Monday, October 24, 2016

A phone call from my ex boss

Ex boss baru contact pagi tadi... Minat nak kerja luar lagi? Eh, MALAS!

Sebabnya tempat dia beritahu tu di Qatar. Apa yang seronoknya Qatar tu? Lain la kalau tempat yang di offer tu di Europe ke..

Anyway, thank you ex Boss... Lama benar tak bersua muka, entah-entah jumpa dah tak cam rupa.


Thursday, October 20, 2016

Farewell Datuk!


You are leaving this office. But your legacy will remain forever. 


Tuesday, October 18, 2016

Sebenarnya .....

Dah beberapa minggu gue tak berselera makan, perut lapar tapi tak tahu nak makan apa. Kadang-kadang tengok nasi dan lauk dah terasa hilang selera makan. Kadang-kadang bau je masakan bibik gue dah rasa hilang selera makan. Over la sangat kan....

Sebenarnya ada sebab......



Monday, October 17, 2016

Monday blues




Sebenarnya pagi tadi gue dah buat satu entry baru. Tapi entah macam mana, entry itu hilang tiba-tiba. Malas nak fikirkan, gue terus sign out dan buat kerja lain dulu. Dah hujung tahun macam ini banyak juga benda nak kena buat. Dah dapat template dari Finance Department untuk budget tahun depan, nak kena buat Business Plan lagi, dan yang buat gue selalu berangin bila bekerjasama dengan team Development, tak habis-habis nak revised timeline.

KPI tahun ini bukan banyak mana pun. Itupun sudah ada bunga-bunga takkan tercapai. Nanti alasannya pelbagai. Biasa sangat. Implementation pula, dapat project team separa sedar, project pun slow. Contractor pun bagai hidup segan mati tak mahu. Eh, tiba-tiba iolls yang stress pulak. 

Okay, sambung kerja dulu. Mood biasa ke laut untuk hari Isnin.... 



Tuesday, October 11, 2016

Sejujurnya, memang gue suka bercerita. Bercerita sendiri tanpa menganggu emosi dan perasaan orang lain. Sebab itu gue suka bercerita di medium yang mana tak perlu orang lain habiskan masa mendengar apa yang gue perkatakan. Mungkin sudah masa gue kembali semula ke blog ini, bercerita sendirian ala-ala syok sendiri. Siapa nak baca, bacalah. Siapa nak kecam, sila main jauh-jauh. Sebabnya tiada makna untuk mengecam sesiapa bila gue tak pun sedikit menganggu kehidupan kamu. 

Gue biarkan sahaja cerita-cerita liar yang disebarkan di sana. Ada sedikit kelucuan juga bila si penulis itu menulis beberapa perkara yang bagi gue sengaja direka-reka. Iye, nyata dia mereka cerita bagi menyedapkan isi hati sendiri. Yang penting bagi dia kepuasan menyakiti hati orang. Ramai orang yang sebegini, tidak mengenali orang lain, tidak mengetahui jalan cerita mereka tetapi tiba-tiba dengki pula bila orang bercerita. Kalau sakit hati membaca kisah orang, kenapa terus membaca?

Mungkin mereka ada masalah jiwa. Mungkin gambar ini mampu menenangkan jiwa kacau mereka. Harapnya begitulah.



Monday, October 10, 2016

Hello World!

My first post in 2016.


Lama sungguh masa berlalu. Kembali atas permintaan peminat setia. Muah!

Tuesday, June 11, 2013

People will never forget ...

People will forget what you said... People will forget what you did... BUT people will NEVER forget how you made them feel....

Tuesday, April 30, 2013

Yeahhhh........ i am looking for






Counting the days.... orang sibuk mengira hari mengundi, gue sibuk mengira hari .... *rahsia*. I am so excited tau, sehari selepas hari mengundi gue akan kerja seperti biasa. Gue sudah beritahu bos bahawa gue akan kerja pagi sahaja, selepas lunch gue nak buat suatu perkara yang penting untuk hari esoknya. Mmmmm.....

Menghitung hari.... oh indahnya saat itu nanti... Hahaha

Monday, April 29, 2013

Saya pilih Malaysia




Selamat mengundi kepada semua rakyat Malaysia yang layak mengundi.

5 tahun lepas gue tak mengundi, tahun ini Insha-Allah mengundi di tempat yang sama.

Tak kisah siapa yang di undi, undi adalah RAHSIA.


Friday, April 26, 2013

RHCP

Saya memang suka lagu ini.