Thursday, July 10, 2008

3 minggu berlalu.............

Hari ini masuk minggu ke 3 gue keseorangan di tanah arab ini. Dah 3 minggu my darling and the boys balik tanahairku for cuti2 Malaysia. Sejak sekolah cuti, hampir setiap hari Alif tanya bila dia nak dapat naik green bus lagi, bila nak start sekolah. 3 kali dia bangun awal pagi, mandi dan pakai uniform sekolah, tunggu green bus dan nak ke sekolah. Hampir setiap pagi gue beritahu dia cuti sekolah tapi dia nak juga ke sekolah. Akhirnya my darling ajak dia cuti2 Malaysia. Dengar je nak balik rumah tok mak, sejak dari hari itu dia tanya bila nak naik aeroplane?

Sejak jejak kaki ke Malaysia, gembira ya amat Alif. Setiap hari dia sibuk, sibuk main basikal, sibuk kacau tok mak kat dapur, kacau tok abah kat kedai, lari kejar ayam kat rumah nenek dan paling dia suka makan durian. Teringat masa mengandungkan Alif, hampir setiap minggu gue makan durian, sampai ke hujung2 nak due date pun gue masih makan durian. Tengok sekarang, Alif memang hantu durian.

Dah 3 minggu berlalu, terperasan pula gue bahawa selama ini gue banyak tak ambil pusing banyak perkara. Minggu pertama lepas my darling and the boys tak ada, gue nak hantar comforter ke dobi TAPI gue tak tahu dobi mana yang my darling selalu call. Alamak, dah 6 bulan duduk apartment ni tapi sekali pun gue tak pernah ambil tahu. Yang gue tahu, lipat comforter tu masuk beg plastik, letak tepi pintu, 3-4 hari kemudian dapat balik comforter yang bersih dan berbau harum. Dobi mana my darling hantar/call suruh ambil pun gue tak pernah tanya. Duhhhhhhhh.... teruknya!

Ada lagi, perihal drinking water 5 gallon tu. Sebelum balik hari tu, my darling dah tukarkan botol baru, full. Lepas 2 weeks, dah tinggal suku. Gue pun tertanya nak order drinking water dengan watchman yang mana satu ni? Duhhhhhhhh....tak tahu!

Last week pula, tiba2 lampu master bedroom tu terbakar pula. Gue mengeluh nak tukar mentol yang macam mana? Mana nak cari tangga ni? My darling beritahu dalam phone, tak payah sibuk2 nak beli mentol baru, tulis dalam buku kat bawah tu, nanti orang maintenance datang fix kan. Duhhhhhh........selama ini memang gue tak pernah tahu macam itu rupanya.

Nampak sungguh banyak juga "benda" baru yang gue kena ambil tahu. Selama ini semuanya report je kat my darling, tahu2 dah settle. Macam mana, kat mana, berapa kosnya, tak pernah gue ambil tahu. Yang dobi tu, nasib la masa balik kerja terserempak dengan mamat dobi entah dari mana tengah hantar baju orang, gue pesan kat dia lepas delivery datang flat gue ambil comforter. 2 hari lepas tu dia hantar balik dah siap berlipat bersih dan berbau harum. Drinking water tu, gue akhirnya bila mineral water berbotol2 je. Kalau order dengan watchman pun, tak kuasa gue nak angkat botol 5 gallon tu letak kat dispenser. Tunggu je la my darling balik. Hehehe.

Lampu? Biarlah bergelap. Hehehe. Tinggal seminggu je pun, next week kalau semuanya berjalan lancar, gue akan balik Malaysia. Seronoknya, cuti dah approved 3 weeks.....yahoo !

4 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Bertuah betul you dapat husband mcm tu.Rajin dan tak berkira.
Anyway,your husband ni househusband ke?

sarahmirza said...

anon,
ada business kecil2an je...

Chibi Maruko said...

Hahahah exact.. kalau ada laki.. napa kita kena buat benda tukan.... kalau me pun. me buat benda yg sama...