Monday, August 13, 2007

Eppi bday my boy(s) !

Eppi bday boy....sejak 3 thn lepas, tiap kali 13th Aug datang, sarahmirza mesti buat kek utk Alif. Utk bday yg ke 4 ni pun sarahmirza buat juga untuk dia walaupun esok paginya sarahmirza dah kena masuk wad for augmentation. Nampak sungguh tak sabar2 Alif nak potong kek dia. Dari dalam mixer sampailah curah coklat cair atas kek dia tunggu, lebih 10 kali buka peti ais check coklat kek dia dah beku ke belum. Akhirnya jam 3pagi dia kejut sarahmirza nak potong dan makan kek dia. Nak tak nak bangun juga melayan dia. Mmmmmmmmmm, kami berdua je potong dan makan kek awal pagi tu.

Pagi tu, memang tak sempatlah nak makan kek lagi. Bangun tidur terus siap2, breakfast cereal dan terus admit ke wad. Seperti yang orang selalu kata, "penantian itu adakala menyiksakan" tapi penantian ini adalah suatu yang penuh debarannya. Bukan sehari tapi dah 8 hari tunggu dah masuk keluar wad dan hari ini mesti juga ditamatkan penantian itu ! Buat kali ketiga, sarahmirza terpaksa berpuashati untuk di 'induce'kan. Khamis lepas beriya sarahmirza beritahu Doktor tak nak tapi hari ini, 13th Aug, sarahmirza terpaksa setuju juga. Bukan setakat dah penat berjalan pusing wad sepanjang 3 malam kena admitted tu, melompat pun dah juga tapi macam biasa, si kecil lebih selesa duduk di dalam dari melihat dunia luar seperti abang-abangnya dulu juga.

Alhamdulillah, 2 hours contraction sahaja Nizar dah selamat di'paksa' keluar. Dan nampaknya untuk tahun seterusnya, 13th August akan disambut bersama Alif & Nizar. Happy birthday my boys.....

Sunday, August 05, 2007

Ogos yg menjelang....

Ogos datang lagi.....selain dr Merdeka month, Ogos gak birthday month. Rata2 kawan2 sarahmirza lahir bulan Ogos. Happy birthday u all. Sarahmirza tak ingat la dates tapi siapa yang lahir bulan Ogos sarahmirza ingat.

Happy birthday to Anisah di Sarawak....

Happy birthday to Aisan di Sarawak gak....

Happy birthday to Ajinn di Surrey, UK....

Happy birthday to Suryani Mamora, di mana saja kau berada....

Happy birthday to Mastura yg entah di mana skrg ni....

Happy birthday to Jerah kat KL.... kita jumpa Sept ni ya !

Happy birthday to Zarin, abg polisi yg ku kenali lama dahulu....hehehe

Happy birthday to Alif my beloved son....

and last sekali

Happy birthday to me....


Many Happy RETURNS for today and the year ahead!