Adakala dalam tak sedar, amanah yang diberikan kepada kita, walaupun kita beranggapan bahawa kita mampu melaksanakan seadilnya TETAPI dalam masa sama, tanpa sedar kita sebenarnya telah menganiaya kehidupan manusia.
Adakah dia sedar?
Amanah yang amat besar, yang agak berat tetapi kerana yakin kemampuan diri maka dia menyandang demi karier TETAPI dia merosakkan kewibawaan diri sendiri apabila gagal melaksanakan amanah tersebut dengan seadilnya.
Adakah dia sedar?
Bukan mudah memegang kuasa, seolah menentukan kehidupan manusia DAN dalam tak sedar dia menganiaya hati-hati yang sudah lama menderita.
Manusia, usah menyukarkan apa yang telah dipermudahkan, takutlah kepada balasan Allah, bimbanglah pada doa manusia yang saban hari teraniaya dek kerana kecuaian kamu dalam membela HAK mereka.
Semoga Allah membinasakan manusia yang berlapang dada menganiaya kehidupan manusia lain.
Maaf, saya tak tergolong dalam manusia berhati mulia, hanya doa di atas yang mampu saya titipkan.







