Tuesday, August 05, 2008

cuti2 Malaysia...

Tup..tup.. dah 12 hari kat Malaysia rupanya gue. Hehehe... Busy ya amat, busy makan. Kalau cerita pasal makan ni, minggu pertama kat Malaysia, hari2 gue makan durian. Hehehe, kira2 hampir 2 tahun tak makan durian Malaysia, tu yang pulun habis. Dah makan durian, makan ikan bakar kat umbai pula. Dah 3 kali gue lepak situ makan je kerjanya. Belum cerita makan apam balik, makan tapai, makan mee goreng mamak dan macam2 la. Harus balik Dubai nanti gue naik 5-6 kg. Tak pe, balik Dubai gue diet balik.

Semalam lawat Nurul dan baby baru dia, Adlina Sofea. Sehari lepas gue jejak tanah Malaysia, Nurul bersalin anak ke 3. Tak sempat nak melawat dia kat Hospital Putrajaya masa tu. Terasa baru je dulu2 poya2 dengan dia sana sini. Sekarang masing2 dah sibuk dengan keluarga masing2. Bila dah lama tak jumpa ni, banyaklah cerita2 lama yang keluar. Mmmm...macam2 cerita.

Gue betul tak ingat bila kali terakhir pergi ke Putrajaya dan Cyberjaya. 1st time gue ke sana seawal tahun 1999. Gue antara orang yang mula2 kerja di kawasan sana, dari kebun kelapa sawit sampai la siap Masjid Putra siap. Dari tahun 1999 sampai pertengahan tahun 2004. Sejak ke Dubai, tak ingat berapa kali ke sana. Masa gue ke sana hari tu, gue tak sesat kat Putrajaya tapi tersesat kat Cyberjaya. Banyak pula bangunan baru, tak jumpa bangunan yang nak di cari. Nak cari Cyberview pun terpusing2 kat setengah jam. KL pula bagi gue tak ketara sangat perubahannya. Paling hebat pun Smart tunnel tu je la. Yang lain2 biasalah. Lagipun baru setahun je kali terakhir gue tinggalkan KL. Sempat juga bawa the boys naik Putra. Bukan main sibuk dia orang bila nampak LRT & Monorail. Jam tu juga jerit2 nak naik train. Oh, kasihan anak2 gue, kat Dubai baru sibuk2 dengan Metro yang dijangkakan siap end this year untuk fasa 1. Kat Malaysia, LRT sebelum gue ke Dubai dah ada.

Balik ke daerah tercinta, terasa pula banyak pula kenangan yang masih dalam ingatan. Lalu depan sekolah lama, lalu depan rumah pakwe lama...kuikuikui .. Walau gue dan my darling asal dari daerah yang sama, tak banyak pula kenangan kami di sini. Sebabnya kami cintan cintun masa sama2 kerja kat KL. Masa sekolah2 tak sama batch.
Cuti kali ini memang betul2 gue bercuti sebab gue cuti panjang. Walau busy nak buat itu ini tapi bestlah juga cuti ni kan. Tahun2 sebelum ini, paling lama gue pernah balik pun setakat 18 hari, paling cepat 5 hari je. Cuti kali ini dekat sebulan cuti. Mmm.. banyak lagi aktiviti nak kena buat ni. Kalau senyap lagi kat sini maknanya gue memang busy la cuti2 tu.

No comments: