Thursday, April 17, 2008

Jalan2 cari IKAN..

Dah 2 kali kami ke pasar ikan Sharjah, BEST!

Ikan fresh, udang fresh, sotong fresh, pendek kata semua binatang yang di jual kat pasar tu fresh. First time kami pergi semata-mata nak cari ikan cencaru. Dah lama teringin nak makan ikan cencaru tapi susah betul nak jumpa. Pernah jumpa orang jual ikan cencaru 3 tahun lepas kat pasar Sindagha, itupun orang tu jual kat luar pasar, kat parking lot. Jangan tanya kenapa, tak penting itu semua sebab kami borong 4 ekor ikan cencaru yang panjang dekat 45cm, BESAR sangat sampai nak bakar dalam oven pun tak muat.


First time pergi pasar ikan Sharjah, kami pergi petang Jumaat. Jumpa juga ikan cencaru, itupun gerai hujung sekali. Atas counter dia ada 6 ekor je ikan cencaru. Penjual tu pujuk kami beli semua tapi kami tak nak sebab saiz ikan yang mmmmmmmm.......penuh ikan cencaru je la peti ais kami nanti. Kami beli 2 ekor je, berat kat 3 kg harga cuma AED5 je. Memang ikan cencaru tak laku kat sini. Hehehe...

Balik tu kami bakar ikan cencaru. Sekejap, nak tunjuk gambar ikan bakar cencaru. Siap letak cili merah lagi. Nampak kecil pula ikan tu dalam gambar.Hehehe..


Depan pasar Sharjah, ada sederet gerai tepi jalan sebiji macam kat Air Hitam tapi kat sini dia orang jual pokok. Ala2 nursery macam kat Sungai Buluh tu. Area sini, silap masa memang jem. Kalau petang & malam Jumaat, so far OK tak heavy jem dia, masih boleh dimaafkan.



Yang ini pasar sayur-sayuran, betul-betul depan pasar ikan Sharjah.




Gambar kat pasar ikan kami tak ambil sebab macam pelik je orang nanti tengok kita orang pergi pasar bergambar bagai. Macam tak pernah tengok pasar la pula nanti dia orang fikir. Hehehe. 2nd trip ke pasar ikan Sharjah, kami tak bergambar pun. On the way balik, kami singgah tepi corniche ambil gambar berlatarbelakangkan Eye of Emirates. Ini gambar my 2 heros..

Next N3, nak letak gambar peacock yang kami tengok kat depan istana Sheikh.

2 comments:

Chibi Maruko said...

mesti best makan seafoods segar segar... cili api tu memang sebijik betul ke...

sarahmirza said...

yeszzz best chibi. Cili tu betul la, takkan rekaan pulak. Hehehe