Wednesday, November 14, 2007

8 tahun yang masih dikenang harinya

8 tahun lepas, tak terfikir pula sarahmirza macam ini ending-nya. Tak pernah fikir sarahmirza akan bertahan selama ini....masih boleh setia tapi sebenarnya sarahmirza tak larat lagi dah, terpaksa buat sesuatu. Sarahmirza terpaksa ketepikan 'setia' la konon2nya. Sarahmirza kena rebut peluang yang ada.

Ada masa terasa macam terkilan tapi entahlah, tak tahu nak kata mcm mana. Sangkanya semua OK belaka tapi nampak macam sekadar janji manis sahaja. Sabar? Setakat mana boleh sabar ya? Biarkan? Lagi tak boleh! So, nak buat apa? Terpaksa.

Bila duduk sendiri & berfikir, Sarahmirza anggap semua ini sebagai pengalaman, pahit manis kehidupan. My darling kata sarahmirza patut bersyukur dengan rezeki yang ada, bersedia keluar dari ruang selesa. Mmmmmmm........ikut hati nak bertahan di kapal yang sama tapi kalau nakhodanya dah gagal nak kemudikan, kenapa masih nak menumpang lagi ya?

No comments: