Sunday, July 16, 2006

Sebab blog baru ni

Malam tadi tidur lewat....gara2 nak mekap blog baru ni. Nak tambah tu tambah ni padahal bukan tahu sangat pun nak buat. Nak kata dah lama baca blog orang tu tak la tapi ingat2 sejak bulan Jan '06 lepas. Betul la kata orang, mula2 nak baca je lama2 terasa nak tinggal komen lepas tu terbuat blog sendri pulak...hehehe saya la tuh..

Saya bukannya reti nak menulis...dulu2 SPM penulisan fail, subjek BM dapat P7 masa trial SPM. Masa SPM sebenar dapat C4...tu kira nasib baik la...kalu tidak sia2 je nak kena repeat paper July pulak.. Cerita pasal zaman sekolah dulu, memang banyak yang nak diceritakan....tapi tu nanti2 la cerita...next entry pulak...

Introduction kena ada kot untuk blog ni....serba sedikit tentang saya yang di alam nyata tak berapa pandai nak bercerita....sebenarnya banyak nak diceritakan sebab saya malas dah nak simpan2 dalam hati.....saya memang tak reti nak bercerita...lebih suka diam dan pendam....suka berahsia? mungkin jugak...but until when and to what extend? Sesapa nak tahu pasal saya click aje kat view profile tuh....ada la sikit2 tentang saya...dan macam mana saya boleh sesat di Tanah Arab ni, semuanya kerana kerja...Again, next entry nanti cerita...

Kepada sesiapa yang singgah di blog ni, selamat berkenalan....Kalau silap tolong tegurkan...saya orang baru.....akhir kata, ada orang kata kalu tak tanya nanti sesat jalan, tapi saya rasa kalu bawa peta berjalan belum tentu sesat jugak....hehehe....

2 comments:

Anonymous said...

you go girl

sarahmirza said...

anonymous:
hi ! thanks for visiting...muaaahhhsss

~sarahmirza~