POYO ?
POYO boleh dikatakan perkataan paling "glamer" di kalangan para remaja Malaysia. Sebenarnya saya pun tak tahu apa maknanya POYO ini. Kalu rujuk ke kamus DBP, memang belum ada perkataan POYO ni. Selain POYO, antara perkataan yang kerap diucapkan di kalangan remaja ialah SIOT dan juga HAMPEH. Tetapi dua perkataan ni tak se"glamer" perkataan POYO.
Walaupun POYO tak ada dalam kamus DBP, saya terjumpa pulak perkataan POYO ni di wikipedia yang membawa maksud:
There are a new set of slangs spoken by the urban youth, which may not be familiar to the older generation, e.g. awek (girl); balak (guy); usya (survey); skodeng (peep); cun (pretty); poyo (horrible, low-quality) etc
Disebabkan kamus DBP gagal memberikan makna sebenar POYO ni, maka saya ambil inisiatif mengumpul makna perkataan POYO dari sumber yang boleh dipercayai. Apa yang saya jumpa ialah seperti berikut:
POYO
membawa sebarang maksud seperti membosankan, suka berlagak, tidak memiliki ciri2 sempurna, penipu, mengada-ngada, tidak menghairankan atau mengujakan. (Source: (MACD from Calabi-Yau Space?))
Contoh:
Maknanya: Anda ini adalah seorang yang amat membosankan.
Maknanya: Orang itu suka berlagak tentang kelebihan yang ada pada dirinya sehingga menimbulkan perasaan meluat kepada si penutur ayat.
Maknanya: Anda tidak memiliki ciri2 atau kualiti yang sempurna bagi seorang gangster.
Maknanya: Anda adalah seorang penipu dan saya tidak percaya akan kata-kata awak sebentar tadi.
Maknanya: Membuat rawatan muka pada hari ini dan membatalkan dating mereka sebagai mengada-ngada.
Maknanya: Pengalaman keluar bersama Jue adalah sesuatu yang tidak menghairankan.
Kesimpulannya:
Makna perkataan poyo adalah luas dan buat masa ini makna perkataan ini masih lagi tak diterimapakai oleh semua pihak terutama sekali golongan veteran berumur 35 tahun ke atas..... Entah2 POYO pun tak pernah dengar kot....hehehe. Diharapkan DBP membuat kajian tentang perkataan POYO dan penggunaannya dan seterusnya mendefinisikan perkataan ini.