Monday, December 04, 2006

Sometimes love can be magical BUT........

Semalam sarahmirza chat dengan sorang kawan, mengadu tentang perasaan. Susahnya kalau bercerita pasal perasaan ini, tak reti nak bagi pendapat. Pada sarahmirza itu keputusan masing2, hak masing2, hidup masing2. Nak beri pendapat boleh tapi sarahmirza lebih suka jadi pendengar setia, bimbang apa yang sarahmirza suarakan disalahertikan orang yang mendengar. Apatah lagi apa yang dibincangkan melibatkan beberapa orang. Cinta 3 segi ke ni? Tapi sebab dia nak juga pendapat sarahmirza, so OK la, sarahmirza tulis kat sini.

Mula2 cerita pasal arranged marriage. Sarahmirza dengar2 cerita orang dulu2 yang berkahwin atas pilihan keluarga, zaman2 mak kita dulu, nak jumpa pasangan yang bercerai berai memang jarang benar. Kebanyakan perkahwinan atas pilihan keluarga berkekalan sampai akhir hayat, yang seronoknya masing2 tetap setia pada pasangan masing2 sampai ke nafas terakhir! Tak pernah wujud orang ketiga. Kenapa? Sebab mereka belajar untuk jatuh cinta, belajar untuk menerima segala kelebihan dan kelemahan pasangan masing2, belajar untuk menghargai jasa ibu bapa dan keluarga dan belajar untuk mencari bahagia. Semuanya perlu sabar, tolak ansur, timbangrasa dan doa tak putus2 kepada Tuhan. Mmmmmmm, tak boleh juga sarahmirza nafikan perkahwinan atas pilihan sendiri pun ada yang berkekalan sampai mati, itu mestilah sebab kita memilih dia sebab kita dah memang cintakan dia! Macam my darling dan sarahmirza la.

Sekarang ini nak jumpa perkahwinan atas pilihan keluarga yang berlaku dalam masyarakat kita jarang2 berlaku.Yang dah jumpa, dating2 2-3 kali sebelum nikah itu, walaupun atas pilihan keluarga di kira pilihan keluarga dan sendiri. Yang sarahmirza cerita perkahwinan atas pilihan keluarga bila pasangan itu jumpa sekali sahaja atau langsung tak pernah jumpa sebelum nikah. Berkenalan selepas nikah, baru betul2 perkahwinan atas pilihan keluarga. Dan inilah yang dilalui oleh kawan sarahmirza ini.

Persoalannya, selepas 15bulan berlalu tanpa sebarang masalah, perlukah nak salahkan pilihan keluarga? Perlukah nak menyesali keputusan yang pernah di buat dulu? Benarkah langsung tak temui bahagia bersama dia? Sarahmirza tak suka menyesali nasib, bagi sarahmirza dalam hidup kita perlu ada usaha, jika kita nak bahagia, carilah bahagia itu, ciptalah bahagia itu dan nikmatilah bahagia itu. Jika kita tak berusaha untuk rasa bahagia maka sampai bila2 kita takkan bahagia. Mmmmmm, memang mudah nak cakap pasal bahagia, di mana ukuran bahagia itu sebenarnya bergantung pada nilai hidup seseorang. Sarahmirza bahagia dengan hidup sekarang, ada my darling, ada 2 boys, ada kerja, ada itu, ada ini BUT mungkin ada orang lain merasakan apa yang sarahmirza ada tidak mampu membahagiakan dia. Kenapa? Sebab bahagia itu ialah kepuasan dan penerimaan kita dalam kehidupan seharian so penilaiannya bergantung pada individu. Yang merasa kita, yang menanggung kita dan yang membuat keputusan pun kita juga.

Apa yang kita nak sebenarnya dalam hidup kita? Adakah dengan hidup bersama orang yang kita cinta akan memastikan kita bahagia? Belum tentu! Mungkin sekarang kita rasa bahagia tapi kita pasti ke kita akan terus bahagia dengan orang yang di cintai itu sampai bila2? Dan kerana sekarang kita tak rasa bahagia dengan orang yang bersama kita, adakah kita takkan bahagia sampai bila2? Pastikah?

Well, BU, jawapan sarahmirza tentang persoalan itu.......You should not have married someone if you were not certain you wanted to be with her forever. If you think you married for the wrong reasons, ONLY you can make the decisions you have to. Grass always looks greener on the other side. BEFORE you take the NEXT STEP to free yourself, look at what you will be giving up. Yes, i said you are too charming to be hurt BUT in this case she doesn't deserve to be hurt too. Belajarlah menerima, Carilah bahagia dan Syukurilah apa yang ada....Live your life, Life your love....Good luck my fren.