Friday, February 29, 2008

Happy birthday Bun!

Happy birthday Bun! Walau tak tahu di mana dia berada, dah kahwin ke? anak berapa, gue wish juga happy birthday kat dia. Special sebab dia dpt celebrate birthday 4 thn sekali je.

Many Happy Returns!

Tuesday, February 26, 2008

Entry sebelum lunch...

Khamis ni gue cuti, nak pergi tengok konsert Alif. 2 hari lepas dah hantar form cuti ke SCM, dia tanya "What happened?" Gue jawab "I need a break". Hahaha, macam busy gila kerja hari2. Sejak kerja dengan company baru ni; Contractor cum Client, beban kerja tak berat sangat. Gue sempat lagi berpoya-poya di cyber. Yang penting kerja siap, report hantar.

Seminggu dua ni gue buat2 busy buat kerja orang lain. Macam biasalah, semua department merungut pasal terpaksa cover kerja department satu ni. Entahlah, nak buat macam mana, kita orang kan baik belaka. Draft dah gue submit unofficial ke Consultant dan dah balik semula pun ke gue. Macam2 consultant tu minta info, calculation, sketches, plans etc. Yang mana dah ada gue selitkan je kat mana2, yang tak ada tu yang gue kena ke sana ke mari minta info dari department lain. Itu yang gossipping sana sini pasal department satu ni. Hehehe.

Tak apalah, bukan semua orang perfect. Time tak sibuk bolehlah gue bantu membantu buat karangan dia. Teringat masa study dulu, buat thesis pasal Hingar. Habis gue goreng mengarang, buat field work, cipta formula dan akhirnya lecturer Doktor J bagi reward A. Siap mintak soft copy thesis gue lagi, masa tu cuak juga sebab gue ada tipu dalam reading sebab nak dapatkan curve cantik dan terbitkan formula baru. Doktor J kata dia nak study lagi gue punya thesis dan formula tu dan nak terbitkan jurnal. "Nanti I letak nama you sekali", dia janji macam itulah tapi tak kisahlah, janji dah dapat A.

Hari ini gue bosan, mamat Syria kerja IT tu blocked youtube. Bukan youtube je, banyak benda yang tak boleh nak download. Eh, gue bukan selalu pun nak download itu ini, setakat buka, baca, reply and kadang2 forward email je, baca paper, baca gossip dah la. Yang rajin nak download macam2 ni biasanya minah2 pinoy kerja clerk tu. Bosan betul. Nasib baik beruang baik hati download macam-macam lagu dan save kan dalam WD external hard drive gue. Macam2 lagu ada, sampai lagu arab pun dia download juga. Thanks beruang, hehehe.

Saja nak letak gambar site tempat kerja gue untuk tatapan sendiri. Hehehe

Friday, February 22, 2008

Picnic - Zaabeel Park

Glamour betul Zaabeel Park di kalangan kami. Walau ada Creek Park, pilihan kami tetap Zaabeel Park. Ramai juga yang ikut sama berpiknik jumaat lepas, termasuk ex-boss gue yang suatu masa dulu gue tulis dalam blog ni komplen dia poyo tuh. Hehehe...Sorry boss, kita dah PEACE kan sekarang, dah tak kerja sama company kan.

Makanan? Kami buat konsep 'pot-luck'. Masing2 bawa makanan sendiri. Macam2 makanan ada hari tu, dari ayam goreng KFC sampai ke kima dan capatti. Sekali sekala kumpul macam ini memang seronok, maklumlah jauh dari kampung. Budak2 lagi suka sebab bebas berlari sana sini tendang bola. Atas ni nasi dengan kari ayam yang gue bawa dari rumah.

Seperti biasa, Alif jadi cameraman. Banyak gambar dia ambil dan banyak yang gue edit. Macam biasa, dia nak tengok gambar yang dia ambil dalam komputer, so gue letak dalam blog ini.


Ini gambar mak2 yang sibuk mengadap makanan dari mula bentang tikar sampai nak lipat tikar balik. Hehehe


Yang ini, Boy dan Andy. Background belakang tu bukan gue, abaikan.

Oh, siapakah perempuan ini yang maintain bergaya sekali ?

Alif & Chocolate cake

Hari ini awal pagi Alif dah kejutkan gue minta chocolate cake dia dan nak pergi sekolah. Gue bangun tengok jam baru pukul 6:30am. "Mummy, chocolate cake. School today.".

