Tuesday, November 24, 2009

Calling for LOVE ...

Bantuan Kepada Anak-Anak Yatim Untuk Kembali Ke Sekolah



Yayasan Pembangunan Nur Hikmah adalah sebuah yayasan yang ditubuhkan dalam tahun 2006bertujuan bagi membantu anak-anak yatim, miskin dan anak-anak terbiar. Sehingga kini pihak yayasan menaungi lebih 300 orang anak-anak yatim , miskin dan anak-anak terbiar secara terus di 6 buah rumah jagaan di Selangor, Kuala Lumpur dan Perak.

Seperti tahun-tahun yang lepas pihak yayasan sekali lagi akan menaja anak-anak ini untuk kembali ke sekolah bagi sesi 2010 . Penajaan berupa pakaian seragam, kasut, stokin, beg dan alat-alat tulis. Anggaran untuk seorang anak ialah RM120.00 . Ini bermakna pihak yayasan memerlukan peruntukan keseluruhan lebih kurang RM36,000.00 .

Kami dengan ini merayu tuan-tuan serta puan-puan untuk menyumbang kepada TABUNG BACK TO SCHOOL anjuran Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Sumbangan boleh berupa apa saja dan kami sangat berbesar hati menerimanya.

Kami menyediakan talian HOTLINE YPN 24 JAM di 1700 800 020 atau anda boleh menghubungi Ibu Pejabat Yayasan Pembangunan Nur Hikmah ditalian 03-8733 2411 pada waktu pejabat. Anda boleh juga menghubungi YPN melalui email presiden@nurhikmah.org.my




PANDUAN MENYUMBANG SECARA ONLINE :



MELALUI MAYBANK2U

Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 , letakkan alamat email mailto:presiden@nurhikmah.org.my




MELALUI CIMB ONLINE

Caranya ialah :

1. Login ke https://www.cimbclicks.com.my/
2. Pilih Pay Bills
3. Pilih Akaun Anda (Payment From)
4. Pilih Payment To >> Payee List
5. Pilih Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
6. Masukkan Nama Anda (optional)
7. Masukkan Contact No. (optional)
8. Masukkan Jumlah
9. Tekan Submit



MELALUI BANK ISLAM ONLINE

Langkah membuat sumbangan melalui Bank Islam Online

1. Sila pindahkan kedalam akaun MayBank KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030
2. Payable To or Beneficiary Name: KHIDMAT NURHIKMAH Company Registration No. or Beneficiary ID: 646393-A .3. Letakkan alamat email : presiden@nurhikmah.org.my





RENUNGAN:

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sebaik- baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya." Riwayat Ibnu Majah


Huraian:
i) Penghormatan dan bantuan kepada anak yatim mestilah dijaga terutama mereka yang terdiri daripada keluarga yang susah kerana anak yatim begitu memerlukan perhatian yang sewajarnya dalam meneruskan kehidupan sebagaimana yang dirasai oleh anak-anak yang lain. Mereka begitu rindukan belaian kasih sayang dan juga keprihatinan semua pihak agar mereka turut gembira.

ii) Rasulullah s.a.w juga merupakan anak yatim di mana bapanya Abdullah meninggal ketika umurnya 2 bulan dalam kandungan. Manakala ibunya Aminah pula meninggal ketika baginda baru berumur 6 tahun iaitu ketika usia seseorang itu dahagakan kasih sayang seorang ibu. Datuknya Abdul Muttalib turut meninggalkan baginda ketika usia baginda 8 tahun.

iii) Allah turut menyebut bagaimana keadaan nabi dan bagaimana pula Allah membantu baginda sehingga menjadi pemimpin yang teragung. Firman Allah dalam ayat 6 - 11 surah ad-Duha yang bermaksud : "Bukankah Dia yakni Allah mendapati engkau wahai Muhammad yatim piatu lalu Dia memberikan perlindungan. Di dapatiNya engkau mencari-cari jalan kebenaran lalu Dia memberikan petunjuk. Didapati-Nya engkau miskin lalu Dia memberikan kekayaan. Oleh itu, janganlah engkau mengasari anak yatim. Jangan engkau menengking orang yang meminta pertolongan. Maka hendaklah engkau menyebut-nyebut nikmat Tuhanmu sebagai tanda syukur kepadaNya."

iv) Islam melarang umatnya daripada mengkhianati dan menghina anak yatim. Tetapi hendaklah memastikan agar hak mereka dalam memiliki harta, ilmu dan kasih sayang sentiasa terjaga. Pastikan mereka lahir sebagai anak yang soleh yang mampu membantu ibu atau bapa mereka yang telah meninggal dunia kerana sesungguhnya membiarkan mereka bererti kita telah mengkhianati agama dan menghina mereka bererti kita turut membenci Rasulullah s.a.w yang juga merupakan anak yatim piatu. Oleh itu bimbinglah mereka ke jalan yang diredhai Allah dan jauhilah mereka daripada jalan kesesatan. Allah telah memberi amaran melalui firmanNya dalam Ayat 1-2 Surah al-Ma'un yang bermaksud : "Tahukah engkau tentang orang yang mendustakan agama. Dia ialah orang yang menindas serta berlaku zalim terhadap anak yatim !"









YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
No. Pendaftaran : 646393-A
No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,
Taman Mesra,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon : 03-87332411Faks : 03-87332967HOTLINE : 1700 800 020 (24 JAM)
Laman web : http://www.nurhikmah.org.my/
EMAIL : presiden@nurhikmah. org.my

Yahoo Group: http://groups.%20yahoo.com/%20group/nurhikmah/

Tuesday, November 17, 2009

I miss the past

I miss my old days...I miss my previous day working with Main Contractor company. Currently, I feel like there was not enough oxygen for my brain to breathe; not because I have so many works to do BUT actually I do not have works to do!

I prefer to produce something so that Others can review, comments and/or accept it rather than waiting, reviewing, commenting and/or accepting Others work. I like to be pushed so that my brain will work actively, I like chasing the dateline...