Tertanya kenapa tiba2 ada orang nak berjauh hati, merajuk bagai dengan gue... Betul ke dia merajuk?
Dulu2 rajin gue tadah telinga mendengar keluh kesah mengadu domba dia .. katanya orang itu, orang ini tak suka dia, dengki kat dia dan pelbagai kisah seadanya.. Gue dengar tapi sebetulnya gue tak cuba untuk mencari kebenaran pun siapa yang sebenarnya macam itu macam ini. Bagi gue, you all nak gaduh masam muka itu you all punya hal, selagi tak kacau hidup gue, dengan sesiapa pun gue berkawan, bergurau senda, mesra bagai...
Masa berlalu, dah hampir 6 bulan pun sessi luahan tak puas hati dia gue dengar. 1-2 bulan ni, rasanya dah kurang keluh kesah, mengadu dombanya, semakin kurang nak berkongsi apa yang di rasanya. Gue tak memikirkannya, gue anggap mungkin dia dah sedar tiada makna asyik merungut begitu begini sedangkan banyak lagi perkara lain yang seharusnya diutamakan..Mungkin dia mula belajar untuk tidak terlalu memikirkan apa yang orang lain buat pada dia, mula belajar bersangka baik pada orang lain, mula mempertimbangkan apa yang nak diperkatakan dan apapun la....dan sebab itu dia dah mula menyepikan diri... Mungkin...
Sangkaan gue silap rupanya... Dia masih lagi tanpa jemu meng'update' status di FB dia dengan sindiran orang itu macam itu macam ini, yang itu tak kena, ini tak betul... Masih tak puas hati gamaknya dia dan masih suka bersangka buruk pada orang lain BUT sebab tiada kaitan dengan gue maka gue abaikan segala apapun status dia, sekadar membaca dan biarlah ikut dia nak buat apapun.... Mungkin sedar gue tak ambil port dengan status dia di FB, gue tak bertanya khabar apa kesudahan kisah dia dan orang2 yang dia selalu cerita tu, dia mula seakan menjauhkan diri, kalau terjumpa pun dia cuba mengelak dan terbaru ni gue tersedar dia hide gue dari melihat status dia di FB(?)...
Heh, sebenarnya ada gue kisah?
Simpati pula pada orang yang asyik bersangka buruk dengan orang lain.... Gue doakan dia gembira dengan cara dia, selagi tak menyusahkan gue... Bak ayat gue pada dia suatu masa dulu waktu dia meluahkan rasa tak puas hati pada seseorang, "Abaikan aje"....
No comments:
Post a Comment