Sebenarnya pagi tadi gue dah buat satu entry baru. Tapi entah macam mana, entry itu hilang tiba-tiba. Malas nak fikirkan, gue terus sign out dan buat kerja lain dulu. Dah hujung tahun macam ini banyak juga benda nak kena buat. Dah dapat template dari Finance Department untuk budget tahun depan, nak kena buat Business Plan lagi, dan yang buat gue selalu berangin bila bekerjasama dengan team Development, tak habis-habis nak revised timeline.
KPI tahun ini bukan banyak mana pun. Itupun sudah ada bunga-bunga takkan tercapai. Nanti alasannya pelbagai. Biasa sangat. Implementation pula, dapat project team separa sedar, project pun slow. Contractor pun bagai hidup segan mati tak mahu. Eh, tiba-tiba iolls yang stress pulak.
Okay, sambung kerja dulu. Mood biasa ke laut untuk hari Isnin....
No comments:
Post a Comment