Sejujurnya, memang gue suka bercerita. Bercerita sendiri tanpa menganggu emosi dan perasaan orang lain. Sebab itu gue suka bercerita di medium yang mana tak perlu orang lain habiskan masa mendengar apa yang gue perkatakan. Mungkin sudah masa gue kembali semula ke blog ini, bercerita sendirian ala-ala syok sendiri. Siapa nak baca, bacalah. Siapa nak kecam, sila main jauh-jauh. Sebabnya tiada makna untuk mengecam sesiapa bila gue tak pun sedikit menganggu kehidupan kamu.
Gue biarkan sahaja cerita-cerita liar yang disebarkan di sana. Ada sedikit kelucuan juga bila si penulis itu menulis beberapa perkara yang bagi gue sengaja direka-reka. Iye, nyata dia mereka cerita bagi menyedapkan isi hati sendiri. Yang penting bagi dia kepuasan menyakiti hati orang. Ramai orang yang sebegini, tidak mengenali orang lain, tidak mengetahui jalan cerita mereka tetapi tiba-tiba dengki pula bila orang bercerita. Kalau sakit hati membaca kisah orang, kenapa terus membaca?
Mungkin mereka ada masalah jiwa. Mungkin gambar ini mampu menenangkan jiwa kacau mereka. Harapnya begitulah.
No comments:
Post a Comment