ini. Padan muka!

Thursday, January 24, 2008

pagi ini dan kisahnya

Hari ke 3 pergi kerja dari rumah baru. Gue sampai awal, 10 minit sebelum pukul 8am, hampir serentak sampai site dengan Mr. Wrong.

Semalam balik kerja terus je balik rumah. Kemas dapur dan cuci baju yang dah 3 hari simpan. Washing machine leaking pula, entah kat mana yang rosak tapi nasib baik lepas juga 3 round cuci baju sambil tu kena pula mop lantai. Dah panggil maintenance dan dia janji nak datang esok. Asyik2 siang hari, minta datang hari Jumaat tak boleh pula. Dah datang siang siapa yang nak tunggu rumah? Kami pergi kerja balik pukul 7am, sampai rumah pukul 6pm. Lepas gaduh sikit2, dia janji nak datang dalam pukul 7pm.

Hari ini Alif ada trip ke Zoo Dubai. Awal dia tidur malam tadi dan senang pula dia bangun pagi tadi. Lagi cepat dia gosok gigi dan mandi bila gue asyik sebut je hari ini dia ada trip ke Zoo Dubai. Excited agaknya dia nak pergi. Masa kami pergi Zoo dulu, Alif baru masuk 2 tahun, dia tak rasa seronok lagi. Sekarang dah 4 tahun mesti dia dah faham rasa seronok tengok binatang di situ.

Hari ini juga gue pura2 tak busy di office. Semalam buat2 merajuk dengan CM sebab asyik2 gue je yang kena buat itu ini. Kerja department lain pun gue juga kena cover sebab tak ada person-in-charge yang boleh buat. Macam gue ni terror sangat nak cover segala paper work technical. Last2 gue hantar 'request for information' ke consultant, terkejut resident engineer tu sebab orang yang tak ada kena mengena dengan kerja site yang buat RFI. Hahaha, multi-task kononnya.

Esok cuti nak sambung kemas rumah. Dapur dah siap kemas, malam ini nak mula kat bilik boys pula. Katil yang kami beli akan sampai sabtu ini. Punyalah lama order katil, macam special sangat, padahal beli kat Home Centre kat shopping mall depan flat ini je. Oh ya, dah janji dengan Mirza nak beli bean bag dia, hari tu nak beli dah habis stok, harap petang ini kami singgah sekejap Home Centre ada la benda alah itu. Seronok Mirza duduk bersandar kat bean bag tu sampai tiba masa nak balik dia minta pula satu nak letak dalam bilik. Nasib baik Alif tak minta juga. Satu je harga AED300.

Sambung kerja dulu.

Tuesday, January 22, 2008

Malam pertama..

Malam tadi malam pertama kami tidur di rumah baru, eh silap, kat sini standard sebut 'flat' baru. Kami 5 beranak tidur di bilik Alif & Mirza, bilik lain penuh dengan kotak. Tak sempat nak berkemas lagi. Semalam sempat kemas dapur sekejap itupun tak siap. Tengok jam dah pukul 10pm, cepat2 gue kerah budak2 lelaki itu tidur. Weekday kena tidur awal, paling lewat 9:30pm sepatutnya sebab nak bangun awal ke school. My darling teruskan mengemas sampai pukul 3am. Hehehe, kesian dia.

Flat baru kami betul2 letak depan satu shopping complex. Mmmm, macam best je location dia tapi agak jauh juga dari tempat kerja, dekat dengan sekolah Alif. Pagi tadi gue keluar rumah seawal 7am dan sampai office 8:05am. Tak lewat pun kan.

Saja nak tunjuk flat baru. Belum siap apapun, perabot pun tak beli lagi. Perabot kat flat lama kami tinggalkan sebab bukan hakmilik kami, milik company.

Ni lorong nak ke dapur. Ada intercom kat sebelah kanan tu yang nampaknya jadi favorite Mirza nak bergayut kat situ. Washing machine front loading tu memang dah ada kat situ, electrical appliances macam washing machine, refrigerator, kitchen hood & tempat masak masak memang dah siap sedia ada.


Ni tempat masak. Siap dengan oven. Counter top tu berhabuk sungguh,
maklumlah bangunan baru dan
kami orang pertama masuk flat ini.

Kat sini kami tidur malam tadi. Tu Mirza tengah tidur lagi, kesian katil belum sampai lagi.





View dari bilik Alif & Mirza. Dekat sangat masjid, jalan kaki je.










Opst, yang berkanopi itu ialah shopping complex. View dari bilik kami. Nanti update lagi lepas siap kemas semua.





Monday, January 21, 2008

Rilex kejap

Gue busy mengemas rumah selain dari mem'busy'kan diri di office. Ada masa gue up date cerita pasal rumah baru..Tak sabar nak tidur rumah baru malam ni.

Wednesday, January 16, 2008

Hujan oh HUJAN!

DUBAI ditimpa hujan semenjak pukul 12 tengah malam semalam. Semalam seharian huja terus turun, walaupun tak lebat tapi cukup untuk membuatkan jalan2 di Dubai bagaikan tempat meletak kereta. Traffic jam !!

Semalam sarahmirza masuk kerja lewat disebabkan traffic jam yang teruk sekali (eh, bukan alasan, memang sebab traffic) dan diarahkan balik awal pukul 2:30pm. Tak sangka company arab ni berkira nak bazirkan diesel untuk genset. Kerja site memang tak ada, semua labor di arahkan balik awal sebab tak kuasa company nak bayar gaji free (eh, ni gue yang tulis je la) dan staff dalam office pun kena balik awal juga sebab yang gue tulis di atas tadi. Hahaha

Semalam pun Alif sampai lewat dari sekolah. Bas sekolah yang sepatutnya sampai kat depan City Exchange tepat pukul 12 tengah hari telah sampai pukul 2pm! Traffic jam kata guidance bas tu.

