Innalillahiwainnalillahirajiun.....
Sejak kembali ke tanahair for good, terasa kerap benar gue mendengar khabar kematian insan2 yang di kenali. Sekembalinya kami ke tanahair selepas penat bercuti di Istanbul, Turkey, 49 jam menjejak kaki di rumah, abah telah kembali ke rahmatullah. Walaupun kami tahu abah sedang menderita sakit dalam perut waktu itu, keadaan dia yang masih boleh berjalan, bercerita dan sekali sekala bergurau senda dengan cucu2nya membuatkan kami agak terkejut dengan pemergiannya secara tiba2.
Keputusan gue untuk cancell trip Fly Dubai ke Alexandria, Damascus, Beirut dan Amman rupanya ada hikmah yang besar di sebaliknya. Rancangan awalnya, sehari selepas tiba dari Istanbul, kami akan terus terbang ke Alexandria dan terbang balik ke Malaysia dari Beirut, sampai di KLIA on 30.06.09. Semuanya sudah di aturkan tapi kami cancell di saat akhir dan terus beli online ticket balik ke Malaysia 2 hari selepas kami sampai dari Istanbul. Atas apa sebab pun kami tak pasti tapi seolah kami terasa tak sabar2 untuk balik ke Malaysia.
Buat pertama kalinya semenjak 5 tahun di Dubai, tiada siapa yang menyambut kami di KLIA. Seperti yang diberitahu oleh mak, abah tak begitu sihat untuk memandu, Lyn dan Jai masing2 ada urusan yang terpaksa di dahulukan. Cadangan Lyn agar kami bermalam di PD dan balik ke Johor bersama2 dia pun kami tolak, sebaik menjejak kaki di KLIA pada 20.06.09 (Ahad) jam 6:45 pagi, kami bersarapan di KLIA dan kemudian terus menyewa Limo balik ke Johor. Sampai di BP jam 9 pagi, hanya mak dan abah sahaja ada di rumah. Bersalaman dan bercerita sambil bersarapan pagi, sempat juga abah menegur kami tentang sebahagian barang kami yang memenuhi ruang luar depan rumah. Itu baru separuh je.
Abah kembali ke rahmatullah jam 10:30 pagi hari Selasa di rumah. Waktu itu mak, OJ dan the boys sahaja ada di rumah manakala gue dah mulakan hari ke 2 kerja di tempat baru. Semoga rohnya di cucuri rahmat. Al-Fatihah.
Tak sampai seminggu kemudian, gue dapat email dari Ihab. Our good friend, JH was involved in a fatal plane crash near Tours , France. Mmmm....gue kenal dia di Palm Deira project and both of us were transfered to Dubailand after project suspended. Only him and me, while Jeremy, Mike and Louise had transfered to HQ. From the day 1 gue jumpa dia, dia bercerita minatnya pasal aeroplane even he did mention me he built an aeroplane. He was in holiday mood the time the accident happened and did mention this trip when we talked (via YM) last time but that talk became very last of that kind with him ! Julian, you rest in peace.
Again, kehilangan anak seorang kawan pula sampai ke pengetahuan gue few weeks later dan seterusnya yang terbaru, seorang kawan yang pulang bercuti ke Malaysia sempena hari raya. Sejak June lepas H dah beritahu gue dia nak balik beraya di Malaysia dan kemungkinan takkan kembali lagi ke Dubai. Niatnya menjadi kenyataan, dia kembali ke rahmatullah jumaat lepas dalam kemalangan. Juga kerana minat, kalau JH sukakan aeroplane, dia sukakan motor besar. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
Perkhabaran yang membawa keinsafan, di mana tak kira bila masa, andai saat itu ajal kita, maka itulah yang akan terjadi dan Tuhan sesungguhnya maha mengasihani. DariNya kita datang, kepadaNya kita pasti kembali.
2 comments:
lidah kelu utk berkata2...
INALILLAHIWAINAILAAHIROJIUNN..
AL FATITAH!
Inalillah...Al Fatihah utk semua.
Post a Comment