Hilang emak hilang saudara,
Kerna kekasih ku turutkan .....
Banyak sangat kisah perempuan Malaysia lari mengikut lelaki asing. Bila dah terasa kepayahan hidup di sana, sibuk beritahu seMalaysia minta jemput dia di sana bawa balik ke Malaysia. Si keluarga pula, ada yang pernah buat statement memaafkan "anak gadis" yang dah lari itu TAPI tak boleh menerima lelaki asing dari tempat ini sebagai menantu.
Setiap kali ada cerita sebegini, orang kita menyalahkan si lelaki asing tu, kononnya anak gadis di larikan lelaki asing. Mmmm... betul ke statement dilarikan itu? ? Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi orang kata.
Rata2 keluarga akan tersentap kalau anak gadis mereka lari ikut lelaki asing dari negara hampir ini. Alasannya bimbang anak hidup susah, hidup miskin etc... Adakah keluarga tak bimbang anak hidup tak berlandaskan agama Islam? Yang kahwin lelaki asing Islam sebagai syarat nak nikah sahaja sangat ramai, yang ini siapa yang kisah? Pasti ada yang menjawab, hidup masing2. Yes, setuju dan seharusnya kes anak gadis lari mengikut lelaki asing dari tempat itu pun pilihan hidup masing2 juga kan?
2 comments:
power root punya posting nih..
nice post, i loike. :)
Post a Comment