Friday, November 10, 2006

Friday, Nov 10

Seperti dijanjikan sarahmirza buat makan2 kat rumah. Tak adalah nak jemput semua Malaysian UAE, kecil-kecilan shj orang kata. Lagipun tak larat nak masak, periuk belanga di rumah ini semuanya comel2. Kat Malaysia dulu, bila buat open house, tak pernah sarahmirza sibuk2 nak masak. Kami biasanya order satay dan catering. 2 kali sambut raya di Malaysia lepas kahwin sebelum pindah ke sini. Kali pertama raya di sini, sarahmirza setakat masak sikit2 jek, buat pot luck kat rumah kawan. Kali ke 2 pun masak biasa2 shj but yang best raya pertama tu kami puas makan segala macam makanan di rumah carloszubir. Nyam, sampai raya tahun ini teringat betapa meriahnya gotong royong you all time nak raya tu. Tahun ke 3 (tahun ini la) kami balik beraya 1 week jek di Malaysia. Puas makan, penat beraya, sampai sini terus hilang suara. Hahahaha!

Tadi saja jek gatal2 tanya komen mereka tentang masakan sarahmirza,

ada yang kata"Ok, sedap la sarah".

ada yang kata "Ok lah ni".

ada gak yang kata "Best!".

Hish, ikhlas ke ni? Sarahmirza anggap ikhlas la tu. WHY? Hari biasa2 kadang2 mereka tanya,

"Bila nak buat makan2 sarahmirza?".

Takpun mereka kata,

"Sarahmirza kalau masak sedap aje".

Perasan !

Kalau kat Malaysia rasanya mereka ni tak hairan langsung dengan masakan sarahmirza agaknya. Di sini, nak cari makanan Melayu bukan tak ada. Ada tapi harga tu mahal la juga. Kalu terasa nak makan nasi goreng kampung, mee bandung, tempe goreng atau seri muka, paling senang melawat FMR. Teringat dulu2 masa mula2 jejak kaki ke sini, kawan sarahmirza, Deeba pernah kata,

"Kalau malas tak merasa".

Betul tu, kalau malas nak belajar masak, malas nak masak, memang tak merasa masakan Melayu. Kalau sanggup nak makan luar hari2, bolehlah tapi larat ke nak keluar hari2? Sejak tinggal di Dubai la sarahmirza belajar memasak. Tengok buku resepi pun kadang2 menjadi juga masakan tu. So far, after 2 years kat sini, nampaknya banyak juga masakan yang sarahmirza dah cuba masak. Agak2 bila sarahmirza balik Malaysia for good, masih rajin lagi ke sarahmirza nak memasak? Mungkin ya kot.

3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Idham said...

sarahmirza......ah, ter miss ek abg id....rugi nye....hehehee

kalau ada dubai harus lah dah sampai@!!

Idham

sarahmirza said...

abg ID,
tu la....lambat mai sini...kan dah terlepas...tunggu raya haji la pulak ya....*smile*