Friday, October 12, 2007

pagi raya ..........

Sekarang jam 6:03am, hari Jumaat & pagi raya pertama di sini. Pertama kali di pagi raya sarahmirza menghadap laptop, surf internet & menaip cerita di blog! Selamat Hari Raya ! Dari masjid dah terdengar takbir raya yang langsung berbeza nadanya dari takbir raya di tanahairku. Kali ke 3 berhari raya di tanah arab, syukur alhamdulillah merasa juga sarahmirza habiskan Ramadhan tahun ini dan menyambut raya.

Sekejap lagi kami akan bersiap-siap. My darling cadang nak sembahyang hari raya di masjid berdekatan sahaja. Sarahmirza pula macam biasa akan prepare apa2 yang patut. Kebiasaan tradisi di pagi raya, bersalaman, makan & kunjung mengunjung ke rumah kawan. Hari ini, ada 2 tempat yang na kami tuju, rumah seorang kawan yang dalam kemurungan & kedutaan di Abu Dhabi. 1st raya kami nak beraya di kedutaan, saja nak buat sibuk2 selain makan apa yang dihidangkan.

Selamat Hari Raya !

Dalam masa kita bergembira bersama keluarga, ingatlah mereka yang sedang berduka.

No comments: