Monday, August 25, 2008

Entry malas...



Sedap makan durian kan.. Balik Malaysia hari2 makan durian sampai la tak termakan lagi. Gue dan anak2 semua sedang batuk dan demam2, nak kata sebab makan durian banyak sangat tak juga, dah dekat 2 minggu musim durian berlalu.


Mmmmm.....harap2 semua sempat sihat sebelum berlepas balik ke Dubai. Badan Mirza masih panas lagi, Alif dah reda demam tapi masih batuk dan selsema lagi. Boy selsema tapi merangkak sana sini tak berhenti juga, tidur je buat dia stop bergerak. Gue? Hilang suara dah ni..




Lastly, Happy Birthday to Nurul...


Tuesday, August 19, 2008

Selamat Hari Lahir

Selamat Hari Lahir
Untuk diri sendiri
2 hari yang lalu ....

Friday, August 15, 2008

sepagi bersama teman.....


Hampir 2 tahun tak jumpa Amy, kali terakhir jumpa masa gue balik cuti tahun 2006, itupun sekejap je. Walau lama tak jumpa, kami tetap terasa dekat sebab kerap borak dalam phone dan cyber. Zaman Millenium sekarang kan.

Amy, kawan yang gue kenal pada minggu orientasi pelajar form one kat secondary school. Awalnya kami tak sama kelas tapi few weeks lepas daftar, Amy pindah masuk kelas gue. Masa tu adalah ngam sangat pun, setakat member sekelas je but kami jadi rapat bila sama2 masuk kelas tuisyen Cikgu Adam. Dari form one kami masuk kelas tuisyen cikgu Adam, mula2 kelas Maths sampai form 3, lepas tu kelas Maths Modern dan Add Maths pula masa form 4 & 5. Serius, rindu betul dengan zaman persekolahan dahulu, semakin mengamit kenangan bila lalu depan sekolah lama tu.

Hari tu jumpa Amy kat pusat bowling, bukan main bowling pun kita orang tapi buat2 sibuk tengok tournament student. Budak sekolah sekarang akiviti sekolah main bowling, zaman gue dulu main peluh2 kat padang je. Hehehe .. sebagaimana jumpa Nurul tempohari, macam itulah juga kisahnya masa jumpa Amy. Macam2 kisah yang sengaja ditimbulkan, jadi bahan gelak kami masa kini. Cerita dari umur 13tahun sampai la sekarang ni masing2 dah jadi mak orang. Seronok, sekali sekala perasan ala2 orang bujang, jumpa member lama tak bawa suami dan anak2 memang banyak mengimbau kenangan zaman dulu2, zaman ranggi2 sampailah zaman ala2 sopan gitu. Hehehe ..

Dari pusat bowling kami melepak pulak kat Cafe Rengit Coffee. Sorry la hometown gue tak ada Starbuck or Coffee Bean, cafe biasa2 je yang ada, itupun dah kira sama la juga standard BUT Secret Recipe ada tau kat sini. Sebelum balik, sempat kita orang tangkap gambar kenangan. Hehehe ..

Wednesday, August 13, 2008

Happy Birthday Alif n Boy!

13th Aug 08 - Alif turned 5 and Boy turned 1 year old. Boy lahir pada hari lahir Alif yang ke 4, sama tarikh cuma beza 4 tahun. Alif lahir jam 2:04 pagi dan Boy lahir jam 6:01 petang, dua2 overdue 8 hari dan kena induce, to bring on contractions. Teringat sebelum ke hospital untuk induce lahirkan Boy, sempat malam tu gue buat birthday cake Alif dan Alif potong kek dia after midnight.

Tahun ni kami sambut birthday Alif dan Boy kat rumah Adam & Aleysha kat Malaysia. Alif pilih kek Garfield untuk birthday dia.

Yuhuu...kek pilihan Alif..



Happy Birthday Alif & Boy ..



Mummy LOVES you all soooo much !

Tuesday, August 05, 2008

cuti2 Malaysia...

Tup..tup.. dah 12 hari kat Malaysia rupanya gue. Hehehe... Busy ya amat, busy makan. Kalau cerita pasal makan ni, minggu pertama kat Malaysia, hari2 gue makan durian. Hehehe, kira2 hampir 2 tahun tak makan durian Malaysia, tu yang pulun habis. Dah makan durian, makan ikan bakar kat umbai pula. Dah 3 kali gue lepak situ makan je kerjanya. Belum cerita makan apam balik, makan tapai, makan mee goreng mamak dan macam2 la. Harus balik Dubai nanti gue naik 5-6 kg. Tak pe, balik Dubai gue diet balik.

Semalam lawat Nurul dan baby baru dia, Adlina Sofea. Sehari lepas gue jejak tanah Malaysia, Nurul bersalin anak ke 3. Tak sempat nak melawat dia kat Hospital Putrajaya masa tu. Terasa baru je dulu2 poya2 dengan dia sana sini. Sekarang masing2 dah sibuk dengan keluarga masing2. Bila dah lama tak jumpa ni, banyaklah cerita2 lama yang keluar. Mmmm...macam2 cerita.

Gue betul tak ingat bila kali terakhir pergi ke Putrajaya dan Cyberjaya. 1st time gue ke sana seawal tahun 1999. Gue antara orang yang mula2 kerja di kawasan sana, dari kebun kelapa sawit sampai la siap Masjid Putra siap. Dari tahun 1999 sampai pertengahan tahun 2004. Sejak ke Dubai, tak ingat berapa kali ke sana. Masa gue ke sana hari tu, gue tak sesat kat Putrajaya tapi tersesat kat Cyberjaya. Banyak pula bangunan baru, tak jumpa bangunan yang nak di cari. Nak cari Cyberview pun terpusing2 kat setengah jam. KL pula bagi gue tak ketara sangat perubahannya. Paling hebat pun Smart tunnel tu je la. Yang lain2 biasalah. Lagipun baru setahun je kali terakhir gue tinggalkan KL. Sempat juga bawa the boys naik Putra. Bukan main sibuk dia orang bila nampak LRT & Monorail. Jam tu juga jerit2 nak naik train. Oh, kasihan anak2 gue, kat Dubai baru sibuk2 dengan Metro yang dijangkakan siap end this year untuk fasa 1. Kat Malaysia, LRT sebelum gue ke Dubai dah ada.

Balik ke daerah tercinta, terasa pula banyak pula kenangan yang masih dalam ingatan. Lalu depan sekolah lama, lalu depan rumah pakwe lama...kuikuikui .. Walau gue dan my darling asal dari daerah yang sama, tak banyak pula kenangan kami di sini. Sebabnya kami cintan cintun masa sama2 kerja kat KL. Masa sekolah2 tak sama batch.
Cuti kali ini memang betul2 gue bercuti sebab gue cuti panjang. Walau busy nak buat itu ini tapi bestlah juga cuti ni kan. Tahun2 sebelum ini, paling lama gue pernah balik pun setakat 18 hari, paling cepat 5 hari je. Cuti kali ini dekat sebulan cuti. Mmm.. banyak lagi aktiviti nak kena buat ni. Kalau senyap lagi kat sini maknanya gue memang busy la cuti2 tu.