Sunday, March 30, 2008

KePOYOan tahap Melampau

PART I:
Dah kerap pula gue tak update blog ni. Bukan tak ada idea tapi busy ya amat. Architect Beirut kat office resigned 24 hours dan kerana meluat nak tunggu architect baru yang entah bila nak start kerja (interview pun tak ada, macam mana nak ada orang baru start kerja), gue berkorban (atau terkorban?) lagi buat kerja orang lain. Kalau tak buat, tak siap kerja gue. Nasib baik bos tahu gue buat kerja orang, he said he really appreciate it. Hehehe, tahu tak apa.

PART II:
Gue malas nak melayan orang yang asyik banyak cakap tahu komplen sahaja. Komplen orang ni tak bagus la, orang ni buat kerja salah, orang ni buat kerja lambat dan macam2 komplen yang macam dalam dunia ni dia seorang sahaja yang kerja bagus. Walau dia tak pernah komplen kerja gue (setakat ini), bila dia komplen pasal orang lain pun dah buat gue meluat nak dengar. Sekali sekala tak apa tapi kalau dah asyik komplen je kita yang dengar pun meluat. Adakah kerana dia rasa dia sahaja pandai buat kerja jadi kerja orang lain salah? Sekadar melihat dengan mata kasar sahaja dah tahu salah? Amboi, terror you!

PART III:
Oh ya, gue tak sihat lagi. Hari rabu balik kerja gue demam, hari Khamis OK sikit kerja tapi balik petang tu demam semula. Hari Jumaat gue demam lagi, orang lain kerimasan sebab gue asyik switch OFF aircond, gue pulak berselubung dengan selimut. Planned nak berpoya-poya pun cancel. Lepak tengok DVD je kita orang. Makan pun main order je, my darling drive ke Tony Roma Sheikh Zayed Road, bukan sedap pun tapi gue makan juga.

PART IV:
Hari ini? Sanggup buat kerja architect, report gue terbengkalai tapi tak apa bos kata no hal. Mamat sub contractor pula buat2 lambat nak respond programme yang gue forward ke dia. Masa gue review programme dia, hari2 dia datang tanya dah siap ke belum, bila gue forward ke dia macam siput pula dia nak respond. Rasanya gue kena highlight dalam meeting hal macam ini.

PART V:
Mana ada cerita best. Layan bosan je.

No comments: