Saturday, September 23, 2006

ramadhan kali ini

Ku mengharapkan ramadhan kali ini lebih makna.....

Teringat pulak lagu lama tu, entah sapa nyanyi tak tahu pulak. Tadi hari pertama puasa untuk tahun ini, alhamdulillah cukup sehari sarahmirza puasa. Dalam2 puasa tu, sampai kat office banyak pula kerja yang menunggu. Konon2 nak reply surat dari consultant tapi urusan tergendala pula. Mana nak reply surat, nak update programme, nak buat reports, nak berurusan dengan DD pasal EOT lagi.....poning gue...4 in 1 buat kerja?

Hari ni gak sarahmirza hantar borang cuti raya. Kalau tak approved pun wajib balik tanahairku jugak sebab awal2 dah confirmed tiket balik Msia. Satu lagi sebab dah 2 kali beraya kat sini dan bagi peluang kat orang lain balik beraya sakan, so tahun ni memang kena balik gak. Mesti balik. Tapi macam mana kalau cuti tak approved? Tak kira la, balik kena balik gak. 1 week pun sarahmirza mesti balik. Bukan tak de commitment pada kerja, rasanya terlebih sudah. Jumaat pun sarahmirza kerja, belum kira hari2 biasa sarahmirza balik selewat pukul 9pm. Takde pulak berkiranya dengan company. Biasalah, adat kat mana2, yang mana baik tak pernah orang nak ingat. Yang mana silap, dah 5-6 tahun lepas pun orang mesti ingat.

Apapun, tak kiralah, approved ke tak approved ke, raya tetap raya. Balik tetap balik. Hehehehehe, sesekali nak jadik rebellious staff.... gue caya gue jek..

1 comment:

dlt said...

Selamat berpuasa. N Selamat balik mesia raya nanti. HeHe! Walau se'committed' mana pun kite pada kerja, bila time raya tetap nak cuti. ye idak? :)