Setiap pagi Alif mesti sebut nak pergi sekolah. Setakat ini dia suka betul pergi sekolah, agaknya sebab sekarang dia orang tengah sibuk practice untuk concert mid term 28 Feb 08 nanti. Alif ambil bahagian tapi tak tahu dia masuk apa. Awal bulan hari tu, cikgu dia beri circulation dan called beritahu ada custome yang dia orang akan pakai untuk concert ini, harga AED70. Custome apa pun tak tahu, Alif tak cerita dan gue pun tak nak tanya, biar surprise masa concert tu nanti. Yang pasti, Alif enjoy dengan aktiviti kat sekolah dia.

Semalam Kak Y called ajak join BBQ kat park. Biasalah kat sini, aktiviti apa yang paling menarik sekali kalau bukan BBQ. Time macam ini memang sesuai sangat buat aktivti luar, nanti dah masuk summer suhu sampai 40++ degree C, duduk je rumah diam2. So, niat kami nak ke beach kat Ras Al Khaimah kami postponed, kami join BBQ dulu dengan other Malaysians. Disebabkan kebetulan peti ais rumah kami pun terpaksa di hantar ke servis centre, malam tadi gue beriya masak segala apa lauk yang dah kami beli untuk stok 2-3 hari. Ayam masak kari, ketam masak sambal, sambal udang, setengah pack wedges dan satu pack sosej. Semua kami cadang nak bawa ke park, kalau tak siapa nak makan banyak2 tu?

Berbalik cerita pasal chocolate cake Alif, dengan terpaksa rajin terpaksa juga gue layankan Alif. Awal pagi dah masak kek, macam biasa dia akan sibuk ya amat selagi kek dia tak boleh di makan. Dari mula masukkan segala bahan dalam mixer sampai ke nak sapu krim dia nak ambil bahagian. Dan akhirnya, inilah hasilnya.


Luaran semua hasil kreativiti Alif melumur topping atas kek dia. Gue tolong susun ceri je. Apa? Nak tahu resepi kek ini? Boleh, senang je. Nanti rajin gue letak resepi kat sini.

Sekarang Alif tengah sibuk makan kek dia lepas hampir 10 kali tanya dah boleh potong ke tak. Mirza macam biasa, ceri je yang menarik bagi dia, lain2 tak dapat pun tak apa. So, kek ini antara makanan yang akan kami bawa ke park nanti.

Thursday, February 21, 2008

Sambungan entry Hari ini

Semalam akhirnya gue dapat balasan dari ex bos gue minta gue bersabar menunggu. Sabar aje la, orang dah resign 3 bulan pun boleh lagi suruh tunggu? Belum reply lagi e-mail bos tu, tengah fikir apa nak tulis. Malas nak fikir, tengoklah esok lusa gue balas balik. Cukup 2 weeks senyap lagi, gue nak forward e-mail lagi, kali ini kena tulis 2nd reminder pula.

Cerita hari ini? Tak ada yang menarik. Pagi tadi gue rajin bangun awal goreng bihun, breakfast dengan beruang. Siapa lagi member nak ajak makan makanan selera yang sama kecuali dia. Beruang tu tolak batu dengan kayu, lain semua dia sapu. Lunch pula kat tempat yang kerap kami pergi, restoren Arab sebelah masjid belakang Choitram dekat Safa Park. Makan mandhi. Teringat dulu2 kalau makan mandhi, sampai 2 dulang we all order nasi. Dulu la, sekarang order 2 pinggan je itupun minta extra plate lagi, kadang habis semua kadang we all bungkus bawa balik.

Oh, cerita pasal bungkus makanan ini, tergelak pula bila terbaca statement orang seolah bungkus makanan berlebihan macam perbuatan low standard. Dia tak tulis macam itu TAPI cara dia menulis macam itu. Hahaha, kasihan, susah kalau orang berlagak hidup mewah ini, tak cukup macam mentertawakan orang, dia perli lagi orang lain yang membungkus makanan itu. Macam2 hal manusia ni kadang2.

Hari tu pergi makan kat Dome, masa tengah tunggu makanan sampai sempat gue berborak dengan 2 makhluk ini. Makhluk ganjil yang kalau malam2 merayau sana sini kat bangunan DIFC tu orang akan ingatkan hantu. Sempat gue minta makhluk ini berposing depan kamera. Ini dia you, cun betul awek ini. Minah dari mana lupa pula gue nak tanya.






