Dah lama gue tinggalkan habit membaca blog orang..kalau dulu, sehari 2-3 blog gue baca, yang biasa baca, yang kadang2 baca, yang 1st time nak baca pun ada... Kadang cerita lawak, kadang cerita sedih belaka, kadang cerita ntah hapa2... Baru2 ni 2-3 minggu lepas rasanya gue ada TERbaca blog seorang pakcik tua yang merepek meraban cerita pasal kisah cinta.... macam kasihan pula bila baca dan terus membaca... kasihan kat orang yang ketagih perhatian orang!
Kemudian gue TERbaca pula kisah mamat jual gelang sakti pulak... yang ni bukan kat blog la but kat forum gossip.. siap ada print screen facebook mamat ni lagi pasal dia dok mengutuk orang lain yang kononnya buat fitnah kat dia.... Err sapa baca paper tau dah kisahnya, macam la semua orang bodos... cukuplah ramai orang diperbodohkan dengan gelang sakti dia tu.. Andai betullah pakai jek gelang tu sakit itu sakit ini boleh baik macam cerita kat testimonial ciplak dia dari website lain tu, boleh tutup hospital gamaknya, hokkay! hihihihi.....Ironiknya, ada yang percaya dan sanggup berhabis kerana gelang sakti itu. Kasihan!
Baru2 ni gue jumpa kawan lama yang merungut tentang anaknya yang tak boleh dipisahkan dari komputer berinternet dan playstation. Tak cukup tu, dia merungut juga tentang anak yang masih tak berapa kenal huruf apatah lagi membaca. Rungutan dia berkisar pada betapa "bahaya"nya internet, sistem pembelajaran di sekolah, tentang yuran mahal yang tak setimpal hasilnya dan 3x.. Pendek kata, apa yang sedang berlaku yang berkaitan dengan keluarga dia adalah berpunca dari persekitaran, pada kelemahan cikgu yang mengajar, pada itu pada ini.. Yang tak salah cuma dia sahaja! Sempat juga dia menambah pada gue yang dia akan mansuhkan internet di rumah sebab anaknya dah mula pandai buka website yang tak sepatutnya. Oh, betapa bersalahnya internet sehingga di banned!.
Banyak kebaikan internet dan masih ada keburukannya... Internet menyatukan manusia melalui apa yang orang kata facebook, friendster, twitter bla3x, internet memberi info terkini kepada manusia, internet juga memudahkan urusan dunia manusia... Gue tak berminat nak senaraikan keburukan internet sebab bagi gue, bukan salah internet jika moral manusia semakin rendah nilainya, bukan salah internet bila anak2 kecil mudah terdedah pada anasir2 tak bermoral, bukan salah internet jika suami & isteri bercakaran dan bercerai berai. Kesalahan adalah di tangan manusia, sikap kurang tanggungjawab and or tak peka mereka kepada persekitaran mereka, pada aktiviti anak2 mereka dan taatnya mereka pada tuntutan agama...
Memang senang nak menyalahkan "siapa" dan "apa" bila berlaku perkara yang tak kita ingini.. Lagi sadis bila salahkan kerajaan bila anaknya lari ikut mamat Bali... Muahahaha..
No comments:
Post a Comment