Thursday, October 23, 2008

Tak bestnya...

Sungguh, terasa lama betul tak update cerita kat sini. Gue bukan busy tapi tak ada mood nak berkepochi di sini. Bosan la sejak dari 12 Oct 08 sampai ke hari ini. Cuma sejak 2 hari ini bolehlah gue bermood sikit.

Dah 10 hari termasuk hari tak kerja Jumaat dan Sabtu gue ada kat site office baru projek lain. Tak seronok sungguh! Betul2 gue tak happy kerja kat site baru ni. Walaupun my line manager kata "for a while" gue tetap tak happy sebab "for a while" tu berapa lama? Dia pun tak tahu. Sejak abang Lehman jatuh muflis, banyak company start buat langkah berjaga-jaga. Projek sekarang ini pun baru juga start, bulan jun 2008 lepas. Construction pun on going dan future projects pun berlambak lagi. Lebih 100 packages nak kena ambil tahu, part yang tak bestnya projek buat jalan dan infrastructure. Tak bestnya.....








Sunday, October 05, 2008

Selepas Hari Raya

Selamat Hari Raya lagi…gue dah kerja pun 3hb lepas, kerja 2 jam. Poyo je, bukan nak calling2 bos tanya dia nak datang kerja ke tak. Gue sampai office sebelum 8am, ada la beberapa pekerja berhemah yang dah datang. Sampai pukul 9:30am, my bos tak datang lagi, baik bos besar mahupun bos kecik, dua2 tak ada. Apalagi, cabut la!!!

Balik rumah tukar baju kami keluar jalan2. For the first time bawa dia orang semua makan2 mandhi kat tempat yang kerap juga gue makan dengan beruang. Amboi habis setalam nasi mandi kami makan, tak cukup siap order lagi nasi tambah. Yang makan 2 orang je, budak2 kecik tu makan bukanlah banyak pun. Sedap kata my darling aka OJ. Mmmmm….boleh datang lagi makan.

Hari ini gue kerja. Ada makan2 kat office sempena Eid. My bos kecik tanya makan2 sebab apa? Gue jawab sebab Eid. Lupa pula dia tak pernah tahu pun pasal Ramadhan & Eid sebab dia memang baru sebulan sampai dari US. Hehehehe…..awal2 puasa hari tu masa meeting dia tanya bos besar, boleh tak bawa bekal pergi kerja?Bos besar yang dah lama juga la duduk sini kata boleh tapi mesti makan kat pantry. Hehehehe, kasihan, sure seminggu tu dia kelaparan. Bos kecik gue ni so far OK, suka betul tengah2 kerja datang my cubicle minta lotion dari gue. Hahahaha…..

Tadi keluar dari surau lepas zohor, masa gue kemas2 beg tiba2 bos kecik gue ni datang my cubicle dan cakap, “see you tomorrow morning”. Pelik gue, baru pukul 2:30pm takkan nak balik kot. Rupanya dia ingat gue yang nak balik. “Eh, I am still here. I am not leaving”. Gue beritahu dia then dia tersenyum2 dan beritahu ada kerja sikit nak bagi. Mmmmm…...dah 2 kali dia macam ni, ada sekali tu pulak masa gue beritahu dia nak balik awal sebab nak ke Parents-Teacher Meeting kat sekolah Alif, dia cakap nak balik sekarang pun dia tak kisah. Gue apalagi, jam tu juga gue kemas2 dan terus balik. Hahaha….pantang ada peluang. Dan hari ni, bos kecik gue ni balik pukul 4pm. Eh, dia ni sempoi je, style asal kerja siap, you can go! Agaknya la tapi bos besar camner pulak? Ada sekali masa Ramadhan gue balik pukul 3pm, terserempak dia kat receptionist, dia tengok jam dan tanya nak balik sekarang? Hishhh, dah kira lewat apa gue balik pukul 3pm sebab masa Ramadhan office habis kerja pukul 2pm tau....gue anggap dia sengaja tanya2 padahal dia tak kisah gue nak balik. Hahahaha….yang pasti, lepas raya ni, cukup 9jam sehari kerja gue mesti balik.

Raya tahun ni macam biasa, masak2 raya 2 kali, sekali hari Sabtu sebelum raya tu dan kali ke 2 pagi raya. Malam raya sempat kami ke Oman. Mula2 plan nak cuti2 ke Jordan tapi dah last minute tak sempat pulak nak book dengan travel agent. Raya haji nanti kot kami cuti2, InsyaAllah. Raya pertama kami beraya 2 rumah, raya ke 2 raya kat City Center, raya ke 3 kerja sekejap then ke Abu Dhabi, raya ke 4 raya kat Sheikh Zayed Road, raya ke 5 buat makan2 kat rumah sendiri & raya ke 6 hari ni la, dah kerja. Lupa pulak nak bergambar masa beraya sana sini, masa buat makan2 kat rumah sendiri pun lupa nak ambil gambar. Maklumlah busy makan je. Gambar pagi raya ada la, colourful we all, tak ada tema warna apa semua sebab dah bertahun kami tak buat baju raya. Tahun ni gue bergaya dengan baju kebaya merah yang gue pun dah lupa tahun berapa entah buat. Hahahaha…serius, last buat baju raya tahun 2006 masa beraya seminggu kat Malaysia. Gue semakin slim, baju kebaya labuh zaman matrikulasi dulu pun gue masih boleh pakai lagi. Oh, jangan jealous.

Err…bos besar baru je jenguk gue tanya kenapa tak balik. Gue yang innocent ni baru tau, office hour kami bukan macam dalam contract tu tapi ikut client. Bestnya, 8am to 4pm, 5 days a week. Mmmmmm, no wonder bos kecik dah cabut tepat jam 4pm tadi. Skema betul gue ni. Time to go…adios..