Saturday, February 07, 2009

Aduhh...sakit kepala

Gue memang sedang sakit kepala, setakat ini dah 3 malam berturut2 gue minta OJ picitkan kepala gue sebelum tidur. Lega sekejap, lepas 2-3 jam bangun tidur paginya, start balik sakit kepala, sakit kat tengkuk sampai ke atas kepala. Entah apa kena, segala pain killer memang tak biasa gue telan, gue telan Panadol pun kadang2 je. Sejak balik morning2 coffee dengan Kak Y dan Zana Selasa lepas, sambung main pool dengan Zana lepas tu, terasa pusing2 je kepala ni. Entah, pasal black coffee hari kat cafe tu kot.

Baru2 ni kecoh sekejap pasal seorang staff Malaysia dimasukkan ke penjara kerana dianiaya majikan dari Malaysia. Mmm...cerita company Malaysia lagi, staff Malaysia lagi. Sebab dengar dari sebelah pihak sahaja iaitu dari keluarga staff itu sahaja, maka tak tahulah gue siapa yang sebenarnya betul, dianiaya dan apa2 sahajalah yang berkaitan. Yang pasti gue pelik, takkan dengan aduan, "Dia mencuri" sahaja polis dah boleh tangkap dan masukkan seseorang dalam penjara tanpa sebarang siasatan? Mungkin YA, apa2 pun boleh aje di Dubai ini...

Gue dalam proses nak mulakan kerja baru di company baru, company JV dari 3 negara. Minggu terakhir gue bekerja di company UK (company lama la skrg ni di sebut), gue dapat panggilan dari CE the HR nak hantar gue ke Riyadh. Jawapan gue pada CE, "Are you sure I can work in Riyadh?" Huhuhu... Selang sehari, CE call dan beritahu ada masalah dengan visa kalau gue nak kerja Riyadh. Kan, gue dah tanya awal2 pasal ni but dia confident nak buat my visa under my husband's visa dan bla..bla..bla.. gue tak faham apa plan dia orang sebenarnya. Hehehe... 2 hari kemudian, my line manager kat project Palm Deira, JL, tanya adakah I am flexible to be relocated to Jordan for NEW project. NEW project? Mmm, mulanya gue rasa teruja nak berpindah tapi memikirkan keadaan sekarang, dari migrate ke negara baru dan berhadapan sekali lagi dengan keadaan tak menentu, kot kena terminate or suspend lagi project macam 2 project sebelum ini, lebih baik gue balik tanahair. Lagipun gue ada 2 panggilan interview dari company di Malaysia untuk bekerja di selatan tanahair atau di persekitaran area KLCC. Tengah fikir nak pergi ke tidak interviews ni? Balik Malaysia semata-mata nak interview? Tiket sendiri pulak tu...huhuhu

Di minggu terakhir ini juga, gue dapat panggilan kawan lama yang bertanya adakah gue berminat nak masuk semula ke company lama. Alahai, kenapa segala offer sebegini tak datang awal2 lagi? Gue beritahu kawan itu, gue mungkin boleh balik kot ke company tu kalau gue dapat offer tu dari Mr Wrong or Mr MS sendiri OR at least ada official email dari mereka offer gue kerja semula. Kalau cakap2 mulut je gue tak nak la, tak syok tau. Company 3 negara ini pula, habis sahaja interview yang memakan masa hampir 2 jam, terus minta gue mulakan kerja kalau boleh keESOKkan harinya. Gue senyum je bila HR Manager tu beritahu esok datang tepat jam 7 pagi mulakan kerja. Sebelum balik, gue minta dia email offer of employment. Esok paginya, gue tak ke office itu AND gue terima email dari HR Manager menyatakan tawaran bekerja di company tersebut bersertakan package yang diberikan without any draft contract of employment, langsung tak menyebut commencement date, project location dan segala yang sepatutnya. Mmm, gue terus reply email dia dan menyatakan gue sungguh berbesar hati menerima tawaran kerja tersebut dan bersedia untuk memulakan kerja secepat mungkin dan menyatakan penghargaan sekiranya mereka dapat menyertakan sekali contract of employment yang menyatakan segala terms & conditions.

Terasa macam dapat kerja kat Mc Donald pula, hari ini interview, esok kerja. Segala terms and conditions lepas dah kerja baru tahu, tengok2 setahun dapat cuti 14 hari jek termasuk 10 hari Public Holiday UAE . Hehehehe...manalah tau kan. Huhuhu...tak profesional langsung!

2 comments:

Mother of Two said...

tahniah2..jgnler balik malaysia lagi..kurang umat kat sini plak..hehhehe good luck!!

sarahmirza said...

TQ......balik msia pun ok pe...blh makan durian hari2 bila dtg musim..hehehehe