Kami ke Zoo JB Sabtu baru ni ... Walaupun keluasan zoo JB agak kecil berbanding zoo KL tu TAPI segalanya hampir sempurna di zoo JB. Ada bilik air yang mencukupi, ada tempat makan yang selesa, pilihan makanan yang banyak, ada tempat ambil foto dengan haiwan liar, ada pertunjukan binatang, ada playground, ada pond boleh naik cycling boat .... pendek kata yang tak ada kat zoo JB ni cuma 'train' macam kat zoo KL tu. Kalau nak suruh bagi rating mana yang bagus, gue pilih zoo JB!
Tiket masuk zoo KL 10x lebih mahal dari tiket zoo JB. Makan dan minum dalam zoo KL pun serba serbi mahal dan keterlaluan. Apa taknya, aiskrim yang di jual RM2.50 kat luar, dalam zoo KL yang tak selesa tu di jual dengan harga RM4.50. Aiskrim bodoh2 yang 1-2 scoop tu pulak tak silap gue RM5.50 harganya. Mineral water yang sepatutnya harga RM1.50 pun di jual dengan harga RM3 tak silap. Sudahlah tu, buka gerai kecil kat sebelah kandang zirafah & kuda belang, tak ada pula tempat nak duduk kecuali tempat duduk kat stesen 'train' terbiar. Why gue kata terbiar? Sebab train kat zoo KL tu tak stop kat setiap perhentian, hanya hentian terpilih je kita boleh turun dan naik, so stesen yang lain tu gue anggap sebagai terbiar la. Kalau nak kata tempat rehat, kena la ada bilik air yang sempurna berdekatan. Ini nak cuci tangan lepas makan aiskrim pun kena pergi belakang gerai yang tak semenggah mana dan langsung tak ada rupa tempat basuh tangan. Setakat paip sebatang bawah pokok tepi longkang.. Hishhhhh, buat malu je, sudahlah tiket masuk mahal TAPI semuanya menghampakan!
Zoo JB pula, tiket masuk RM3 je bagi orang dewasa dan RM2 bagi kanak2. Kat dalam zoo tu, selain dari haiwan liar dan jinak, ada juga tempat makan yang selesa yang ada macam2 benda yang boleh di order, rojak petis pun ada hokkay! Selain tu, ada juga pond yang mendamaikan mata memandang, ada playground tempat budak2 bermain selepas penat berjalan satu zoo dan paling penting kemudahan asas macam bilik air tu, ini mesti kena ada dan bersih selesa. Sudahlah tiket jauh lebih murah, keadaannya pula sangat memuaskan.. sure la orang puas hati. Kalau dengan kemudahan sebegitu dan harga tiket dalam belasan RM, gue anggap biasa aje tarafnya... TAPI bila harga tiket sangatlah murah dan kemudahannya pula memuaskan maka sure la gue cukup berpuas hati.
Cuma bandingkan kemudahan zoo yang tiket masuk RM 25 dengan kemudahan zoo yang tiket masuk RM3...
Apapun, andai gue kena entertain kanak2 or orang tua dari luar negara ke zoo, takkan gue bawa dia orang ke zoo KL tu... buat malu aje. Setakat 'train' yang tempat menunggunya pun tak disediakan tempat duduk dan air cond, dengan harga aiskrim yang tak munasabah maka sekian, terima kasih...
No comments:
Post a Comment