Teringat 3 tahun lepas masa ada Festival kat Creek, ada juga makhluk macam ini join parade tapi custome tak secantik 2 org atas ini. Yang dulu tu hodoh betul custome dia sampai Alif tutup mata tak nak tengok. Festival tahun ini kami belum pergi lagi, bukan tak sempat tapi malas nak gaduh2 dalam traffic jam. Last week pergi Global Village pun dekat 2 jam baru sampai padahal kalau tak jam dari rumah we all cuma ambil masa tak sampai 45 minit pun.

Mmmmmmm, tiba2 gue confuse, how to spell traffic jam = kesesakan lalu lintas? Jam ATAU JEM?

Monday, February 18, 2008

Hari ini...

Hari ini gue masak labu masak lemak dengan ikan kembung goreng. Ingatkan nak makan dengan S tapi beruang itu tak kerja pula hari ini, dia pergi kursus tanpa beritahu gue dulu. Sudahnya gue paksa dia datang office juga lepas kursus dan paksa dia makan juga apa yang di masak, buat makan malam.

Hari ini juga residence visa gue expired, work permit dah lama expired; bulan Jan lepas. Dari bulan lepas gue tanya dengan mamat HR tu apa nak buat, dia jawab "don't worry". Don't worry dia harapnya jangan tak pasal2 gue pula yang kena charge overstayed pulak. Awal tahun hari tu gue dah beritahu Mr. Wrong pasal work permit dan residence visa gue yang nak expired ni, Mr. Wrong beritahu "Don't worry, we have bla..bla..bla.." Semuanya pakat jawab DON'T WORRY. Mentang2 bos kita orang orang besar kat UAE ini.

Hari ini juga cukup 3 tahun 7 bulan gue kerja dan tinggal di negara Arab ini, 6 bulan kerja dengan "tiket" Visit Visa. POYO je company dulu kan. Final settlement gue pun dia orang belum bayar lagi.
Hari ini juga gue tulis email pada ex bos gue tanya pasal final settlement. Last week gue dah hantar email tanya pasal final settlement tapi semua pakat senyap je. So, kali ini gue tulis kat last paragraph '1st reminder'. Gue berjanji akan email cerita yang sama ke mereka itu semua setiap minggu sampai gue dapat duit gue itu. POYO je gue kan.

Oh ya, hari ini gue terbanyak masa pula nak pekena orang. Macam biasa, layan syok sendiri je.

Thursday, February 14, 2008

Apa2 jek la

Dubai tak sesejuk macam 2 minggu yang lalu. Sekarang ni awal pagi suhu dah naik 18degree C. Sepanjang hari pun biasa je tak sejuk mana pun, dah boleh la gue ke sana ke mari tak payah pakai sweater. Memang gue ada masalah dengan suhu sejuk, tak tahan sejuk. Orang lain sibuk merungut kepanasan, gue selalu terasa macam biasa je. Orang lain berpeluh2 sibuk kepanasan masa site office tak ada power, gue boleh mengadu mengantuk nak tidur. Hahaha

Awal pagi masuk je office berYM dgn Azmi, kawan lama gue suatu masa dahulu. Dia beritahu dapat offer kerja dengan satu International Company di Abu Dhabi. Wahh, seronok dengar dia bercerita tanpa suara dalam YM. Mesti offer menarik kalau tidak takkan dia nak pergikan. Oklah tu, rezeki masing2. Nak duduk diam2 kat Malaysia tu pun kalau gaji setara dengan living cost sekarang tak apa juga, ini dapat offer kerja kat Malaysia patut ke company tu nak offer gaji lebih seribu je dari gaji yang gue dapat 3.5tahun dulu sebelum kerja di sini? Sungguh tak patut!

Kadang-kala tertanya juga mak pada gue, sampai bila nak duduk sana?

Jawapannya, tak pasti.

Bila nak pasti pun tak tahulah, tengoklah rezeki macam mana kan. Yang gue pasti, gue gembira di sini.

Apapun, entry kali ini gue nak bagi lagu kat my darling...



