Saturday, May 24, 2008

Cerita Alif...

Dah lama gue tak update blog ni, gue pura2 busy sekarang ni. Tiap2 minggu ada je aktiviti nak buat. Last 3 week pergi bersukaria kat pasar Sharjah, hahaha. Last 2 week pergi birthday party anak kak L, last week pergi makan2 kat rumah baby Aryan & Jumaat baru ni kita orang jalan2 CARI makan kat Ajman. Next Friday kami dah janji dengan Alif nak pergi zoo Al Ain.




Tinggal tak sampai beberapa minggu Alif nak habiskan 1st year KG1 dia kat school. Pencapaian dia nampak memberangsangkan. Hari tu gue pergi sekolah dia tengok majlis konvokesyen KG2 dan penyampaian hadiah untuk student KG1 dan KG2. Bangga gue tengok Alif ambil hadiah



- 1st prize writing competition

- 1st prize drawing competition

- 3rd prize smiling competition




Gambar tak ada pula. Poyo je gue, boleh pula bawa kamera tapi lupa nak charge bateri. So, gue ambil gambar pakai handphone dan macam hampeh je tengok. Iyalah, handphone tak canggih.





Tak sempat nak scan certificates yang dia dapat tapi gue dah siap2 tampal kat board dalam bilik dia. Bersemangat Alif bila gue puji2 dia, makin rajin dia ajar Mirza kenal huruf dan mengeja.


Yang ni Alif yang semakin terserlah kenakalan dia. Dalam stroller tu sleepy boy, Mirza. Gambar kat Ibn Battuta.




Nota kaki: Tahniah buat Ani & Din atas kelahiran puteri sulung mereka (Nama belum tanya lagi).





1 comment:

Anonymous said...

congrazt to alif..brilliant boy taken after the mom's....