Tuesday, July 25, 2006

Pakwe lama gue...

Malam ni tak de idea nak citer apa... bukak komputer dengar lagu Parachutes, teringat pulak kat pakwe lama ni yang lama dah tak ambik tahu hal dia..... Sejak keje jarang betul nak dengar2 kaset/CD macam masa study2 dulu.... Kalu study dulu 24jam bawak walkman ke sana ke mari, tapi bila dah start kerja, malam2 jek dengar.... Bila dah kahwin kadang2 ada dengar gak but bila dah ada anak memang tak de masa la nak bawak walkman sana sini dengar lagu....macam tak normal pulak rasa, hehehe.... Setakat kadang2 dengar gitu2 jek, nak minat benar, nak tahu latest news or latest release album memang tak ada la......

Sebenarnya, ni la pakwe yang dulu2 jadik pujaan....memang minat giler dengan dia ni.....nak kata hensem tak la sangat tapi memang sukaaaaa betul dengan dia...Mamat Pearl Jam, Eddie Vedder. Ntah berapa kali jatuh cinta kat dia.. Sampai mimpi2 lagi tuh tapi dulu2 la....

Lama tak dengar lagu lama2 Pearl Jam....ntah macam mana lupa pulak nak bawak CD2 lama ke mari...sume simpan dalam kotak kat apartment di Malaysia. Balik Malaysia yang lepas, memang malas tahap cipan la nak suruh cari2 CD lama kat kotak2 ntah yang mana.....silap gak masa packing dulu2 tak label....tak apa la, simpan buat kenangan jek CD2 tuh...tak dengar lagu2 lama Pearl Jam pun tak pe la tapi sebenarnya kalu nak dengar sekarang ni download jek dari internet.... Macam biasa, saya tak suka barang2 tak original, so latest CD Pearl Jam saya beli kat sini.... Original gitu, tu yang penting! Hehehe...

Kenapa minat kat Pearl Jam? Nak kata muzik, banyak lagi muzik yang best2, lagu Peter Pan sekarang pun best gak, lagu Mawi pun best gak, lagu Dewa pun best gak... Sekarang ni banyak gak dengar lagu Indon but Pearl Jam tetap the best... Pasal apa yek, pasal ada si hensem Eddie Vedder kot...

Nasib baik la Eddie ni bukan orang Malaysia, kalu tak lama dah kena ngorat macam artis2 Malaysia yang tak sehensem mana tuh.... hehehe... Ada satu cover album Pearl Jam, album yang ada gambar stick man tuh, tak ingat album tu release tahun berapa tapi Best!... Rugi la tak bawak kaset/CD lama2 ke sini... Citer2 ni, jadik rindu pulak nak dengar lagu2 dia orang... Lagu Jeremy, Alive, Green Disease, I Am Mine etc.....

Lagu sekarang ni yang tengah dengar ni dari latest album Pearl Jam, Parachutes... Enjoy, we ROCK !! eeerrrrrr, gue je kot... hehehe

5 comments:

milan said...

aku tau..aku tau..nape hang pilih your darling...coz ur darling iras2 Eddie Vedder ni..kah..kah..kah..

Labanon said...

Hahahhaa

sarahmirza said...

milan:
iya ka darling aku ada rupa Eddie? hahaha, naper aku tak perasan yek?

#
d3ly:
hi.. salam kenalan.. kenapa gelak jek?

~sarahmirza~

addved said...

huhu
eddie vedder is ma man!!

sarahmirza said...

addved:

lama sudah agak "ved" di hujung nama tuh.....memang citarasa kita serupa......yeah, we rock!

~sarahmirza~