Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya


Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,

Maaf Zahir Batin


Sunday, September 21, 2008

Bulan puasa di sini

Sekejap je dah masuk minggu ke 3 Ramadhan. Hari ini 21hb September 2008, lagi 9 hari nak raya. Ramadhan kat Dubai tahun ni meriah sikit sebab ada pasar ramadhan setiap hari jumaat. Hehehe... 3 kali pasar ramadhan tak pernah sekali pun kita orang tinggal, sure pergi cari kuih muih. Makan2 macam nasi ayam, rendang (ada ke orang jual hari tu?), bihun, mee goreng bla..bla..bla.. kita orang tak minat sangat nak beli sebab agak2 teringin nak makan pergi je Singapore Deli atau City Moon TAPI kuih muih tradisional ni yang susah nak jumpa. Syoknya tiap minggu makan seri muka, kuih yang suatu masa dulu bukan sekali tapi beberapa kali buat sendiri tak jadi.


Habis ramadhan ni nampaknya back to normal la working hours kat sini. Ramadhan kat sini bukan macam kat Malaysia. Di Malaysia walaupun majoriti orang berpuasa tapi suasana bulan puasa/ramadhan tu macam tak terasa. Suasana raya je yang ter"over" rasanya. Bulan ramadhan bersepah sana sini orang makan minum tepi jalan tak hormat orang berpuasa. Kat sini, n0n muslim pun tak berani makan minum merokok tepi jalan. Aktiviti siang pun lembab sikit, orang buka kedai pagi dan tutup tengah hari sampai lepas buka puasa. Malam meriah sampai pukul 3-4 pagi. KFC, Mc Donald, segala cafes, restoren pun tutup siang, buka pukul 6pm sampai 3-4 pagi dan waktu kerja kita orang pun disingkatkan sampai pukul 2pm je.


Sejak balik sini tak banyak masa gue nak mengadap internet je. Busy la dengan aktiviti sendiri. Nak layan forum pun malas, YM tak payah cakap la ..kat office kena blocked. Nasib baik website yang biasa masuk tak kena blocked kecuali facebook. Facebook pun kena blocked kat office? Hehehe ...tak boleh flirt2 katanya. Entah apa2.. Baru ni login facebook, 50 requests ada kat tepi tu .. friends requests je gue sempat layan2, lain2 nanti dululah kalau rajin gue tengoklah satu2.


Mmmm ... gambar Boy last Friday. Amboi, mulut tu ikut siapa?


Sunday, September 14, 2008

Eh, gue dah pindah kerja baru..

Sunyi betul blog ni, lama tak jenguk. Gue busy sekarang, busy dengan kerja baru, kawan baru, cara kerja baru, pendek kata semua serba serbi baru. Lupa nak war-warkan pada kawan2 yang sungguh berminat nak tahu progress project lama tu. Maaf ya kawan2, setakat hari itu sahaja yang dapat gue update, selepas ini tak ada lagi. Gue dah tinggalkan company lama dengan bergaya sekali. Hehehe...

Sebenarnya, sejak 4 Sept 08 gue start kerja dengan company baru, company UK base. Nampaknya setapak lagi gue melangkah ke atas, kalau dulu busy jadi Main Contractor, sekarang ni sedang belajar jadi Project Management pula. Dulu managed programme buat buildings je, sekarang develop town. Masa mula2 tengok plan dia, amboi...banyaknya plots nak kena ambil tahu, dulu duduk diam buat programme untuk satu plot je, sekarang lebih 1,000 plots kena ambil tahu.

Office baru gue pula sungguh selesa ya amat walaupun statusnya "Temporary office". Yang tak seronoknya, workstation gue betul2 sebelah orang lalu lalang, sungguh tak syok! Dari mula kerja construction company, duduk site office, gue mesti dapat bilik either sorang2 or share dengan 1-2 orang staff. Dengan company baru ni semua dapat cubicle je kecuali senior manager. Nak berYM pun tak boleh apalagi nak poya2 macam dulu. Nasib baik kerja 5 hari seminggu.

Walaupun jarak ke tempat kerja semakin dekat dari rumah, gue tetap keluar awal seawal 6:30am setiap hari. Lepas Alif naik bas sekolah baru gue ke tempat kerja. Terpaksa tempoh 2 tempat sesak tapi lepas je simpang ke 2 tu, jalan lapang selapangnya; tak sampai 10 minit dah sampai office. Lepas seminggu pergi balik kerja ni, gue dah fikir2, habis kontrak sewa flat sekarang gue nak pindah ke flat baru seberang jalan. Jalan tak sesak tapi sewa mahal sikit, tak kisahlah janji hati senang & flat baru!. Hidup kita ni kan nak senangkan hati & hidup selesa, kalau duit banyak tapi hati tak syok layan jalan sesak tiap pagi dan serba serbi tak selesa, tak best lah macam tu.

Ramadhan kali ini? Alhamdulillah gue lalui dengan tenang sekali. Walau dapat sehari bersahur dan berbuka puasa di Malaysia tapi terasa cukup happy sebab dapat bersama-sama dengan hampir semua keluarga; cuma family my abang je yang tak dapat balik 1st ramadhan hari tu. Yang lain2 semua ada. Masa cuti hari tu, bila berkumpul ramai2 terasa ramainya budak2 kecil kat rumah tu, dah 13 orang rupanya cucu mak dan abah. Meriah!

Mmmm...bila ingat2 kemeriahan kat rumah mak abah hari tu terasa sedih pula. Tak payahlah cerita lagi. Tahun ini gue sekeluarga beraya di Dubai lagi !

Monday, September 01, 2008

Salam Ramadhan...



Mata kadang kala salah melihat....
Mulut kadang kala salah berucap....
Hati kadang kala salah menduga.....
Mohon maaf segala kesilapan yang ada....

***
Maaf zahir dan Batin ***



' Do'a Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan '
'Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN PENUH KEBERKATAN.