Thursday, September 21, 2006

tak menjadi jek

Hari ni hari khamis, sarahmirza cuti. Jumaat lepas dah kerja dari pukul 9am sampai malam, di ulang lagi malam. Malam jam 8:30pm baru balik. So, hari ni sarahmirza declare cuti, replacement sebab kerja jumaat lepas. Tak lama dah nak masuk bulan puasa pula. Jangan "kena" balik lewat macam hari2 biasa sudahlah. Time bulan puasa ni la nak main masak2, nak masak itu ini. Tinggal kat negara orang ni paling syahdu masa Ramadhan. Kalau kat tanahairku, tiap kali bulan Ramadhan berlambak la pasar Ramadhan kat sana sini, belum lagi gerai2 haram yang tumbuh kat tepi2 jalan tu. Pilih jek nak makan apa, macam2 ada. Sampai tak tahu nak beli apa pun ada. Kat sini, kalau rasa nak makan, bukalah buku resepi. Kalau tak buat sendiri tak merasalah.

Banyak masakan sarahmirza dah cuba buat kat sini. Cuma ada satu jek yang tak jadik2 walaupun dah cuba buat 3 kali. Bukan sekali, 3 kali !!! Pasal betul nak makan sangat. Ada jual kat restoren Malaysia (FMR) tapi nak juga cuba buat. Lepas kali ke 3 gagal, sarahmirza terus tutup buku. Malas nak cuba lagi. Bukan setakat sarahmirza jek yang fail nak buat, Deeba yang terror masak (dia kata dia masak pakai kaki jek, ahaks) pun tak berjaya nak buat. Pun bukan sekali cuba, berkali2. Hehehehehe...apa benda yang korang beriya nak buat tak jadi2 ni? Kalau nak tahu, itulah kuih seri muka. Punyalah payah nak buat seri muka ni, agaknya belum cukup seri muka kita orang kot, tu yang tak menjadi jek.

Cerita nak buat seri muka ni dah mula sejak mid 2005, masa sarahmirza tengah pregnant my 2nd son. Deeba offer nak tolong buatkan tapi itulah, tak menjadi2 pulak. Akhirnya, beli jek kat restoren. Hari ni rasanya sarahmirza nak try buat kuih lopis pulak. Maca senang jek, tak payah nak agak2 tepung & santan macam seri muka tuh. Pernah sekali sarahmirza cuba nak buat bingka ubi, susah payah cari ubi, blend, pastu bila nak bakar terasa macam tak cukup resepi. Menjadi juga bingka ubi sarahmirza tapi keras pulak. Huwaaaaaaaa, tak sama & sesedap macam mak masak. Ada sekali tu, sarahmirza try buat kuih pau. Inti dah OK dah, ada rasa. Pau pulak tak segebu macam jual tepi jalan kat Malaysia tuh. Last2nya, makan sorang2 jek. Kesian pau itu.

Kecik2 sarahmirza dulu rajin tolong mak masak kuih untuk sarapan pagi. Tolong sibuk jek kot, tu yang bakat nak masak tak terturun ke sarahmirza. Seronok kecik2 dulu dapat makan kuih lapis, bingka ubi, kuih bakar dan segala macam kuih tradisional. Semuanya mak buat sendiri, tak ada yang beli kat warung2 tepi jalan. Sekarang, kalau sekali sekala sarahmirza balik, mak beli jek kat warung. Senang sebab mak2 sekarang dah tak serajin macam mak masa dulu, sebab itu semua ada jual tepi jalan jek.

Rasa rugi kalau tak reti nak buat kuih muih tradisional ni. Kesian kat my 2 boys tu tak kenal kuih tradisional. So, nak tak nak dan sebab rindu nak makan kena la belajar masak juga. Mana tahu, balik Malaysia nanti bosan2 nak kerja makan gaji bukak jek warung jual kuih. Hehehehehe, janji hati gue senang.

1 comment:

Anonymous said...

oo seri muka tu..so far menjadi je seri muka aku...tapi aku pakai santan segera..tak pernah try lagi pakai santan ori..but kalu ko pakai yang ori..lagi real rasenya!