TIME in A Bottle


If I could save time in a bottle

The first thing that I'd like to do

Is to save everyday till eternity passes away

Just to spend them with you



~ * ~ * ~



If I could make days last forever

If words could make wishes come true

I'd save everyday like a treasure and then

Again I would spend them with you



~ * ~ * ~



But there never seems to be enough time

To do the things you wanna do

Once you find them

I looked around enough to know

That you're the one

I wanna go through time with



~ * ~ * ~



If I had a box just for wishes

And dreams that had never come true

The box would be empty except for the memory of how

They were answered by you



~ * ~ * ~



But there never seems to be enough time

To do the things you wanna do

Once you find them

I looked around enough to know

That you're the one I wanna go through time with



~ * ~ * ~ * ~

Saturday, February 09, 2008

Baby Aryan

Semalam kami melawat baby Aryan. Seronoknya tengok dia, sebiji macam muka papa dia. Baby Aryan lahir dengan berat 4.8kg secara C-section. Semalam tengok baby Aryan macam dah umur 3 bulan, hampir sama tinggi dengan Boy. Hehehe





Baby Aryan anak lelaki ke 4 mama & papa dia. Semalam kami 3 mak duduk bercerita pasal anak2, Kak L ada 4 anak lelaki antara 13 to 7 tahun, mama Aryan pula antara 8 tahun to 45 hari dan gue pula antara 4 tahun to hampir 6 bulan. Sembang2 minta tips Kak L cara2 nak handle anak2 lelaki yang buas2 belaka. Sibuk dia orang kenakan gue, anak ke 4 nanti harapnya boy macam dia orang lagi. Huwaaaaaaa, macam tak sanggup je nak beranak lagi. Hik hik hik..





Papa Aryan pula sibuk promote sushi buatan dia, siap cerita lagi macam mana nak buat, pakai beras apa, bla..bla..bla.. Lawa je sushi dia tapi sorry la, gue tak suka makan sushi. Pernah termakan sekali masa dinner kat KL Tower masa celebrate birthday yang ke 22 dulu, sekali itu je. Tak boleh nak telan. Semua yang makan kata sedap sushi Papa Aryan, macam makan kat kedai.



Jumpa Ani yang dah berbulan2 tak jumpa padahal rumah masing2 dekat je. Dari balcony flat baby Aryan dah nampak flat Ani dan flat kami juga cuma nak sampaikan ke flat baby Aryan punyalah lama kalau kena masa hari kerja. Traffic jem!


Disebabkan Alif sibuk bermain playstation, maka gambar baby Aryan cuma ada sekeping je yang gue dapat simpan. Penuh camera gue dengan gambar Boy semata; Alif lebih minat ambil gambar adik dia dari gambar orang lain nampaknya.



Boy hari ini (09 Feb 08) cukup umur 05 bulan 25 hari

Tuesday, February 05, 2008

Aduh, ada juga orang desperate sampai macam ini

Malam semalam gue berYM dengan seorang kawan, kawan lama dari zaman sekolah dulu. Dah lama ID dia ada dalam list YM gue tapi kami memang jarang nak chat disebabkan masing-masing sibuk melayan kerja & keluarga. Entah apa mimpi, malam itu si kawan ni BUZZ gue dan berikut adalah ‘perbualan’ kami dalam YM:

Z : BUZZ !!!

Gue : BUZZ !!!

Z : Apa gossip ni ? Kau dah divorce dengan OJ ke ????

Gue : Huh, gossip amender ni ?????

Z : aku baca komen kat blog sorang pompuan ni…ada tulis nick

kau…sarahmirza tu janda BU.

Z : eh, ada sarahmirza lain ke dalam dunia cyber ni ?

Gue : Huh, sudah. Blog apa tu ?

Z : http://adajugaorgdesperatesampaimcmini.blogspot.com/

Gue : Hahaha, perempuan tu sakit jiwa laa. Buat apa kau baca blog dia???

Bukak blog setakat nak kutuk orang, takde makna. Takde life ler dia tu…sian.. tak habis buat fitnah kemudian sepah sana sini tunjuk muka dia…tak malu kottt..

Z : Kau tau ke psl blog ni??? Aku tahu ni pun kawan aku bagi. Minah ni

dot..dot..dot.. (gue kena edit kat sini)

Gue : Abaikan

Z : Hoiii, belum jawap soklan aku tadikkkk

Gue : Soalan gapo?

Z : kau aman damai gembira dengan OJ & anak2 kan la ni? Lama kita

tak borak, jumpa2, gossip2 sumer….apa citer ?

Gue : Lorrrrr, takkan kau percaya gossip perempuan sakit jiwa & gang2 dia tu.

Entah ya entah tak yang bagi komen tu kawan2 dia. Entah2 dia tulis blog dia sendiri komen. Hahaha

Z : Hahahahahahaha……..

