Dah cukup seminggu gue di office baru ... so far so good. Senior PM Jordanian yang interview gue hari tu simple je orangnya, senang kerja dengan dia. Baru 1 week kerja, assistant gue pula nak bercuti balik negara bercuti. Terpaksa gue ambil alih kerja dia buat sementara, lepas ni maybe boleh rasa busy kot.
Sejak akhir2 ni setiap hari ada je kawan2 yang bertanyakan di mana gue, kerja di mana sekarang, balik Malaysia bila etc ... Kawan office lama pun kerap juga email bertanya khabar sambil update status masing2. Dari jumlah 22 orang, seorang transfer ke Riyadh, seorang ke Kuwait, 5 orang masih kerja; 2 di office lama dan 3 di main office, semuanya tengah habiskan notice period sampai end march ini, 2 orang dah mula kerja di Abu Dhabi dan gue di sini. Yang lain2, desperately looking for a job. Terasa sungguh susah nak dapat kerja baru walau panggilan interview sekalipun, dari jumlah lebih 20 CVs gue hantar selama sebulan mencari kerja, cuma 6 je yang respons, 3 panggil interview termasuk company sekarang, 1 buat phone interview dan contact balik client tak accept gue sebab kurang experience dan 2 company cuma minta isi personal form dan negotiate package kemudian senyap.
Alhamdulillah, gue masih survive di padang pasir ini di kala ramai yang tertewas di medan pertempuran. Bukan tewas kalah mati pun, semua ini sementara sahaja. Don't give up.
Teringat di akhir2 hari bersama geng office lama, one of my friend, Sudanese beritahu, how lucky gue as Malaysian; tak ada kerja di Dubai boleh balik Malaysia dan kerja di negara sendiri. For him, dia tak boleh balik negara sendiri sebab keadaan di sana sendiri tak menentu. Memang pun, itulah yang gue rasakan. Syukur, saya anak Malaysia and thank you GOD.
No comments:
Post a Comment