Wednesday, October 24, 2007

saya sedang mencari kerja..........

saya sedang mencari kerja..........dan saya dah dapat kerja.


saya sedang berfikir adakah saya perlu terima tawaran kerja itu.

saya sedang berfikir adakah saya perlu tinggalkan syarikat yang saya sudah berkhidmat selama 8 tahun ini genap 1st Nov 2007 nanti.

saya sedang berfikir adakah saya perlu menunggu tawaran kerja yang lebih menarik lagi.


saya terfikir, bukankah dulu saya beriya hantar CV dan pergi interview 2 kali di syarikat ini untuk memastikan saya dapat tawaran kerja ini?

permintaan sudah dipenuhi, saya di tawarkan kerja tapi kenapa saya berkira-kira untuk terima pula?


sebab.......


1. package yang diberikan tak menarik, below my expectation & below market. Tapi kalau fikirkan long term, saya boleh berkhidmat dengan syarikat ini selama mana saya berkhidmat dengan syarikat sekarang. Syarikat sekarang ini pun dulu offer saya kerja dengan tawaran gaji di bawah market semasa tapi saya terima juga, dari gred graduate trainee ke gred saya berada sekarang.


2. tempat kerja yang jauh dari tempat saya berada sekarang. Saya kena pindah apartment dan pindahkan alif dari sekolah dia sekarang. Saya akan hadapi masalah untuk menghantar Boy ke rumah baby sitter sebab jarak yang semakin jauh dan traffic jam yang terpaksa saya tempuhi. Jika saya terima kerja ini bermakna saya terpaksa bermula dari zero, cari apartment, survey sekolah untuk alif & cari baby sitter baru ! Baby sitter baru yang menjadi masalah utama saya nanti.


3. saya masih lagi menunggu tawaran dari .......... adakah package mereka lebih menarik hati saya atau sama seperti yang saya dapat dari syarikat sekarang ini? Saya masih boleh menerima.


4. ada sebab yang terpaksa dirahsiakan dari pengetahuan umum. :-)


saya di minta datang ke syarikat baru itu hari ini untuk mengambil & menandatangani tawaran menerima kerja ini. Saya masih lagi berfikir sehingga kini.

4 comments:

Unknown said...

jangan nanti keluar mulut harimau masuk mulut buaya...:)
cari dulu kut yg lebih sesuai ...adri jarak, package, dan management.
apa-apa pun pastikan majikan yang bayar gaji hehehehe....

idham

sarahmirza said...

yeyeye....itu yg sarat fikir tu..btw, semalam pun tak pi gak ambil offer letter tu. Mana tau blh negotiate lagi..ahaks

Anonymous said...

oooo, bz memikir peluang keja rupanya, patut la lama x nampak kat cari....hehehehe...

sarahmirza said...

hi anon,

cari? Ahaks, masih lagi ada..