*Opst, banyak yang gue kena tapis antara atas & bawah ni.

Gue : Z, aku tak kose la nak layan orang sakit jiwa, nnt dgn aku plak sakit jiwa.

Dia sorang sakit jiwa sudahlah, aku ada somi, ada anak2..lain la dia takde sapa. Hahaha…

Z : eehhh, ko tahu tak pasal blog satu lg yg kutuk pompuan ni….balas segala

N3 dia yg kutuk2 org lain ?

Gue : Tau…

Z : hehehehehe…gossip mcm ni aku mmg no. 1…….panas!!!! aku tunggu2

gak ni kot ada ler sesapa nak saman penulis blog 1 lagik tuhh.

Gue : Hahahahahaha, kalau betul fitnah, saman je la. Amender nak takutnya.

Kalau si lelaki tua tu diam jek, si minah ni pulak kelam kelibut delete entry dulu2 yg ade citer psl lelaki tua tu, nampak sgt dia org dah panik. Dah ler dua2 keje gomen, kena buang kerja weiii….Dua2 skalik !!

Eh, cukuplah tu. Nak paste sampai habis banyak pula nak kena edit/tapis. Cukup setakat ini sahaja.

TUJUAN GUE BUAT ENTRY INI SEBAB …

Kepada pembaca blog sekalian, yang mana kenal gue, yang pernah jumpa family gue, kenal suami gue OJ yang tak berapa handsome tu (hehehe, jangan marah darling), kawan2 se’company’ dulu, kalau gue menipu status sendiri dalam cyber, mesti gue tak buat entry ini semata nak declare GUE TAK PERNAH JADI MAK JAN. 24th MAC 2008 NI CUKUP TUJUH (7) TAHUN GUE JADI ISTERI ORANG! My darling pesan, buat apa nak layan orang macam itu, bukan luak pun hidup kita. Lagipun setakat kat cyber jek.

Mmmmmmmmmm, memang tak luak pun. Dulu-dulu memang ada melompat sekejap juga bila dia mula buat fitnah dalam Forum, tak cukup menyindir, hantar lagi private message cerita itu ini, siap suruh baca blog dia yang tayang YM dia dengan entah suami siapa pun gue tak tahu. peliknya-manusia-itu.html ~ (Gue pernah buat entry dengan tajuk ini dulu2). Kalau umur budak belum habis U awal 20an gue boleh terima ragamnya, ini perempuan LAGI TUA dari usia gue! Kasihan!

My darling biasalah, bila orang cerita dia dengar je kemudian bagi nasihat biarkan, kasihan perempuan tu tak ada kawan nak gaduh. Lama-lama, gue belajar untuk rasa kasihan pada perempuan ini. Tak tahu apa agaknya yang dijanji si lelaki itu sampai tahap kronik dia meroyan sana sini dalam cyber. TAPI macam biasa orang kata,

Mula-mula orang kasihan, lama-lama orang menyampah dah!

Kepada penulis blog ittew, gue tahu lu kerap jenguk blog gue. Gue tahu lu baca satu persatu entry gue dari 1st entry sampai entry ini, gue tahu lu nak kenal gue, lu check bagai background gue, Tak kisah, gue tak marah tapi kalau lu tak dapat nak jejak siapa gue, tak perlulah buat tuduhan yang org putih kata useless, baseless & segala macam less.

Teringat signature yang lu pernah guna satu masa dulu dalam Forum yang pagi petang siang malam lu mengadap, AKU TETAP BAHAGIA! YA, gue bahagia dengan suami & anak2 gue, kalau lu derita, jangan ganggu dan salahkan gue dan orang lain yang sedang bahagia. Muaaaaahhhhhhhhh………semoga masih ada BAHAGIA buat lu di kehidupan yang akan datang. Jangan lupa makan ubat YA!

Friday, February 01, 2008

Aduhai manusia..

Aduhai manusia
Pelbagai karenah dan bicara
Adakala tak sedar diri menganiaya
Diri sendiri yang mudah alpa

Aduhai manusia
Tuhan berikan akal tak di guna
Bertindak mengikut perasaan sahaja
Hingga lupa matlamat hidup di dunia

Aduhai manusia
Kenapa perlu bertopengkan agama
Berbijak tentang ilmu katanya
Hakikatnya palsu belaka

Aduhai manusia
Insaflah kita
Tak selama mana hidup di dunia
Akhirat jua yang kekal selama