Thursday, January 08, 2009

Sejenak ...aku TAK dikejutkan

Gue menaip entry ni di Mc Donald Spinney berdekatan Burjuman. Sungguh mudah zaman sekarang ni, selagi dalam kawasan liputan selagi tu boleh berhubung dengan dunia luar. Bukan setakat handphone je, internet pun boleh juga.

Dah berapa hari juga tak jenguk laman ni. Bukan busy kerja pun, busy looking for something sebenarnya. Kali terakhir gue buat entry 4th Jan 2009 yang lalu, gue sudah dapat merasakan sesuatu akan berlaku. DAN betullah tu, esoknya, dari jumlah 22 orang staffs di site office kami untuk projek ini, 9 orang darinya dah dapat redundancy notice bulan lepas macam gue ceritakan dalam entry sebelum ini, akhirnya 5th Jan 2009, gue dan 12 orang lagi staffs pun dapat juga notice yang sama, bezanya dari yang 9 orang tu, kami di panggil satu persatu dan yang hulurkan notice itu adalah our Regional Director sendiri.

Kami dah jangka ini tapi yang tak kami jangka adalah 5 staffs yang nama di list oleh Client nak mereka terus dalam projek ini juga dapat notice yang sama. Bermakna, by end March 2009, tiada existing staff ! Kami tak diberikan info yang sepenuhnya, sejauh yang kami tahu projek ini tak pernah pula di isytiharkan diberhentikan oleh Client, yang kami diberitahu, Client slow down the project DAN di saat akhir sebelum terima notice, gue sedang bekerja dengan Budget 2009 to 2011 mereka.

Walaupun khidmat kami yang tak termasuk dalam list 5 staffs dikehendaki berakhir sama seperti berakhirnya tahun 2008, kami masih lagi dikehendaki ke site office sehingga hari terakhir seperti tercatat dalam notice. Yang tak bestnya, sudahlah terang dan nyata surat dari Client sendiri nyatakan tak perlukan khidmat kami kecuali 5 staffs terpilih, semalam gue masih lagi terima e-mail dari Client nakkan revised programme yang gue sedang kerjakan ini! Ahaks, tak ada makna gue nak layan.

Buat masa ini, yang benar bekerja adalah mereka yang termasuk dalam list 5 orang tu, walau mereka juga terima notice yang sama tetapi disebabkan nama mereka termasuk dalam Wanted oleh Client maka harus mereka siapkan segala kerja sebelum Blah. Bagi kami pula yang Unwanted, “Oh please, jangan minta apa2 dari kami”. Hahaha...

Walau sekejap masa berlalu namun bibit mesra dah mula terasa antara kami. Akhir tahun hari tu kami beramai2 lunch bersama sempena berakhir tahun 2008 dan akan bermulanya tahun 2009. Walau 2009 tak bermula dengan kegembiraan namun kami masih mampu tersenyum dan bersyukur diberikan peluang meneruskan kehidupan dan memperbaiki kesilapan. Kami masih bernasib baik jika dibandingkan dengan nasib rakyat Palestine di Gaza sekarang ini.

Sebahagian dari "kami" ..




DAN juga sebahagian dari "kami" ...


No comments: