Friday, January 30, 2009

Setahun sudah berlalu...

Eh, dah setahun rupanya kami duduk flat ni...dah renew contract baru pun. Dalam masa setahun, banyak juga perubahan sekeliling flat ini. Dahulu tak ada, sekarang dah ada .. dahulu belum siap, sekarang hampir siap. Ini dia perbezaan dahulu dan sekarang ... yang ini je terpilih sebab perubahan ini bakal memberi kesan yang mendalam dalam hidup gue di flat ini. Hehehe...

Setahun yang lalu, gambar dari entry malam-pertama


Dan tempat yang sama sekarang ... nampak ke perbezaannya?



Jejantas dalam pembinaan, di jangka siap 1-2 bulan lagi.. Lepas ni bolehlah bershopping depan rumah je, tak payah nak sibuk2 cari parking, jalan kaki je pun dah sampai, lagi cepat! Lagipun banyak kedai yang menarik dalam shopping mall ni, ada Spinney, ada Debenhams, ada Jumbo, ada Mother Care, ada Next, ada Jackie, ada Home Center, ada cinema, ada Adventure Land, ada Paris Gallery, ada Patchi dan bermacam lagi. Mmm ... sale je tak semua tempat ada ...

Thursday, January 29, 2009

Kawan lama ... cerita baru



Kali terakhir kami bersua dan bergurau senda adalah hampir 10 tahun yang lalu, semasa majlis konvokesyen kami in August 1999. Itulah kali terakhir kami berjumpa dan itulah kali terakhir kami bersalaman, berpelukan dan mendoakan masing2 berjaya di dalam kehidupan seterusnya dunia dan akhirat. Selepas majlis konvokesyen, kami masih lagi dekat tapi jauh, bertukar cerita di cyber. DAN hari ini kami berjumpa lagi ... after hampir 10 years!

Bahiah was here dan gue gembira sempat habiskan masa sehari bersama dia dan Zeta mengelilingi Dubai. Tak banyak perubahan, rupa, style masih macam dulu cuma Bahiah nampak berisi, dah naik 20kg katanya!

Macam biasa, dah lama tak jumpa macam2 cerita keluar, macam2 cerita pasal kawan2 lain dapat tahu. Nampaknya hampir ke semua kawan2 di U dah berjaya dalam kehidupan masing2, dah berumahtangga dan berkeluarga. Ada yang masih di tempat permainan lama, Bangi dan ada yang dah bertahun2 berhijrah ke negara lain. Yang tengah study Master dan PHD pun ramai.

Untuk kawan2 yang nak tengok 'girls in dubai', hehehe... boleh jenguk facebook.

Sunday, January 25, 2009

Menjejak dolphins ....

Kami ke Khasab, Musandam, Sultanate of Oman jumaat lepas, melihat dolphins secara live... 8 kereta terdiri dari 7 keluarga dan satu kereta orang bujang bertolak seawal 4 pagi dari UAE ke Oman.
Perjalanan awal pagi memang mudah, no traffic jam .. kami sampai ke sempadan UAE-Oman hampir pukul 7am selepas berhenti sebentar solat subuh. Pemandangan sepanjang perjalanan dari sempadan ke Khasab sungguh menakjubkan, jalan raya di bina sepanjang pantai, kawasan perkampungan aman damai tenteram dan sangat bersih dengan pantai yang terjaga rapi tanpa sampah dan hiruk piruk orang ramai. Amannya kalau duduk sini...

Gambar atas ni adalah keadaan dalam kereta pukul 5 pagi. Kami lipat seat belakang dan bentang comforter untuk the boys tidur dengan selesa. Boy kami angkat terus dari katil ke kereta, Alif dan Mirza pula sebab excited nak tengok dolphins sanggup berjaga sampai pukul 2:30 pagi tunggu nak naik kereta. Masuk kereta tak sampai setengah jam Alif dah tidur dan Mirza pula hampir pukul 3 pagi baru tidur. Gue pula, sebelum naik kereta dah tidur sebelum OJ kejutkan pukul 2 pagi dan dalam kereta pun sekejap2 tidur juga. Hehehe...


Gambar ni gue ambil masa perjalanan balik, rasanya jalan raya yang kami lalu ni adalah kawasan reclamation macam kat The Palm tu, mmmm... tengok2 structure tebing tu nampak macam begitulah. Kagum gue lihat pantai yang sungguh bersih sekali. Tak nampak pula orang berpicnic mandi manda bagai sepanjang perjalanan pergi dan balik, mungkin masa pergi masih terlalu awal dan masa balik pula sudah lewat dan baru lepas hujan.


Kami sewa dhow dengan harga yang berpatutan. Awalnya gue membayangkan naik speed boat macam kami naik dulu2 di Pangkor Laut, sehari selepas Fendy calling2 ajak kami join, gue google cari info tentang Musandam dan contact agent yang berkenaan. Nak tahu juga macam mana rupa dhow yang di hebah2kan tu dan the agent confirmed selamat nak bawa baby kecil sekali. Dalam dhow, siap carpet, bantal dan refreshment disediakan dan Boy sibuk nak jalan ke sana ke mari. Excited first time naik dhow.

