Macam pelik jek.... After soooo many years tiba2 dia hilang! After a month, gue begitu sangat terasa akan kehilangannya... Wahhh, betul cakap orang, "kau takkan terasa betapa aku dihargai dalam hidup kau sehinggalah kau terasa kehilangan aku". Huhuhuhu...
I "met" him sometimes in end 1998 and after 12 years kami masih lagi berkawan... hanya di internet, diulangi di internet! Bila di ingatkan memang macam pelik je, kenal di internet, tak pernah berjumpa tapi sekadar melihat gambar dan hanya sekali je ber'webcam'. Cuma sejak setahun lalu kami mula sms itupun tak sampai 10 kali setahun, tak pernah mendengar suara, berkongsi banyak kisah hidup... Hanya selepas 12 tahun mengenali & memahami bahasa "bisu" masing2, dia menyatakan nak berjumpa gue semasa business trip dia di Singapore May yang lalu... betapa gue menolak dengan penuh sopan sekali memberi alasan terikat dengan deadline presentation & meeting yang tak sudah di tempat kerja.
Kadang kala gue tertanya bagaimana persahabatan kami mampu bertahan selama ini walaupun tak pernah sekalipun bersua dan mendengar suara ... lamanya persahabatan kami melebihi usia perkahwinan gue! Kami mengikuti trend masa kini tapi dalam waktu yang sama kami tak menggunakan sepenuhnya teknologi komunikasi. Teringat masa gue bercerita pada dia tentang rancangan gue nak mendaki gunung Kinabalu April lalu, buat pertama kalinya dia request sesuatu ... dan gue berjanji akan menelefon dia buat kali pertamanya jika gue sampai ke puncak. I did but sebab waktu itu terlalu awal bagi dia mungkin, jam 7:10 pagi Jumaat, dia tak sempat nak pick-up the phone but after 15 minit dia telefon gue tapi waktu itu hp gue dah kehabisan bateri. Mungkin dah ditakdirkan begitu dan gue pasrah.
Dia menegur gue di YM saban hari minggu itu tapi gue terlalu busy untuk membalas teguran dia. Bila gue kembali ke YM sebelah petang & malam, dia dah offline. Ada sekali gue berjanji akan online pagi Jumaat tapi tiba waktunya kesibukan ya amat sekali lagi membuatkan dia tertunggu2 dan akhirnya dia merajuk (?).
He sms-ed me and told me that he's out of country. Sejak dapat sms tu, no YM, no sms, nothing... I thought i am OK with that BUT ... peliknya, 2-3 hari ni gue tertanya2 what happened to him? Nak call? Nak sms? Oh, rasa ego menghalang gue untuk melaksanakannya...
Oh God, I miss my Joe Jambul !
No comments:
Post a Comment