Friday, August 15, 2008

sepagi bersama teman.....


Hampir 2 tahun tak jumpa Amy, kali terakhir jumpa masa gue balik cuti tahun 2006, itupun sekejap je. Walau lama tak jumpa, kami tetap terasa dekat sebab kerap borak dalam phone dan cyber. Zaman Millenium sekarang kan.

Amy, kawan yang gue kenal pada minggu orientasi pelajar form one kat secondary school. Awalnya kami tak sama kelas tapi few weeks lepas daftar, Amy pindah masuk kelas gue. Masa tu adalah ngam sangat pun, setakat member sekelas je but kami jadi rapat bila sama2 masuk kelas tuisyen Cikgu Adam. Dari form one kami masuk kelas tuisyen cikgu Adam, mula2 kelas Maths sampai form 3, lepas tu kelas Maths Modern dan Add Maths pula masa form 4 & 5. Serius, rindu betul dengan zaman persekolahan dahulu, semakin mengamit kenangan bila lalu depan sekolah lama tu.

Hari tu jumpa Amy kat pusat bowling, bukan main bowling pun kita orang tapi buat2 sibuk tengok tournament student. Budak sekolah sekarang akiviti sekolah main bowling, zaman gue dulu main peluh2 kat padang je. Hehehe .. sebagaimana jumpa Nurul tempohari, macam itulah juga kisahnya masa jumpa Amy. Macam2 kisah yang sengaja ditimbulkan, jadi bahan gelak kami masa kini. Cerita dari umur 13tahun sampai la sekarang ni masing2 dah jadi mak orang. Seronok, sekali sekala perasan ala2 orang bujang, jumpa member lama tak bawa suami dan anak2 memang banyak mengimbau kenangan zaman dulu2, zaman ranggi2 sampailah zaman ala2 sopan gitu. Hehehe ..

Dari pusat bowling kami melepak pulak kat Cafe Rengit Coffee. Sorry la hometown gue tak ada Starbuck or Coffee Bean, cafe biasa2 je yang ada, itupun dah kira sama la juga standard BUT Secret Recipe ada tau kat sini. Sebelum balik, sempat kita orang tangkap gambar kenangan. Hehehe ..

No comments: