Monday, November 20, 2006

fake but true ?

Mula2 baca cerita ni, sarahmirza susah sangat nak percaya tapi sarahmirza layan shj. Baca je apa yang di tulis. Cerita pasal "kesah dari aku" ni betul2 buat sarahmirza senyum sorang2. Terfikir macam2 pula. Yang buat sarahmirza tersenyum sebab tuan rumah betul2 marah bila ada orang yang mula pertikaikan kesahihan cerita dia. Memang susah sarahmirza nak percaya tapi bila fikirkan macam2 ragam manusia dalam dunia ni, sarahmirza rasa "mungkin YA". Entahlah, tuan pembuka topik sahaja yang tahu cerita itu betul ke tak betul.

Sarahmirza tertanya2, logik ke? Kenapa ya? Apa masalahnya ya? Sudahlah kahwin atas dasar suka sama suka. Kalau kena kahwin paksa mungkin bolehlah terima alasan tu. Entahlah, agaknya Tuhan nak uji setakat mana kesabaran manusia ini, sebab itu Tuhan bagi ujian pada dia. Excerpt from the Noble Quran "......in no soul does Allah place a burden greater than it can bear....." Jadi, percayalah pada janji Allah.

Tapi ada something yang buat sarahmirza rasa tak berkenan dengan pembuka topik ini. Iyalah, pada sarahmirza bila kita berforum, kita bercerita tentang "masalah" kita, kita kenalah think positive dan terima semua pendapat & juga nasihat. Tapi tuan rumah ini lain sikit, bila suruh fikirkan apa yang jadi punca masalah, dia mula nak marah pula. Agaknya posting sarahmirza ter'over' ke? Ada juga sengaja sarahmirza buat dia marah bila tanya dia lagi adakah selama 20 tahun berkahwin adakah dia betul2 faham sikap isteri dia. Adakah kegagalan dia sebagai "suami" menjadi punca kedinginan si isteri. Hahahaha, takkan dia tak fahamkan. Pelik rasanya, bukankah perkahwinan itu menghalalkan "sesuatu", tapi kalau "sesuatu" itu tak dipenuhi dengan cemerlangnya, tentulah tak bermakna perkahwinan itukan. Itu yang kadang-kala sampai berlaku curang, tak kira suami atau isteri atau kedua2nya sekali. Kadang2 rasa kesian pula, kenapa masih ada lagi lelaki yang tak nak memahami perasaan isteri?

3 comments:

Anonymous said...

iya la sarah, kalu tak suker bagi tau je la kan. Tak yah la cerita ceritu kat orang lain kan......

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
sarahmirza said...

Im,
Ehh,rajin pulak nak tinggal komen. Dulu2 kata malas. Apapun Im, semoga happy di tempat baru *wink*