Tajuk ni gue pinjam dari seorang kawan. Topik yang tak berapa minat gue nak bincangkan suatu masa dulu, jadi pembaca pun tak, baca tajuk je TAPI semalam lepas berYM dengan seorang kawan lain, terus teringatkan topik ini, perlu rasanya gue membaca dan memahami apa yang terlintas di fikiran mereka yang pernah melalui. Semalam, gue berhadapan dengan orang yang baru melaluinya. Mmmmmmmmmm.....bebankah?
Orang yang belum kahwin sibuk nak kahwin, orang yang dah kahwin sibuk pula nak bercerai berai. Tak perlu lihat jauh, lihat sahaja disekeliling kita. Kenapa ? Kenapa cerai jadi pilihan sedangkan cerai itu perbuatan halal yang tidak disukai Tuhan. Kenapa berkahwin jika diakhiri dengan penceraian? Terbebankah tanggungjawab seorang suami/isteri sehingga memilih penceraian?
Bila gue tanya kawan yang berYM dengan gue semalam, "Bebankah?"
Jawapan dia, "Tak beban tapi buat apa perlu bertahan kalau tak ada kesetiaan & kejujuran?"
Buat sekian kali, gue disogokkan lagi dengan perbuatan Curang! Aduhai, apalagi yang di cari dalam hidup ini ya? Keseronokan, kepuasan dan ego sematakah?
Teringat seseorang pernah berkata, "Manusia, jika molek didikannya, moleklah perangainya".
Kadang tu, memang dah sedia molek didikannya sedari kecil TAPI bila dah dewasa semakin buruk perangainya sebab Ilmunya tak mampu nak menguasai Akalnya, Imannya tak mampu mendidik Nafsunya. Ahhhhhh manusia, senang2 nak bercurang sana sini, macam hidup tak ada pendirian, tak ada pegangan, tak ingat Tuhan agaknya?
Sarahmirza ~ teringat iklan "Dunia tanpa batasan".
No comments:
Post a Comment