Gambar sebelah ini adalah salah satu perkampungan di sepanjang pantai yang kami lalui. Gambar bawah ni pula adalah gambar dolphins yang pertama sekali gue dapat ambil mengunakan digital kamera Sony cyber-shot DAN bukan senang hokkay nak ambil gambar dolphins, ala2 pemalu pula dolphins ni. Kata mamat ala2 steward dhow tu, nak tengok dolphins banyak masa peralihan musim dari musim sejuk ke panas, agak2 dalam bulan April dan May macam itulah. Mmm, sejuk2 ni ada juga tapi kurang, dia katalah, so kalau nak sahkan ya ke tidak, nampaknya kena buat second trip masa bulan April dan May nanti kot. Siapa yang berminat nak tengok dolphins boleh plan dari sekarang, calling2 dan gue akan uruskan semuanya. Cheewah..
Dan akhirnya selepas puas sekejap ke side kanan sekejap ke side kiri dhow, akhirnya gue dapat juga tangkap gambar dolphins paling dekat sekali. Gambar bawah ni ya, sepasang dolphins berenang bersama dhow, walau sekejap tapi puas hati jugalah dapat tengok, baru tengok, kalau dapat berenang dan pegang macam dalam cerita Free Willy tu entah macam mana agaknya.


Excited betul kami dapat tengok dolphins berenang dalam air secara real. Tengok kat dolphins show tu pernah la tapi tak sebest tengok di habitat mereka sendiri.
DAN sebelum hujan di penghujung trip kami, sempat kami berposing gambar sefamili atas bot. OJ waktu ni dah mengadu terasa nak demam dan Boy pula baru je nak baik selsema dah balik semula selsemanya. Alif, Mirza dan gue maintain control macho...


Gambar bawah ini pula di ambil masa hujang gerimis baru reda dan kami kesejukan di atas bot. Nak pula Boy beramah mesra berkenal dengan mamat ala2 steward dhow ni.


Dan akhir sekali gambar pemandangan di jeti Khasab, Musandam, Sultanate of Oman di ambil sebelum kami berangkat pulang. Masa ni hujan dah reda.
Akhir sekali, thank you to all members yang bersama kami; Pakpayne & family ,Mastura & hubby, Kak Intan & hubby, Ida & family, Shiela & family, Dr. Rani & hubby and geng bujang but not available Fendy, Halim, Mazlan, CD Din, Mushil and daughter.

Sunday, January 18, 2009

Dubai Cares...do you CARE?

Gue saja sibuk2 kan diri join volunteer Dubai cares di DIFC jumaat lepas. Niat nak datang juga the next day tapi tak berkesempatan pula. Actually program ni di adakan untuk merealisasikan bantuan Dubai Cares untuk menghantar barang2 untuk kanak2 di Gaza. Alhamdulillah sambutan sangat memberangsangkan. Setiba gue di kawasan Emperor Hall DIFC, sampai ke luar dewan pelbagai bangsa beratur nak mendaftar diri sebagai sukarelawan.

Tugasan yang di beri ialah membuat kotak, unpack and pack barang2 tu satu2. Ada sabun mandi, tooth paste & brush, selimut, alat tulis etc. Sengaja gue bawa Alif dan Mirza sama, I am helping them to become responsible citizen and people by show care towards others.

Gue quote dari kata2 Martin Luther King Jr. “Intelligence is not enough. Intelligence plus character, that is the goal of true education.”


Thursday, January 15, 2009

menunggu panggilan ....

Interview semalam went well, the interviewers Tommy J & Alex sungguh damn good in P3. Dari awal interview dengan Tommy J dia dah start tanya segala application P3, masuk pula Alex after an hour, bawa drawing suruh gue bercerita apa yang gue faham pasal drawing tu. Mmmm, drawing buat trenches, nasib baik bukan drawing structural steel. Hehehe...

So, akhir interview, macam biasa la tanya my expectation. Gue tak tanya soalan yang sama gue tanya Eng. Khaled sebab ... entah, gue rasa ada jawapan yang gue jawab tak memuaskan hati Tommy J yang begitu expert dari soalan dia tentang P3. Peluh2 juga gue nak jawab, ada masa jawapan gue di balas dengan "That's what I want to hear". Huhuhu..

Samada gue dapat atau tidak position di AJC ditentukan after discussion with HR. So, tunggu je la call dari dia orang.

-------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini pula, gue dapat phone interview dari satu company management di Abu Dhabi, project pun di Abu Dhabi. Gue hantar CV after lunch hari ini dan happy nya dapat call hari yang sama. Soalan standard dan juga sempat negotiate expected salary, sure takkan dapat macam current salary but his offer "Acceptable" gue jawab. Pun tunggu dia call lagi untuk interview face to face. Mmm... next week memanjang tunggu call je jawabnya.

Gue janji Eng. Khaled nak ambil offer letter sabtu ni, namun begitu gue masih tak henti mencari...

Monday, January 12, 2009

Jengg..jengg...interview lagi

Yuhuuu....ada interview lagi, macam tak percaya je, hantar CV pukul 2:00pm tadi kat website company ni, pukul 2:17pm received call dari HR dia tanya standard Qs; boleh dapat NOC? bile join? expected salary berapa? kenapa cari kerja lain?

Tak lama kemudian, orang yang nak interview pula call tanya kenapa last 2 company kerja tak sampai setahun? Eheh, sure dia orang hairan macam mana gue boleh lepas dari company Mr. Wrong i.e dapat NOC without ban walau kerja tak sampai setahun dan macam mana gue boleh buat work permit baru under current company. Oh panjang ceritanya, ending sungguh meluat bila di ingatkan.

I will attend an interview with oil and gas company in Abu Dhabi day after tomorrow. Wish me luck !

Saturday, January 10, 2009

TODAY....

I had an interview 5 hours ago with Eng. Khaleed.

A friend of mine told me to try asking THIS question IF I feel the interview went well and I DID. To my surprise, Eng. Khaleed replied, "Well, I am pretty well convinced already".

I was offered the job the SAME day!

Syukur Alhamdulillah...

Thank you so much my friend, your advice was great!

kejamnya dunia...

Saban hari ditayangkan cerita yang seperti tak ada kesudahannya. Di kala manusia tak bersalah menjadi mangsa kekejaman zionis, negara sekeliling seolah "tak perasan" dengan apa yang berlaku.


Sebak melihat gambar di atas ni, baru satu dari ribuan gambar tragis yang pasti tak ingin kita lalui dalam hidup kita.


Thursday, January 08, 2009

Sejenak ...aku TAK dikejutkan

Gue menaip entry ni di Mc Donald Spinney berdekatan Burjuman. Sungguh mudah zaman sekarang ni, selagi dalam kawasan liputan selagi tu boleh berhubung dengan dunia luar. Bukan setakat handphone je, internet pun boleh juga.

Dah berapa hari juga tak jenguk laman ni. Bukan busy kerja pun, busy looking for something sebenarnya. Kali terakhir gue buat entry 4th Jan 2009 yang lalu, gue sudah dapat merasakan sesuatu akan berlaku. DAN betullah tu, esoknya, dari jumlah 22 orang staffs di site office kami untuk projek ini, 9 orang darinya dah dapat redundancy notice bulan lepas macam gue ceritakan dalam entry sebelum ini, akhirnya 5th Jan 2009, gue dan 12 orang lagi staffs pun dapat juga notice yang sama, bezanya dari yang 9 orang tu, kami di panggil satu persatu dan yang hulurkan notice itu adalah our Regional Director sendiri.

Kami dah jangka ini tapi yang tak kami jangka adalah 5 staffs yang nama di list oleh Client nak mereka terus dalam projek ini juga dapat notice yang sama. Bermakna, by end March 2009, tiada existing staff ! Kami tak diberikan info yang sepenuhnya, sejauh yang kami tahu projek ini tak pernah pula di isytiharkan diberhentikan oleh Client, yang kami diberitahu, Client slow down the project DAN di saat akhir sebelum terima notice, gue sedang bekerja dengan Budget 2009 to 2011 mereka.

Walaupun khidmat kami yang tak termasuk dalam list 5 staffs dikehendaki berakhir sama seperti berakhirnya tahun 2008, kami masih lagi dikehendaki ke site office sehingga hari terakhir seperti tercatat dalam notice. Yang tak bestnya, sudahlah terang dan nyata surat dari Client sendiri nyatakan tak perlukan khidmat kami kecuali 5 staffs terpilih, semalam gue masih lagi terima e-mail dari Client nakkan revised programme yang gue sedang kerjakan ini! Ahaks, tak ada makna gue nak layan.

Buat masa ini, yang benar bekerja adalah mereka yang termasuk dalam list 5 orang tu, walau mereka juga terima notice yang sama tetapi disebabkan nama mereka termasuk dalam Wanted oleh Client maka harus mereka siapkan segala kerja sebelum Blah. Bagi kami pula yang Unwanted, “Oh please, jangan minta apa2 dari kami”. Hahaha...

Walau sekejap masa berlalu namun bibit mesra dah mula terasa antara kami. Akhir tahun hari tu kami beramai2 lunch bersama sempena berakhir tahun 2008 dan akan bermulanya tahun 2009. Walau 2009 tak bermula dengan kegembiraan namun kami masih mampu tersenyum dan bersyukur diberikan peluang meneruskan kehidupan dan memperbaiki kesilapan. Kami masih bernasib baik jika dibandingkan dengan nasib rakyat Palestine di Gaza sekarang ini.

Sebahagian dari "kami" ..




DAN juga sebahagian dari "kami" ...


Sunday, January 04, 2009

Majlis Ramah Mesra UAE 2009


Sambutan sempena cuti tahun baru 2009 bertempat di Mushriff Park UAE. Isi masa lapang sambil2 bermesra dengan Malaysian. Bukan selalu pun, sekali sekala terasa meriah juga. Sebahagian photos je. Banyak lagi photos di Picasaweb by Syam and Zoe.