Semalam juga gue janji dgn agent rumah baru nak bagi cheque pun terpaksa cancell masa dah pertengahan jalan. Sebab traffic jam. S my friend kat site pula cerita, bilik dia bocor masuk air hujan sebab kontraktor pasang tingkap tak bubuh sealant(?) . Ahaks, apa2 la S.

Hari ini dan esok kerajaan UAE terpaksa declare sekolah cuti disebabkan HUJAN yang menyumbang kepada masalah kesesakan lalu lintas tahap cipan. Hahaha

Psssssstttttt, semalam lalu dekat area Mirdif, gue nampak sesuatu yang belum pernah seingatnya berlaku di Malaysia, dia orang pam air keluar ke longkang dr water ponding kat jalan raya sebab tak ada proper sistem drainage.

Hari ini, gue declare cuti kerja sendiri ikut macam sekolah. Dah janji dgn Mr. M agent rumah baru tu nak jumpa dia awal pagi. Kami dah tak sabar2 nak masuk rumah baru walau hujan masih lagi turun membasahi bumi padang pasir ini.

Oh hujan, situasi sebegini mengingatkan gue dengan musim sejuk tahun 2004, serupa je keadaannya, yang bezanya tak adalah sampai kami kena paksa balik kerja awal!

Sunday, January 13, 2008

Selamat cuti esok

Esok tak pasal2 Dubai declare public holiday, satu hari Public Holiday. Banyak pula cuti sejak akhir tahun & awal tahun ni. Cuti raya haji, cuti tahun baru 2008, cuti Maal Hijrah dan esok cuti sebab Bush datang. Hahaha, macam lawak pulak.

Esok kami cadang duduk rumah diam2. Sekarang dah kerap hujan, cuaca pula walau tak sesejuk negara yang ada salji tetap sejuk ya amat bagi gue. Tak suka betul sejuk2 macam ini. Esok kami akan kemas rumah secara besar-besaran, nak pindah rumah sebelum weekend ni. Sure lepak nak kemas barang walau bukan banyak mana pun barang dalam rumah tu.

Selamat datang Bush.. gue bimbang je nak jalan sana sini sepanjang 'orang putih' semua tu ada sini. Bukan apa, sini dekat sangat dengan Pakistan, mana tahu ada pulak pengebom berani mati. So, baik duduk rumah diam2, pergi balik kerja & makan kat Singapore Deli je. Komen gue pasal hal Benazir Bhutto, sungguh memalukan lelaki2 yang membunuh ittew. They killed a woman just because dia orang takut kedudukan tergugat. Huh, macam takde teloq........muahahahaha

Wednesday, January 09, 2008

Monday, January 07, 2008

DUBAI......life is like that

Kelmarin (maknanya 2 hari lepas) kawan gue beri nombor telefon seorang agent real estate. Kat sini dia orang tak panggil apartment, dia orang panggil flat; tak kisahlah mewah mana pun apartment tu, ada swimming pool ke, gym ke, dia orang tetap panggil flat. Apartment dia orang panggil untuk servis apartment sahaja, apartment ala-ala hotel tu. Kisahnya sarahmirza tengah cari flat untuk di sewa, kalau boleh nak area yang dekat2 tempat gue duduk sekarang ni. So kawan ni pula kebetulan beritahu yang company dia nak terminate contract tenancy, dia tanya kot nak replace ke tidak. Sebab gue pun suka area tempat tu, ada swimming pool dan flat tu pun cantik juga DAN paling penting sewanya agak berpatutan, gue pun beriya setuju.

Kawan ni beri contact no. agent ni. Punyalah beriya gue tanya itu ini last2 gue tanya berapa sewa flat tu kalau nak sambung. Dia jawab this amount....AED xxx,000.00 setahun, belum masuk deposit & komisyen dia tu. Amboi, terkejut gue sebab apa tau, sebab dia naikkan sewa tu 76% dari sewa asal. Sesedap rasa.

Semalam pula, seorang lagi kawan bagi contact no. agent lain. Yang ni lagi best, kawan ni dia ada beberapa unit apartment yang di sewa atas nama company juga. Salah satunya yang dia duduk sekarang ni dia sambung tukar kontrak ke nama dia dengan kenaikan sewa 22% dari sewa asal; masih OK lagi. Flat pun besar dan selesa juga. Dia pun beritahu yang sewa sekian sekian dan suruh contact sendiri agent tu. So gue pun call this agent tapikan boleh pulak dengan gue dia nak naikkan sewa flat yang sama cuma lain floor je 25% dari yang dia beri kat kawan gue. Macam biasa la, gue ni kan selamba je tanyalah apasal kawan tu dapat this harga dengan gue dapat this harga, padahal masa agent ni suruh kawan tu carikan orang sewa dia siap bagi tau kawan tu yang sewa flat tu sekian2, bila call dia naikkan sewa pulak? Amboiiii, sesedap rasa sahaja alasan dia sebab selama 3 tahun akan datang ini dia tak boleh naikkan lagi sewa sebab kerajaan UAE dah tetapkan macam itu.

Sebab agent yang sekejap cakap dengan orang itu macam ini dengan sarahmirza macam ini, dua2 flat tu tak jadi sewa, patutnya satu je akan tak sewa tapi sekarang dua2 tak sewa. Kena cari flat lain. Petang ni kita orang nak tengok flat tempat lain, kalau lepas tengok dia naikkan harga sewa......tak taulah nak kata apa lagi. Tengoklah macam mana. Sabar ajelah kan, sememangnya inilah realiti hidup di Dubai..........