Wednesday, April 30, 2008

i NEED belacan..

Terasa nak buat sambal belacan. Goreng ikan kembung, makan dengan nasi panas dan cicah sambal belacan. Buat masa ini, stok belacan gue dah hampir zero. Sekeping belacan bulat tu dah tinggal suku je. Ada minta tolong Hoe bawa belacan masa dia nak datang sini tapi seminggu berlalu, Hoe hilang dalam ramai. Mana dia ?

Monday, April 21, 2008

Peacock

Petang2 ni malas pula nak pura2 rajin. Hehehe....
Hari tu kita org tengok peacock. Selama ini tiap2 hari lalu depan castle Sheikh tapi tak pernah pun nak belok masuk simpang tu. Memang selalu perasan bas, kereta, van dan segala jenis kenderaan yang ada di jalan raya Dubai masuk ke situ tapi kita orang tak pernah ambil tahu dia orang ke mana. Entah hari tu kita orang pun rajin2 sibukkan diri ikut satu MPV masuk lorong ke istana Sheikh tu. Rupanya dia orang tengok peacock.

Ada dekat 30 ekor peacock bebas jalan melaram sepanjang lorong tu. Selamba je tunjukkan diri yang lawa. Peacock kan burung yang megah dengan kecantikannya, kena la expose diri sendiri. Sempat ambil gambar macam biasa.




Thursday, April 17, 2008

Jalan2 cari IKAN..

Dah 2 kali kami ke pasar ikan Sharjah, BEST!

Ikan fresh, udang fresh, sotong fresh, pendek kata semua binatang yang di jual kat pasar tu fresh. First time kami pergi semata-mata nak cari ikan cencaru. Dah lama teringin nak makan ikan cencaru tapi susah betul nak jumpa. Pernah jumpa orang jual ikan cencaru 3 tahun lepas kat pasar Sindagha, itupun orang tu jual kat luar pasar, kat parking lot. Jangan tanya kenapa, tak penting itu semua sebab kami borong 4 ekor ikan cencaru yang panjang dekat 45cm, BESAR sangat sampai nak bakar dalam oven pun tak muat.


First time pergi pasar ikan Sharjah, kami pergi petang Jumaat. Jumpa juga ikan cencaru, itupun gerai hujung sekali. Atas counter dia ada 6 ekor je ikan cencaru. Penjual tu pujuk kami beli semua tapi kami tak nak sebab saiz ikan yang mmmmmmmm.......penuh ikan cencaru je la peti ais kami nanti. Kami beli 2 ekor je, berat kat 3 kg harga cuma AED5 je. Memang ikan cencaru tak laku kat sini. Hehehe...

Balik tu kami bakar ikan cencaru. Sekejap, nak tunjuk gambar ikan bakar cencaru. Siap letak cili merah lagi. Nampak kecil pula ikan tu dalam gambar.Hehehe..


Depan pasar Sharjah, ada sederet gerai tepi jalan sebiji macam kat Air Hitam tapi kat sini dia orang jual pokok. Ala2 nursery macam kat Sungai Buluh tu. Area sini, silap masa memang jem. Kalau petang & malam Jumaat, so far OK tak heavy jem dia, masih boleh dimaafkan.



Yang ini pasar sayur-sayuran, betul-betul depan pasar ikan Sharjah.




Gambar kat pasar ikan kami tak ambil sebab macam pelik je orang nanti tengok kita orang pergi pasar bergambar bagai. Macam tak pernah tengok pasar la pula nanti dia orang fikir. Hehehe. 2nd trip ke pasar ikan Sharjah, kami tak bergambar pun. On the way balik, kami singgah tepi corniche ambil gambar berlatarbelakangkan Eye of Emirates. Ini gambar my 2 heros..

Next N3, nak letak gambar peacock yang kami tengok kat depan istana Sheikh.

Thursday, April 10, 2008

once upon a time......

Tak tahu tahun bila gambar ni di ambil, mungkin sekitar tahun 1979 atau 1980. Kami sekeluarga ergambar depan rumah arwah embah di kampung. Dah lama tak balik kampung, rumah ini pun dah tak semeriah dulu, dah sunyi walau masih ada lagi yang setia menghuni rumah itu tapi kemeriahan hari raya yang pernah dirasai dahulu tak pernah sama.

Tunjuk kat Alif gambar ini dia gelak pula. Zaman dulu mana ada digital camera nak simpan gambar dalam CD. Nasib baik ada scanner, merasa juga gambar ni masuk dalam internet. Hehehe

Sekadar mengingati nostalgia lama yang masih segar dalam ingatan. Andai mampu kembali ke waktu dahulu....Bestnya kan.