Agak kelewatan nak mengucapkan selamat datang tahun 2010 di blog ini. Malam tahun baru tu gue berada di USJ, kononnya nak tengok bunga api kat mana2 la tempat yang berkaitan tapi leka tengok satu cerita cowboy kat TV sampai tak perasan dah kelewatan nak ke tempat yang di tuju. Akhirnya, berpuas hati tengok bunga api kecil-kecilan di depan restoren Uncle Joe yang baru di buka. Merasa chicken chop Uncle Joe yang enak di makan ittew. Iyalah harusnya enak sebab chicken chop promosi tahun baru dan restoren baru ....makan free!
Lebih sebulan juga blog ini sunyi sepi. Kalau nak di kira2, banyak cerita nak dituliskan tapi .... masa bukan alasan sebab banyak masa lapang gue habiskan depan komputer, layan facebook, layan email dan games lagi... Facebook majoritinya! Perkara yang kerap gue buat dulu2 bila surf internet nampaknya dah banyak berubah. Kalau dulu, duduk depan komputer sahaja, perkara pertama yang gue buat adalah online YM but sekarang berhari2 tak online YM pun gue tak rasa apa. Maknanya di sini sahaja gue dah save banyak masa kerana tak perlu melayan IM insan2 kesepian. Mereka kesunyian dan gue mengisi kesunyian ittew kerana gue juga kesunyian? Hahaha, tak mungkin sebab sambil2 melayan sunyi mereka, gue sibuk melayan 3 hero pada masa yang sama, so nampak sangat gue yang kesibukan...
TAPI sekarang, tak kira peringkat umur mana, rata2 mengilai Facebook. Mmmm, macam2 status nak dituliskan dalam facebook. Ada tu nak ke pasar malam pun tulis dalam facebook, nak ke kenduri makan2 pun tulis dalam facebook, esok tak nak makan sebab nak diet pun tulis dalam facebook, belum lagi yang meluahkan perasaan tak puas hati kat orang tu, kat orang ni, kat tempat kerja, pasal anak, gossip itu ini dan bermacam2 karenah boleh di baca dalam facebook ni....yang luahan2 geram tu agak biasa juga gue buat pun, awal2 kena mengaku juga. Yang tak boleh tahan tu, pernah juga terbaca status berbau lucah dari seseorang yang agak dewasa yang mana anak2 remaja dia sendiri adalah antara friends yang ada dalam list dia. Nak tunjuk dia seorang bapa yang sporting ke? OR gue yang agak ketinggalan dengan trend tentang keterbukaan tanpa segan silu perihal luahan gelodak nafsu seorang bapa terhadap isterinya dibaca dan diketahui orang termasuk anak2nya? Maaflah, sempoi2 gue ni pun masih ada lagi sesetengah perkara yang gue rasakan tak perlu nak dijaja ke sana ke mari, itukan rahsia rumahtangga!
Apapun citarasa masing2, tak begitu?
No comments:
Post a Comment