Wednesday, December 19, 2007

Selamat Hari Raya................HAJI

Malam tadi sarahmirza mimpi....mimpi rumah lama kat kampung, rumah arwah embah yang dulu kerap sangat kami kunjungi tak kira waktu cuti sekolah mahupun hari perayaan. Teringat masa kecil2 dulu, seusia 7-8 tahun, rumah kampung tu akan penuh dengan makcik pakcik sepupu setiap kali Hari Raya. Meriah sungguh, dah macam nak kenduri kahwin je suasananya.

Teringat makcik pakcik sibuk memasak kat luar rumah, teringat kita orang budak2 kejar ayam untuk disembelih. Teringat mandi kolam beramai-ramai dan teringat waktu malam sebelum tidur arwah embah akan picitkan kaki kami yang keletihan bermain seharian. Semakin meningkat usia, semakin tua makcik pakcik, semakin membesar keluarga, rumah kampung tu semakin sunyi. Bila tiba giliran makcik pakcik menunggu kepulangan cucu2 dan anak menantu di rumah mereka, cuma 2 keluarga yang masih setia menyambut raya di rumah kampung tu, kami dan 'Ayah". Lucu pula, semua sepupu kami panggil pakcik M dengan gelaran 'Ayah". Sampai sekarang !

Tiba-tiba sarahmirza rindukan suasana hiruk piruk kami di rumah kampung tu. Rindu dengan masakan kampung, sambal goreng pastinya. Teringat pula hari ini Hari Raya Aidil Adha. Cepat betul masa berlalu, dah Raya Haji pun. Sekejap lagi Awal Muharram pula. Jam baru pukul 5:05am, sarahmirza bangkit dan terus ke dapur. Hari Raya ni kenalah masak sesuatu, jangan buat macam hari biasa pula. Semalam lagi sarahmirza dah start cuti, 4 hari you all termasuk Jumaat. Macam meriah je cuti Raya Haji sampai dapat cuti 4 hari, mengalahkan raya puasa pula. Ok, sarahmirza masak nasi beriyani pagi ni. Beriyani ayam. Masak sikit2 je untuk kami anak beranak dan hantar sikit ke Ani & Din tu. Macam mana nak masak? Senang je......nak suruh taip kaedah membuatnya pun boleh.

Bahan-bahan:
Perencah Nasi Beriyani MAGGI
Bawang merah, bawang putih, bawang besar di hiris halus
3 sudu makan minyak sapi
1 biji tomato
3 cawan beras
3 cawan air
1/2 ekor ayam

Cara-cara :
Masukkan minyak sapi ke dalam rice cooker
Tumiskan perencah Nasi Beriyani MAGGI dan segala bawang sampai naik bau
Masukkan beras (dah basuh & tos air) dan ayam
Gaul hingga sebati
Masukkan air gaul sampai rata
Masukkan tomato
~ By this time, rice cooker tu dah berbunyi - Tekan semula button rice cook
Tutup rice cooker dan biarkan hingga masak

Sementara nak tunggu masak, sarahmirza menaip cerita di blog ini. Hehehe...Mmmmmmm.....dah terbau nasi beriyani tadi.

No comments: